Dasar kebangsaan adalah dasar asobiah. Jangan terjerat dengan isu yang tak betul tapi nampak macam betul.....![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfbSZXoKKechfYJQCI_MD-H8l42CrR9DGBJ1uVhpjW9L98OxYzc9tiMiUBV30Ugi1a0lvHo6XvT5O1_aQ69ruHtEFZ8SUA86yL2Crfq5gZnjfW1lVV14OZrUl6gtLx9f89mCmJ4NrWnXM/s200/bendera.jpg)
KUALA LUM
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEirm_IL8KOBvClwHEEtBBss5YOak7UEVtqQLRK5ELZ46IDO8Njbq7oSABfz0hIDNwmNWShJvqOKT_ArGzsZMRLqYyGDC9nAlHECLhVhURjtQhNPwXl6Sk1J2KkUrZX8PSSOkc2lP4wFMGc/s200/chuasoilek400px.jpg)
PUR, 14 Sept – Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau tidak pernah dengar mana-mana pemimpin Umno mengatakan Melayu lebih superior daripada bangsa lain.
Beliau berkata jika hubungan bangsa di Malaysia “tidak begitu baik seperti yang sepatutnya”, adalah tidak adil untuk menuduh semua pemimpin Umno sering memperkatakan kedudukan tinggi orang Melayu.
“Dalam hubungan saya dengan Umno, saya tidak pernah dengar mana-mana pemimpin Umno yang mengatakan Melayu lebih superior daripada bukan Melayu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog kepimpinan Cina mengenai Bajet 2011 di Wisma MCA di sini hari ini.
dipetik dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/soi-lek-pemimpin-umno-tak-pernah-kata-melayu-lebih-superior/
komen editor kq...... Tak perlu digaduh-gaduhkan dengan isu bangsa. Dalam Islam semua bangsa tiada beza. Yang mendapat kedudukan di sisi Allah adalah yang bertaqwa. Apa guna bangsa Arab tapi menentang hukum quran. Begitu juga apa guna menjadi melayu Islam tapi tak paham Islam. Jauh lebih baik jadi cina muslim yang seperti Ann Wan Seng. Walaupun dia cina tapi boleh berdakwah Islam kepada orang melayu.Baginda rasul bersabda, bukanlah dari golongan kami mereka yang menyeru kepada asobiah...
No comments:
Post a Comment