![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjh8b0WBtB5M5Ud9MLEUi6teTjbf7PMT3phqI3ftPo9wdSvO7xXJD9LkrbYPBhlY8_mTZSWbEAU6gykYS8FsWApgUgWrhPYlVtXo4-ehs1mJL8xVfDFKRAXJukjXOSIIZnTcjdYAD4-v54/s200/khalilyakob2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqiWcADVOHoEx2rygPk-lcjDLC9UDteMOa_Z4RNiwRISDgirPaChgwVmmPaBgSbtAnhz_hYRDkQutmu7cYfpteeYqImHRf_f_KhBZqXQjQC7Tdx7a28XGw3r8-kpnrG9OoIe6odrPp0QE/s200/khalilyakob.jpg)
Sekolah Harapan sambut kelahiran bayi pertama
JASIN, 6 Okt – Sekolah Harapan yang menempatkan remaja hamil di sini menyambut kelahiran bayi pertama – lelaki seberat 3.6 kilogramme.
Bayi itu dilahirkan pada pukul 8 pagi, Isnin lepas di Hospital Jasin, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah itu.
“Saya difahamkan bayi tersebut akan diambil oleh keluarga kepada remaja perempuan itu,” katanya kepada pemberita hari ini.
Mohd Ali berkata di samping memberi perlindungan kepada remaja hamil, penubuhan sekolah itu juga dapat mengelakkan kes pembuangan bayi.
Sekolah itu mula dibuka pada 17 September lepas, kini menempatkan sembilan lagi remaja yang sedang hamil.
Sekolah berasrama itu dikendalikan Majlis Agama Islam Melaka. – Bernama
sumber http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekolah-harapan-sambut-kelahiran-bayi-pertama/komen editor kq...... Kelahiran bayi, bayi tidak bersalah. Perlu disempurnakan haknya. Qamat, azan, tahnik, diberi nama, cukur, akikah, makan, pakai, kediaman, pendidikan dan lain-lain keperluan mesti dipastikan. Apa pula nasib ibunya? Apa hukumannya (jika bersalah) dan yang mengandungkannya? Apa langkah pihak kerajaan bagi membendung kes ini agar jangan berlaku lagi?... Memanda Ketua Menteri buatlah banyak lagi keraian seperti jom heboh, konsert-konsert, nyanyi-nyanyi, pesta-pesta, pusat-pusat berpeleseran biar banyak-banyak lagi. Nanti lagi laris sekolah tu... Sultan Melaka boleh ajar rakyat Melaka bagaimana nak jadi hebat berkaraoke..... Nak nampak pesta tu baik dan bagus dan bermanfaat, boleh panggil memanda datuk wira bacakan doa pembukaan.... Baginda junjungan telah bersabda, "Malu itu sebahagian dari iman." dan dalam hadis lain baginda bersabda, "kalau kamu dah tak rasa malu, buatlah apa yang kamu suka.". Kesian rakyat Melaka. Moga-moga rakyat Melaka masih ada malu lagi.....
No comments:
Post a Comment