Saturday, October 30, 2010

Tarikh lihat anak bulan Aidiladha petang 6 Nov

Melayu kena bodoh lagi...
Teropong besar, mahal canggih ada tapi guna yang tak canggih juga. Kenapa yea? Berapa harga tu?.... Guna duit sendiri atau duit rakyat? Apa kajian nak buat? Kajian kenapa melaka dan kelantan tak nampak anak bulan? Melaka nampak roketnya aje dan kelantan nampak bulan purnamanya aje....


Tarikh lihat anak bulan Aidiladha petang 6 Nov

October 30, 2010

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 November ini, bersamaan 29 Zulkaedah.

Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Sementara itu, 30 lokasi di seluruh negara ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijjah, iaitu:

1. Pontian Kecil, Johor.

2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor.

5. Pulau Angsa, daerah Kuala Selangor, Selangor.

6. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.

7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor.

8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak.

9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.

11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah.

12. Menara Alor Star, Alor Star, Kedah.

13. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.

14. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu.

15. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.

16. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

17. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan.

18. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan.

19. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baru, Kelantan.

20. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak.

21. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.

22. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.

24. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.

25. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.

26. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.

27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

28. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya.

30. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga. — Bernama

sumber http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tarikh-lihat-anak-bulan-aidiladha-petang-6-nov/

komen editor kq..... Ketua agama Islam bagi negara Malaysia adalah agong. Bagi negeri-negeri, ketua agama adalah sultan. Bagi negeri yang tiada sultan, ketua agamanya adalah agong dan TYT adalah mewakili agong.

Maka apa kerja Menteri di JPM? Apa kerja JAKIM? Apa kerja Mufti? Apa kerja Pengerusi Majlis Agama Negeri? Apa kerja Pengarah Jabatan Agama Negeri? Sebenarnya kita tak perlu perjawatan dan jabatan yang sebegini banyak. Apa guna pengarah dan agensi-agensi agama yang terlalu banyak ini sedangkan masaalah umat Malaysia makin parah.

Cuba kita lihat, semakin berkembang agensi-agensi agama ini, semakin penyakit sosial dah bertukar menjadi jenayah sosial, semakin nak halalkan judi, semakin banyak siaran hiburan, semakin nak tambah hiburan malam demi pelancongan, semakin banyak buang anak, semakin korup dari kakitangan awam sehinggalah kepada pemimpin, semakin sesat barat masyarakat, tak kenal mana halal dan mana haram. Cuba buka mata kita....

Apa kerja mereka yang diamanahkan untuk menjaga ummah ini?. Macam-macam keistimewaan dah yang kita terpaksa beri kat mereka, gaji naik, elaun beribu, duit keraian mentekedarah sorang-sorang, pajero satu pejabat entah berapa biji, mufti merayu minta jusa, anak buah klaim ikut suka-suka dan berbagai ragam lagi. Tak fikir ke bahawa itu semua adalah keringat ummat?. Tak malu ke bahawa mereka tak berjaya membela ummat Malaysia? Tak peduli ummat sesat, tak peduli kerajaan terjerumus...

Cuba lihat sejarah mereka pembela ummah. Baca sejarah sahabat. Baginda rasul pernah menegur sahabatnya agar tidak meminta-minta jawatan. Baginda rasul juga pernah mengisyaratkan bahawa Abdurrahman bin Auf akan meniti sirat dengan merangkak...

Pecat aje mufti-mufti yang bisu-bisu ni. Hantar kadi-kadi pergi kursus kat Pesyawar ke atau ke Gaza ke biar mereka bersemangat membela ummah....

Bangunan Majlis Agama Islam Melaka dijual ke Taukeh Cina

Hebatnya Melaka. Cerdiknya orang Melaka.....








Kita doakanlah moga orang Melaka jadi cerdik sikit jangan asyik di bodohkan aje....



