350 jemaah haji pertama Malaysia berlepas ke Mekah
PETALING JAYA, 9 Okt — Seramai 350 daripada 26,000 jemaah haji Malaysia berlepas ke tanah suci dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada penerbangan pertama awal pagi ini.
Pengerusi Tabung Haji Tan Sri Datuk Abi Musa Asa’’Ari Mohamed Nor berkata rombongan pertama yang melibatkan tiga waktu penerbangan itu akan berlepas pada
pukul 1.30 pagi dan mereka dijangka tiba 10.20 pagi.
Penerbangan seterusnya adalah pada pukul 5 dan 8 pagi ini.
Beliau yang ditemui ketika pelepasan itu berkata semua jemaah diingatkan agar sentiasa menjaga kesihatan ketika berada di Tanah Suci serta mematuhi setiap peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan Lembaga Tabung Haji.
“Jemaah haji Malaysia dilihat tidak mempunyai masalah dari segi displin kerana kebanyakkan dari mereka akur kepada setiap arahan yang ditetapkan terutama yang melibatkan kedua-dua belah negara,” katanya.
Abi Musa berkata kerajaan Arab Saudi juga mengiktiraf jemaah haji Malaysia sebagai kumpulan jemaah yang terbaik di dunia berdasarkan disiplin dan sopan santun mereka ketika mengerjakan ibadat haji. — Bernama
sumber http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/350-jemaah-haji-pertama-malaysia-berlepas-ke-mekah/
Komen editor kq.... Mabruuk..... Doakanlah kami pula berpeluang pergi ke sana. Kami juga rindu dan sentiasa bercita-cita untuk ke sana. Di sana nanti doakanlah saya agar sentiasa menjadi orang yang sedikit. Allahuma aj'alni minal kalil.... "Dan sedikit sahaja dari hamba-hambaku yang bersyukur..." al-quran
Amin ya rabbil alamin....
No comments:
Post a Comment