![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6X8sF_-q66xstYO_rnLP0LcLm-7Jv-Vi_Unj1GnMnzYOMFPufztAXhMrgiB7I2_dq3YH9Su30Huj0Akkzv-GTRnexgprDMcZKtYDUjZ124z71ooRyoaBIHOsX43FYQjsfoF3nuRoXbYc/s200/hilal.jpg)
Beliau berkata perbezaan penentuan tarikh hari raya antara negara-negara Islam termasuk Malaysia disebabkan wujudnya perbezaan matlak iaitu perbezaan terbit dan terbenamnya hilal (anak bulan).
Perkara itu juga bergantung kepada penentuan pihak berkuasa agama di negara masing-masing sama ada menggunakan kaedah rukyah sahaja, hisab sahaja atau kedua-duanya, katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata hasil mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalender Islam pada 13 April lalu, satu laporan penetapan tarikh awal anak bulan syawal telah dikemukakan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi rujukan untuk menentukan awal syawal.
"Kriteria imkanur rukyah ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang daripada tiga darjah," katanya.
Wan Mohamad berkata satu lagi kaedah ialah ketika hilal terbenam apabila umur hilal tidak kurang daripada lapan jam (kaedah ini diambil kira selepas ijtimak berlaku).
Di Malaysia, katanya, data kajian bagi tiga bulan utama iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijjah berpandukan koordinat dua titik rujukan iaitu melihat kepada koordinat Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur) dan koordinat Tanjung Chincin, Pulau Langkawi (stesen paling barat).
Bagi menentukan awal Syawal 1431, proses cerapan akan dilakukan pada petang hari merukyah hilal (cerapan anak bulan) Syawal pada 29 Ramadan bersamaan 8 Sept (esok).
Cerapan itu akan dilakukan di 30 tempat cerapan rasmi yang dimaklumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan proses cerapan di peringkat negeri lazimnya diketuai oleh mufti negeri.
"Hasil cerapan akan dipanjangkan segera ke pengetahuan Penyimpan Besar Mohor Raja-raja serta diumumkan segera setelah mendapat perkenan raja-raja," katanya.
- Bernama
komen editor kq ...... Secara umumnya saya menyokong kenyataan Tok Wan Jakim. Namun untuk jangka masa panjang, kriteria imkanur rukyah itu perlu diperbaiki lagi. Begitu juga dengan pegawai-pegawai agama dari Jakim dan jab Mufti Negeri perlu lebih kompetetif dan mesti di hadapan dan tengah-tengah masyarakat bukannya menyelit-nyelit di belakang orang-orang teknikal (Jupem) dan sains (astronomi). Mufti-mufti juga mesti faham dan mahir falak. Jangan pula mufti bergantung harap kepada orang teknikal dan sains dan lebih teruk lagi mufti yang mengagungkan mereka lebih dari anak buah di bidang falak syarie.....
Apa khabar pegawai-pegawai falak?....... Tahniah untuk anda yang menyumbang kepada agama dan masyarakat...
No comments:
Post a Comment