Dan ini rumah diatas tanah Baitul Mal


Bangunan Majlis Agama Islam Melaka dijual ke Taukeh Cina

Menggemparkan dan menyedihkan. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 untuk Melaka mendedahkan tanah dan bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah terjual ke BC Lim Enterprise. Siapa BC Lim ini? Taukeh Cina ke ? Cina DAP ke ? Juga tanah MAIM telah dijual ke Universiti Terbuka Malaysia. Paling pelik sebuah rumah jenis kekal telah dibina atas Tanah BaitulMal tanpa kebenaran MAIM.

Apa nak jadi Melaka ni ? Negeri Maju tapi tanah dan bangunan MAIM dah terjual, dijual, diceroboh ? Apa tunggu lagi , buatlah laporan polis dan SPRM.

Sila baca laporan penuh di laman web Ketua Audit Negara di http://www.audit.gov.my
sumber http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=29846#421986

komen editor kq.... Apa dah jadi ni datuk-datuk wira?.... Tapi kalau taukeh cina tu Islam apa salahnya.... Ini bermakna, Melayu atau lain-lain bangsa tak penting. Islam tu penting. Islam yang dapat menyelamatkan kita di dunia dan akhirat....

Bukan begitu datuk wira mufti?....

Thursday, October 28, 2010

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Filem Transformer membodohkan orang Melayu
Esok orang melayu akan bertukar jadi syaitan robot akibat banyak minum air setan.



ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP. Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan. Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.
Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini. Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal). Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.

Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan. Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. "Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu. Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.
Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

sumber http://www.malaysiakini.com/news/146435

Komen editor kq.... Kalau tak tegur, memang dapat dosa dan bala. Kalau tegur tak jalan, kena lawan. Zahirkan kita benci maksiat. Ini wajib. Datuk Mufti apa kerja? Apasal diam aje? Gaji dah masuk? Klaim buat rumah terbuka, CM dengan TYT datang, dah dapat klaimnya? Tsunami dah melanda Indonesia pun dikata jauh lagi dengan Malaysia. Dah melanda Johorpun orang Melaka kata jauh lagi.... Kena kat Lereh, orang Bukit Katil kata jauh lagi. Kena Kg Pengkalan Rama, orang Kg Morten kata bukan kg dia. Kg dia selamat. Kena rumah dia pula, dia kata itu kakak dia, dia tak kena. Kena dia pula, baru dia tahu bahawa amaran Allah itu sangat benar....

Dr Asri: 'Hantu' mana curi wang zakat kita?

Kenapa tak tanya pengerusi Majlis Agama Negeri?
Ini bukan pengerusinya. Ini sultan kerajaan langit.
Ayah Pin tahu siapa hantu....

Jangan lantik pengerusi majlis agama negeri yang korup. Tapi dia dah lantik diri dia sendiri. Siapa yang pernah dikenakan tindakan tatatertib sebab korup @ politik wang?





Dr Asri: 'Hantu' mana curi wang zakat kita?
Okt 27, 10 3:13pm


Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) berkata, laporan Jabatan Audit Negara - antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan sejauh mana ketepatannya. "Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan. "Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini. "Ke mana pergi segala peruntukan ini?" soal pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu. Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang dikeluarkan Isnin lalu, 70 unit penghawa dingin itu tiada disenaraikan dalam Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pengurusan MAIWP mencadangkannya untuk pelupusan.

Miskin terus merempat
Selain itu, semasa perpindahan ibu pejabat MAIWP pada Februari 2008, sebanyak 348 aset alih bernilai RM136,265 seperti kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin ditinggalkan.
Penemuan lain melibatkan kes pembelian barangan hampir RM80,000 yang tidak digunakan, kehilangan aset bernilai RM45,789 serta pembelian minyak yang meragukan dan melebihi kapasiti tangki. Dalam satu kenyataan awal petang ini, Dr Mohd Asri berkata, pendedahan audit itu amat menghairankan kerana ketika ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus menderita dan merempat. "Hantu manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban? "Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," katanya dengan nada sinis. Sehubungan itu, tokoh ulama yang terkenal dengan kelantangannya itu berkata, fungsi zakat perlu dimuhasabah semula sejauh mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam. Ambil kesempatan asnaf amilin "Apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu (yang) didedahkan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan kewangan umat Islam di negeri-negeri lain. "Apa yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud di pelbagai negeri, sementara kemewahan PUZ (Pusat Urus Zakat) juga ternyata (berlaku) di pelbagai negeri.
"Adakah wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan umat Islam? Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil kesempatan atas nama asnaf amilin (petugas zakat), sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil berlebihan," kata Dr Mohd Asri. Menurut beliau, kewujudan kes seperti itu mengikis keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti "institusi-institusi yang berjenama agama". "Ia akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang meragukan," katanya. Sehubungan itu, Dr Mohd Asri berpendapat, perubah pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang boleh dibuat dalam membaiki keadaan tersebut. "Itu pun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama akan berulang," tambahnya lagi.
sumber http://www.malaysiakini.com/news/146552

