![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcsg15IV-y3kN2wnbBErQQTVkRpIVUfnl_ZlWlG5fqxQn7b-ocY6ReQK56aFKEcw8uFqRYuF_PWrRZdBircorTUlQGPSqJ6wt1UCXslO6Zh3oxNZsrZn9X58iFbOU_1aksaOGImT3_O1U/s200/koboi1.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdPfUVFvBCa_N0i52yOtOJjZaZ0_mAH4fBi4ajOWMzIWREK7bn0OlaJ4N3Pdy7UMSZvc6ikNdItVpKWCzon5qIQ0-uQB58UVVPyPBbIj1lcMRmlLjc-WjXpmVdZSjpag40VMIsxpFb1pk/s200/koboi2.jpg)
Kes bunuh Aminulrasyid: Polis akui siasatannya cuai
Mazli juga mengakui tidak bertindak merampas apa-apa senjata api yang digunakan oleh anggota polis berkenaan, mahupun pakaian mereka untuk mengesan individu yang bertanggunjawab melepaskan tembakan. Mazli berkata, beliau tidak menyiasat lanjut kerana tidak menerima arahan daripada pegawai penyiasat. Ditanya lanjut, Mazli berkata beliau juga tidak merakam gambar mayat mangsa ketika mangsa masih di dalam kereta berkenaan. Mazli menjelaskan, beliau hanya mengarahkan jurugambarnya untuk merakamkan mayat mangsa itu setelah beliau mengalihkannya ke atas rumput di luar kereta berkenaan. "Itu kesilapan saya tidak arahkan jurugambar untuk ambil gambar pada masa itu," katanya.
Tambahnya, beliau juga tidak memperincikan tindakannya mengalihkan mayat mangsa berkenaan di dalam laporannya. Mazli yang tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 3.10 pagi itu juga berkata, beliau hanya mengutip satu kelongsong peluru dalam penyiasatannya ketika itu. Tambahnya, kelongsong peluru selebihnya dikutip dalam penyiasatannya di lokasi berkenaan, dua hari kemudian.
Ketika diminta Mohd Dusuki untuk menerangkan maksudnya mengenai kemungkinan kelongsong peluru boleh dirosakkan oleh sesiapa, Mazli berkata kelongsong-kelongsong lain yang dijumpai dua hari selepas kejadian itu mungkin dilepaskan oleh senjata yang berbeza dan ia menunjukkan lebih daripada seorang yang melepaskan tembakan. "Jika terlewat pungut barang kes mungkin barang-barang kes bukan berada di kedudukan yang asal dan tidak boleh menggambarkan kejadian sebenar. "Bila didapati ada dua penembak yang lepaskan tembakan kemungkinan tembakan yang mengenai mangsa adalah daripada salah seorang penembak yang telah melepaskan tembakan," katanya.
Turut memberi keterangan hari ini ialah Lans Koperal Madi Samsudin dari cawangan persenjataan Balai Polis Seksyen 6 di Shah Alam. Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar bersambung pada 29 Nov ini.
sumber http://www.malaysiakini.com/news/148980
komen editor kq.... Bang Hisyam kena peka laa.... KPN lepas dah selamat belayar dah. KPN baru pula nampak macam tak mahu campur. Budak tu dah jadi arwah, penembak pula boleh senyum ajee... Macam tak salah ajee... Puluh das dah dilepaskan macam kes Assyahid Ustaz Ibrahim Libya ajee... Majlis fatwa mengatakan syahid tapi PDRM kata pengganas.... Oleh itu PDRM jangan marah kalau rakyat tak percayakan PDRM lagi...
Mana BAKA? Apa BAKA tu? BAKA ni polis tambahan ke? BAKA ni kena pegilah buatkan latihan agama untuk polis. Jangan asyik baca doa aje... Majlis tari menaripun BAKA bacakan doa? Jabatan PM beri BAKA kerja, tapi tak beri BAKA kuasa, jadilah BAKA yang menikuskan diri, gah dalam ilusi pegawai-pegawai diorang aje.... Tak caya, taip google cari BAKA....
No comments:
Post a Comment