Saturday, October 2, 2010

Lima lagi ke Sekolah Harapan

Semua Keluar Dari Rahim... Bukan Dari Abang Rahim....

Melaka bersejarah. Sejarah apa yang nak dibanggakan oleh orang Melaka?




Lima lagi ke Sekolah Harapan
Oleh Nasir Abd Wahab 2010/10/03

Sambutan tepis tohmahan: MB
MELAKA: Sekolah Harapan yang dibuka khusus oleh kerajaan negeri untuk remaja hamil luar nikah, menerima lima lagi pelajar minggu ini, sekali gus menepis kritikan dan tohmahan yang dilemparkan pelbagai pihak terhadap inisiatif Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kanan) itu.

Mohd Ali berkata, ketika mencadangkan pembukaan sekolah itu yang diuruskan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), banyak tohmahan dibuat melalui pelbagai saluran termasuk menerusi khutbah solat sunat Aidilfitri, tazkirah Ramadan, artikel serta kenyataan dalam portal berita.

Katanya, beliau tidak menghiraukan kritikan berkenaan sebaliknya sedia berdebat dengan pengkritik secara terbuka dan yakin peningkatan kemasukan ke sekolah itu membuktikan ia mula mendapat kepercayaan ibu bapa yang mahu memberi peluang kedua buat anak masing-masing.
Katanya, kemasukan terbaru itu menjadikan 10 pelajar mengikuti pengajian di sekolah berkenaan, termasuk sebahagian yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), November ini.

“Empat pelajar terbaru itu berusia 17 tahun dan bakal menduduki SPM, manakala seorang lagi di Tingkatan Empat.

“Mereka disahkan hamil enam bulan,” katanya selepas Program Seminar Melaka Maju 2010 di Institut Latihan Perindustrian, Bukit Katil, di sini semalam.
Ketua Menteri berkata, pelajar berkenaan masing-masing seorang dari Melaka, Johor, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Sebaik dibuka 20 September lalu, Sekolah Harapan menerima kumpulan pertama lima pelajar dari Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, kerajaan negeri menyambut baik cadangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang akan mengkaji kaedah pusat perlindungan remaja hamil luar nikah ketika melawat Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) di Brussels, Belgium, Selasa ini.

sumber http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LimalagikeSekolahHarapan/Article

Komen editor kq... Tujuan memang baik tapi cara tak betul. Macam kita membongkok tanam padi dari satu baris ke satu baris tapi orang kat belakang kita sentiasa ikut dan cabut padi tu. Buat bank Islam tapi bank konvensional tak ditutup malah ditambah. Buat tilawah tapi Jom Heboh minta tambah lagi...

Apa jalan penyelesaian yang Islam tawarkan? Pertama, tutup segala pintu dan jalan untuk umat cenderung kepada zina. Yang kedua, bagi yang dah terlibat, selesaikan masaalahnya dulu. Yang ketiga, laksanakan hukum Islam, hudud. Dan langkah keempat, pendidikan dan galakan kepada cara hidup yang diberkati. InsyaAllah Melaka akan diberkati.

Tak nampak datuk mufti yee. Datuk mufti tengah buat ape? Kat Tanjung Bidara aje. Buat ape kat sana?

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...