komen editor kq....... Assalamualaikum Dr Maza. Tahniah berani menegur. Pihak kerajaan negeri masing-masing perlulah amanah dalam menguruskan harta zakat ini. Sebenarnya bukan wang zakat aje, wang baitulmal juga mesti kita pantau. Itu semua bukan harta mak ayah diorang. Itu duit mereka yang ada haknya....

Cuba lihat sistem pengagihan zakat. Sekarang ni banyak aduan dari orang kampung bahawa mereka minta bantuan anak belajar pun tak dapat. Pengagihan pula bukan oleh pusat zakat tapi majlis agama. Kutip di swastakan! Kalau nak kutip, abis semua dalil dan hujah dibacakan. Tapi mengagihkan pula terpilih-pilih tengok bulu.


Cuba tanya pula tentang zakat pendapatan dan simpanan. Kira ikut tahun orang putih atau tahun Islam? Apasal tak amalkan takwim Islam? Bukankah ada salah kiraan nanti?... Tak hafal nama bulan-bulan Islampun. Aci ke?
Cuba tanya datuk mufti pula apa hukum guna wang zakat untuk promosi zakat? Setahun entah ratusan ribu digunakan atas nama promosi zakat. Padahal anjurkan pesta.... cuba pegi Melaka tanya..... Amanahlah.....

Friday, October 22, 2010

Kontrak sosial: Umno lesap saham Melayu?

Siapa pekerja kontrak?




Mas joko pasti merasa untung bangat dapat bekerja kontrak di Malaysia. Dapat kerja kontrak untung atau dapat kontrak yang untung?



Kontrak sosial: Umno lesap saham Melayu?
Okt 22, 10 10:41am

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, saranan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang menuntut semua pihak supaya jangan mempersoalkan kontrak sosial, tidak mencerminkan ketelusan oleh pimpinan Umno-BN.
"Kontrak sosial menerusi tanggapan apa? Adakah kontrak sosial membenarkan seseorang untuk makan rasuah? "(Kalau) kerajaan nak cakap tentang kontrak sosial, kita nak tanya apa sudah jadi dengan saham berjumlah RM52 bilion yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu dan orang bumiputera miskin?" soalnya. Lim mengulas konsep kontrak sosial yang diungkapkan oleh Najib pada ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno, semalam.
Pada ucapannya Najib menyorot peristiwa berkaitan perbalahan yang membabitkan perkauman pada abad ke-20 yang menyaksikan paparan kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi “holocoust” di Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda. Najib turut dikatakan menyeru kepada generasi rakyat Malaysia yang mengambil pendirian untuk mempersoalkan kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka sebelum ini.
Dalam pada itu, Lim mempertikaikan parti tunjang BN, apabila tidak menunjukkan sebarang langkah atau inisiatif yang proaktif untuk membela nasib golongan miskin Melayu dan bumiputera. "Mengapa tidak ada Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengenalpasti siapa yang melesapkan wang ini? RM52 bilion sudah kena 'kebas'. Takkanlah mereka tak ambil peduli langsung. Itu yang jadi tanda tanya dan persoalan utama. Kontrak sosial untuk siapa. Untuk diri sendiri atau untuk rakyat? "Kalau untuk diri sendiri, itu yang kita tentang, kerana kalau kita cakap tentang RM52 bilion, dia (Umno-BN) sendiri akui RM54 bilion yang diberikan tinggal RM2 bilion. Siapa yang ambil?" soalnya.
Justeru, Lim mempersoalkan tindakan pihak bertanggungjawab yang sepatutnya menghukum mereka yang didapati menyeleweng dan khianat kepada amanah yang diberikan. "Kita tahu ini semua pemimpin dan kroni BN dan Umno yang dapat. Adakah kerana itu mereka tak mahu buat sebarang siasatan?" bidas Lim yang juga adalah ahli parlimen Bagan.
sumber http://www.malaysiakini.com/news/146059

Komen editor kq......Kontrak sosial ni tak pernah ditunjukkan. Cuba tunjukkan dokumen perjanjian kontrak sosial. Ia hanya disuarakan dan dicanang apabila tersepit dan rasa nak jatuh aje. Ramai orang khasnya generasi muda teringin sangat nak tengok dokumen perjanjian kontrak sosial ni.

Islam mengutamakan amanah menunaikan janji. Islam juga mengutamakan catitan perjanjian itu apabila berjanji. Sehinggakan Allah menyuruh menulis dokumen hutang, wasiat sehinggalah kepada gencatan senjata dalam quran. Bawakan juga saksi. Dari nikah kahwin sehinggalah kepada pendakwaan mahkamah perlu saksi. Kalau benar tak ada dokumen perjanjian kontrak sosial tu, lepas ni kenalah buat dan dokumentasikan supaya esok generasi akan datang dapat tengok dan senang nak jadikan modal kempen. Jangan ulangi kesilapan lalu, malas nak tulis dan malas nak cari saksi. Nanti anak-anak muda kata kita bohong-bohong mereka... Ataupun jangan cakap lagi tentang itu....

Assalamualaikum Datuk Brahim.... maaf lupa... Abg Im dah sihat? Moga cepat sembuh agar berpeluang buat banyak kebaikan lagi di dunia yang fana ini...

Tuesday, October 19, 2010

Menara Warisan Merdeka 100 tingkat bukan projek bazir, kata Najib

Melayu Kena Bohong Lagi........
Harga susu pekat naik, tapi tenusu dibuang. Itu tandanya susu pekat bukan dari tenusu agaknya.... Dari susu getah kot?





Projek Warisan Merdeka Bukan Arahan Saya - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan pembinaan projek mega menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat adalah cadangan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Malah Perdana Menteri berkata, beliau tidak mengarahkan PNB untuk melaksanakan projek berkenaan.

"Ia telah dirancang dan dicadangkan oleh PNB kepada kerajaan.

"Saya tidak mengarahkan PNB, PNB yang mencadangkan. Ia sangat diinginkan oleh pengurusan dan lembaga pengarah PNB," katanya dalam sidang media selepas sesi Taklimat Presiden sempena Perhimpuan Agung Umno di sini, Selasa.

Pada pembentangan Bajet 2011 Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan pembinaan Menara Warisan Merdeka yang dibina bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara akan dilaksanakan PNB dijangka siap pada 2015.

Menara setinggi 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion itu lebih tinggi daripada bangunan tertinggi di Malaysia kini iaitu Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.

Najib berkata, projek itu juga bukan satu pembaziran kepada negara.

Sebaliknya ia bakal memberi keuntungan kepada banyak pihak.

"Projek ini bukan satu pembaziran tapi ianya satu projek yang menguntungkan," ujar beliau.

Mengulas mengenai bantahan daripada pelbagai pihak khususnya pembangkang berhubung pembinaan menara berkenaan, Najib berkata kerajaan mempunyai rasional berhubung projek berkenaan.

"Dalam sejarah kita dulu bila zaman Tun Dr Mahathir Mohamad buat Jambatan Pulau Pinang pun mereka serang, tapi sekarang ini orang Pulau Pinang sendiri minta jambatan kedua.

"Dan bila Tun buat Menara Berkembar Petronas pun beliau telah dipertikaikan, jadi bila kita buat menara 100 tingkat... rasionalnya tetap sama," katanya.

Selain itu Najib yang juga Presiden Umno berkata, pembinaan bangunan itu bakal menjadi lambang kemodenan dan kemajuan negara disamping dapat memacu pembangunan ekonomi negara.

"Pertamanya kita nak satu bangunan yang menjadi lambang bukan sahaja moden tapi negara maju, kita juga nak mencetuskan perkembangan ekonomi... banyak kerja-kerja kontrak dan sebagainya yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi.

"Kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan yang menempatkan peniaga-peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, ia juga boleh menjadi pusat tarikan yang boleh memberi keuntungan," katanya.

sumber http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/10/20/mstar_berita/20101019184525&sec=mstar_berita

tapi.....

Menara Warisan Merdeka 100 tingkat bukan projek bazir, kata Najib

October 19, 2010

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Datuk Seri Najib Razak mempertahankan cadangan pembinaan menara 100 tingkat bernilai RM5 bilion oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan menyifatkan ia bukan pembaziran tetapi bertujuan menjana ekonomi serta mewujudkan satu mercu tanda Malaysia yang maju dan moden.

Perdana Menteri berkata pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor.

“Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.

“Projek ini bukan pembaziran tapi menguntungkan, yang dirancang (oleh) PNB.”

Najib berkata beliau tidak mengarahkan PNB untuk mewujudkan projek itu.

“Saya tidak arahkan PNB. PNB yang mencadangkan (perkara) ini, sesuatu yang sangat diingini oleh pengurusan atau lembaga (pengarah) PNB,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Semasa membentangkan Bajet 2011 Jumaat lepas, Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan satu lagi mercu tanda akan dibangunkan iaitu menara setinggi 100 tingkat yang dinamakan Warisan Merdeka dan dijadual siap pada 2020.

Najib berkata dalam sejarah negara ini, Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik hebat oleh pembangkang apabila membuat keputusan untuk membina jambatan Pulau Pinang, namun akhirnya sekarang rakyat Pulau Pinang meminta jambatan yang kedua.

Dr Mahathir juga dipertikaikan semasa membina Menara Berkembar Petronas, jadi rasional kerajaan bagi pembinaan menara warisan adalah sama, katanya.

Warisan Merdeka akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara. – Bernama

sumber http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/menara-warisan-merdeka-100-tingkat-bukan-projek-bazir-kata-najib/

komen editor kq.... Abang PM, apa cite ni? Membazir tu saudara syaitan..... Menggunakan duit rakyat bukan kepada tempatnya atau kepada yang bukan keutamaannya adalah termasuk membazir dan pecah amanah tu...

Cubalah minta nasihat datuk mufti dulu.... Datuk Harussani, cita sikit...

Monday, October 18, 2010

Usaha tangani isu tukar agama temui jalan buntu

Anak sape ni?.... Sejuk perut ibu mengandung....
Ini tin kosong ni. Kumpul dan jual. Nak kumpul banyak-banyak kenalah suruh orang minum isinya banyak-banyak.


Usaha tangani isu tukar agama temui jalan buntu

Usaha untuk menangani konflik yang membabitkan isu pertukaran agama menemui jalan buntu tahun lalu apabila tiga undang-undang mengenainya tidak dapat dikemukakan ke Parlimen kerana ditolak oleh Majlis Raja-Raja. Malah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, usaha seterusnya untuk meyakinkan Majlis Raja-Raja untuk memperkenankan pindaan tersebut juga menemui jalan buntu.
“Ada satu masalah di sini sebab sebagaimana yang anda tahu, Islam berada di bawah bidang kuasa Sultan di mana mereka berdaulat dan di negeri yang tiada Sultan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab ke atas undang-undang Islam," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu. “Jadi kita tidak boleh berbuat apa-apa tanpa perkenan Majlis Raja-raja. Jadi dalam isu pertukaran agama, Sultan masih merasakan perlunya mempertahankan Islam dan orang Islam kerana itu tugas mereka. Itu bawah bidang kuasa mereka. “Mereka tidak yakin bahawa pindaan undang-undang yang dicadangkan kerajaan itu tidak menyentuh hak mereka sebagai penghulu kepada agama Islam di negeri-negeri. Ini yang perlu diselesaikan terlebih dahulu,” katanya. Oleh itu, katanya, BN tidak boleh dipersalahkan sekiranya kes-kes yang menimbulkan konflik di antara perundangan sivil dan syariah tidak dapat diselesaikan melalui pindaan undang-undang. Malah, kata Nazri lagi, reformasi ke atas undang-undang berkenaan bukan hanya tanggungjawab kerajaan persekutuan, tetapi juga kerajaan di setiap negeri termasuk yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Cadangan pindaan tersebut – berkaitan pembatalan perkahwinan, hak jagaan anak, pemberian nafkah kepada anak dan ister serta pembahagian harta – timbul berikutan berlakunya kes-kes pertukaran agama di kalangan pasangan yang berkeluarga. Pada Jun tahun lalu, kerajaan cuba membentangkan pindaan kepada Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, Akta Pentadbiran Undang-undang Agama Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1993. Bagaimanapun, cadangan tersebut dibatalkan pada saat terakhir selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak memperkenannya untuk dibentangkan di Parlimen. Sebelum itu, kabinet pada April juga telah mengeluarkan arahan yang menghalang ibu-bapa daripada menukar agama anak-anak mereka secara senyap-senyap. Arahan itu timbul berikutan berlakunya beberapa pertikaian yang berpunca daripada tindakan beberapa individu yang memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarga masing-masing. Tindakan itu dilihat sebagai satu usaha kerajaan untuk mengawal keharmonian antara kaum yang semakin teruji apabila timbul beberapa kes melibatkan pertukaran agama dalam keluarga.
Antaranya ialah kes melibatkan wanita beragama Hindu, M Indira Gandhi, 35, yang hampir kehilangan hak penjagaan ke atas anak-anaknya apabila suaminya yang memeluk Islam bersama kanak-kanak berkenaan tanpa pengetahuannya. Polemik yang timbul daripada kes berkenaan kemudianya mendapat perhatian umum, malah turut menggamit pandangan ahli politik yang cenderung melihat isu berkenaan dari isu hak asasi manusia. Pasca Mac 2008, isu berkenaan juga dilihat sebagai satu punca kegagalan BN mengekalkan pengaruhnya di kalangan pengundi bukan Islam di kawasan urban seperti Selangor dan Pulau Pinang. Sementara itu, Nazri yang juga menteri undang-undang berkata, beliau telah cuba menjelaskan usaha kerajaan untuk meminda undang-undang berkenaan kepada Majlis Raja-Raja tetapi ianya tetap menemui jalan buntu. “Walaupun saya telah cuba menjelaskan, bahawa kita bercakap tentang hak seseorang, (dalam) senario sebelum dia menjadi orang Islam, seperti perkahwinannya dan semua itu, baginda sultan masih berpendapat ianya menyentuh hak sebagai orang Islam. “Walaupun seseorang individu itu baru saja menukar agama (memeluk Islam), tapi dia masih seorang Islam, dan (baginda sultan) perlu dirunding dan mereka perlu memperkenankan (pindaan). Jadi tiada apa-apa yang boleh kita lakukan,” katanya.
Beliau juga mencabar menteri besar di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan supaya mengambil langkah lebih proaktif bagi mempengaruhi ketua negeri masing-masing supaya menyokong langkah reformasi ke atas undang-undang berkenaan. Katanya, usaha reformasi berkenaan tidak boleh diletakkan sebagai tanggungjawab kerajaan BN semata-mata. “Ianya bukan (tanggungjawab kerajaan) BN, tapi apa-apa kerajaan (sekalipun). Apatah lagi apabila agama merupakan tanggungjawab kerajaan negeri. Jadi ia juga menjadi perhatian kerajaan PAS di Kelantan dan Kedah, kerajaan DAP di Pulau Pinang dan kerajaan PKR di Selangor. “Sebab (Islam) ialah isu (kerajaan) negeri, jadi anda tidak boleh kata ini masalah BN. Ini persepsi yang salah. Kenapa (pentadbiran negeri Pakatan) tidak bercakap dengan sultan? “Kenapa mesti (BN) yang mesti sentiasas (dipersalahkan)? Islam ialah masalah negeri dan mereka ada hubungan terus dengan Sultan. Mengapa mereka tidak bercakap? “Yakinkanlah para sultan. Sekiranya (kerajaan negeri Pakatan) adil kepada orang bukan Islam, mereka perlu berusaha kerasa untuk meyakinkan Sultan dan keperluan reformasi undang-undang ini,” katanya lagi.
sumber http://www.malaysiakini.com/news/145654

Komen editor kq..... Assalamualaikum Datuk Seri, apa yang nak dibentangkan di parlimen ialah undang-undang Islam, undang-undang syariah, undang-undang Quran. Kalau setakat undang-undang ciptaan manusia yang meraba-raba, maka tak akan jumpa jalan penyelesaiannya sampai bila-bila.

Contoh dah ada, enekmen jenayah agama di negeri-negeri, orang Islam minum arakpun denda aje. Kilang arak sebesar-besar kilang, kedai-kedai diberi lesen jual arak, boleh labur kat kilang arak, iklan arak merata-rata, syarikat arak boleh taja sukan nasional, dan minumlah arak anak-anak muda Islam Malaysia. Jabatan agama tangkap peminum arak, boleh ampun pulak...


Atas apa alasan lagi tak mahu guna undang-undang Islam? Masyarakat majmuk? Itu bukan alasan, orang non muslimpun berharap agar undang-undang Islam dilaksanakan. Takut terkena hukum sendiri ataupun terketar-ketar takut Amerika berdehem kot? Negara kita dah merdeka ke? Macam belum aje... Datuk mufti negeri-negeri yang kurang kerjapun boleh tolong buat roadtour jelaskan sistem perundangan Islam kat seluruh negeri. Betul tak datuk mufti, atau tak siap lagi bertukang tambah rumah sewa?...

Saturday, October 16, 2010

500 sertai demo bantah roboh surau, Pasti

Sultan Melaka?
ingat lagi hamba Allah yang ni?










500 sertai demo bantah roboh surau, Pasti

BUKIT KATIL, 16 Okt: Demonstrasi aman anjuran Badan Bertindak Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Surau Bukit Katil semalam berjaya memberikan gambaran kepada pihak berkuasa bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan.

Mereka bukannya menolak pembangunan tetapi pembangunan itu mestilah memberikan manfaat serta tidak menjejaskan kepentingan rakyat.

Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak Pasti dan surau untuk dibuat jalan menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan lain untuk dibuat jalan.

Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.

Demonstrasi semalam dikatakan berjaya kerana berjaya mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat.

Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil petang tadi telah diganggu oleh pihak polis selepas hanya kira-kira lima minit dimulakan.

Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas alasan mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.

Dalam ucapan ringkas, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah kepada Pasti dan surau tersebut.

"Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.

“Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, Pasti dan rumah rakyat," ujarnya bersemangat.

Tindakan itu, katanya adalah perbuatan membalas dendam dan berteraskan politik serta dengki melihat kebangkitan rakyat bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek menyifatkan tindakan itu sebagai bukti bahawa kebajikan dan kedaulatan rakyat telah hapus dengan penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan.

"Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah," ujarnya.

Semua pemimpin utama PR negeri hadir antaranya Pengerusi DAP, Goh Leong San; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin.

sumber http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29049:500-sertai-demo-bantah-roboh-surau-pasti&catid=1:utama&Itemid=50

Komen editor kq..... Assalamualaikum orang Melaka... Apa khabar?.... Mana sultan Melaka? Mana Mufti Melaka? Mana MAIM?.... MAIM sibuk main golf ke?... JAIM?..... JAIM kat sekolah hamil laaa...

Satu Malaysia kenal Melaka. Satu Malaysia kesian kat orang Melaka. Agensi agama negeri Melaka apa buat tak tahu laaa... Buat bodoh laaa... Atau tengah fikir macammana nak beri sijil halal kat JOM HEBOH.

Sabda Baginda Junjungan SAW, apabila satu-satu urusan itu diserahkan kepada mereka yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaannya....

Assalamualaikum Datuk Wira Agama. Agak-agak lepas tak soalan dalam kubur? Kalau malaikat tanya apa kamu buat dalam isu ni agak-agak boleh jawab? Kalau rasa-rasa boleh jawab, baguslah. Amalkan lagi....

PM: Tiada bonus kerana implikasi kewangan besar

Kerjaya jadi petani...





Macammana nak tanam, mesti tebang dulu laaa. Apa la kau orang ni.... Dah tebang jual dulu, dah jual, enjoy la dulu, lain tahun bole tanam sebatang. Pokok balak yang tertinggal tak sempat ditebang diambil kesempatan untuk dibuat sidang dun.


PM: Tiada bonus kerana implikasi kewangan besar

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam kerana tindakan itu akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion. Katanya, selaku menteri kewangan yang bertanggungjawab, beliau tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan.
Najib berkata memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam.
"Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan...kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara.

"Sebab itu yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam," katanya pada
Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, pagi ini.

RM500 wajar Oleh itu, katanya pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar.

Najib berkata bantuan khas kewangan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan kewangan ibu bapa dalam persiapan untuk persekolahan anak-anak pada hujung tahun.

"RM500 ini sangat-sangat berguna sekali dan kerajaan akan bayar bantuan khas itu pada Disember ini," katanya.

Beliau berkata kerajaan bermurah hati turut memanjangkan bantuan ini kepada pesara-pesara kerajaan walaupun mungkin ada yang tiada lagi perlu menanggung anak-anak bersekolah.

Menurutnya walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam seperti cuti bersalin tidak melebihi 90 hari.

Ini turut memberi faedah kepada guru wanita yang merupakan hampir 70 peratus daripada 400,000 guru di seluruh negara, katanya.

"Cuti bersalin ini satu hadiah untuk kaum wanita. Tapi kalau tak nak ambil 90 hari pun boleh juga...itu terpulang kepada mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan turut memberi faedah tambahan dari segi pinjaman perumahan di mana had maksimum pinjaman perumahan dinaikkan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, agar penjawat awam lebih mampu membeli rumah lebih berharga.

Mengenai pelbagai memorandum yang disampaikan kepada beliau untuk melakukan penambahbaikan skim perkhidmatan perguruan, Najib berkata beliau perlu sedikit masa menelitinya kerana melibatkan implikasi kewangan dan kumpulan guru yang besar.

"Sebab itu saya perlu teliti bersama JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan Kementerian Kewangan. Banyak cadangan dikemukakan...sekiranya kerajaan mampu, saya akan bincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran)...boleh buat pengumuman bila sampai pada masanya," katanya.

sumber http://www.malaysiakini.com/news/145524

Komen editor kq.... Nampaknya ramai yang muncung aje.... Dah lama tak dapat bonus ni. Tapi terima ajelah kenyataan wahai penjawat-penjawat awam. Namapun bonus. Ada tak ada bukan hak kamu. Gaji itu ya hak kamu.

Masing-masing ada tugas dan peranan. Tukang rumah penting, tukang gunting rambutpun penting. Apa jadi kalau tak ada peniaga ikan? Suatu perkara yang pegawai-pegawai awam perlu belajar ialah menghormati semua orang tak kira darjat dan kerjaya. Peniaga tepi jalan yang jual kopiah, kitab dan minyak atar juga akan tumpang rezki mereka yang bergaji. Dan satu perkara lagi pegawai-pegawai awam perlu belajar ialah perniagaan adalah kerjaya yang cukup baik dan mulia. Ia mewarisi berkat dari nabi sebab nabi juga berniaga. Jangan dihina-hina mereka..... Mereka merdeka jiwa tidak menjadi orang suruhan.....

Pegawai awam di agensi agama pula? Asyik pikir nak tukar kereta dan besarkan rumah aje... Pejabat agama dah macam pejabat tanah. Orang mengadu ada kematianpun suruh tunggu esok pejabat buka.... Jam 10 minum, 12 keluar makan, 4 minum dan terus celah ambil anak balik sekolah... Bos pulak asyik mesyuarat aje katanya padahal kat rumah beri ikan kelisa makan... Betul tak tok mufti?....

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...