INFO DAN KEMUSYKILAN AGAMA


INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA
Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam
3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?

1. Kayu koka

Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub dengan benda-benda yang pelik-pelik dan lama-lama.

-Maka saya menerangkan kepada beliau bahawa kita umat Islam tak boleh beriktikad dengan kuasa sakti makhluk. Kayu koka adalah sejenis makhluk yang tiada kuasa apa-apa. Adapun cerita tentang kelebihan memuja-muja kayu koka ini tiada bukti dari al-quran dan hadis. Malah sahabat nabi serta ulamak-ulamak juga tidak meriwayatkan apa-apa tentang kesaktian kayu koka.

Maka saya menasihatkan beliau supaya kembali bergantung penuh dengan kekuasaan Allah swt. Kayu koka adalah sebagai hiasan dunia sahaja...... Bismillahi tawakkalna ala Allah, la haula wala kuata illa billahil ali'il azim...


2. Bulan Islam

Email dari Nizam, Muar, bertanyakan: Assalamualaikum tuan/ustaz, kenapakah bilangan hari dalam bulan Islam sentiasa berubah-ubah bilangan harinya berbanding dengan bulan Masehi. Ini akan memberi gambaran bahawa kalendar Islam adalah tidak konsisten dan tidak mesra kehidupan berbanding dengan kalendar Masehi.

-Maka jawapan ringkas dari saya; Waalaikumussalam Nizam, sebenarnya kalendar bulan Islam (Kamari) adalah lebih tepat dan mesra pengguna berbanding dengan kalendar Masehi.

-Sistem kalendar Kamari adalah berdasarkan kiraan peredaran bulan mengelilingi bumi dan ia memudahkan kita mengira dan mengukur fasa-fasa bulan itu hampir setiap hari. Jika ada ralat kiraan maka dengan cepat, mudah tidak teknikal dan sesiapa sahaja mampu membetulkannya. Maka ia bebas dari ralat kiraan masa dan hari.

-Sistem kalendar Masehi pula berdasarkan peredaran bumi mengelilingi matahari. Bagaimanakah kita hendak mengukur kedudukan matahari dengan tepat tanpa menggunakan alat-alat yang teknikal, mahal dan rumit. Mata kita tak dapat melihat terus kepada matahari dengan begitu sahaja kecuali dengan penapis cahaya. Perubahan matahari juga tidak ketara setiap hari. Maka sukar untuk membetulkan ralat kiraan masa dan hari bagi kalendar Masehi.

-Itu hanya satu contoh. Di sana ada beberapa sebab lagi yang membuktikan bahawa untuk kalendar kegunaan harian kita, adalah wajar kita menggunakan kalendar Islam (Kamari) berbanding Masehi. Dalam Quran ada banyak dalil yang menunjukkan ketepatan dan mudahnya kalendar Kamari ini.

 “Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram…” ( At Taubah:36)


3. Pertubuhan Islam

Email dari Rahmat, Mersing, bertanyakan: Assalamualaikum tuan/ustaz, di Malaysia ini ada beberapa parti politik dan ngo. Masing-masing menyatakan mereka sahaja yang lebih memperjuangkan agama. Jadi bagaimanakah untuk kita pilih. Apakah kita mesti pilih salah satu parti politik tersebut atau cukup dengan ngo sahaja? Bagaimanakah nak menilai yang mana satu yang terbaik? Atau tak perlu pilih mana-mana?

-Maka jawapan ringkas dari saya; Waalaikumussalam Rahmat, kita wajar memilih sebuah parti politik untuk kita bergabung di dalamnya kerana
1)bukankah kita sebagai warganegara lagi Muslim perlu mengambil tahu dan menyumbang kepada negara. Setiap parti politik ada sumbangannya kepada negara.
2)Islam menyediakan satu sistem pentadbiran negara yang cukup sempurna, maka bagaimanakah nak mengaplikasikannya jika tanpa kuasa politik?
3)Nabi seorang pemimpin negara dan ummat dan kita mesti meneruskan apa yang telah Beliau gariskan.
4)kita mesti sentiasa hidup berjamaah. Jangan jadi kambing yang terpisah dari kelompoknya yang akhirnya dibaham oleh serigala.
Dan banyak lagi sebab mengapa kita mesti memilih salah satu parti politik dan bergabung dengannya. Dan pilihlah parti politik yang memperjuangkan Islam sebagai dasarnya.
-Adapun tentang ngo, setelah kita memilih parti politik pilihan kita, maka kita bolehlah pilih salah satu ngo yang ada untuk kita sumbangkan apa-apa yang kita rasa kita boleh sumbangkan dan perjuangkan.
-mari kita lihat apa pedoman dari Quran:
لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ ۖ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Parti Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Parti Allah itu adalah golongan yang beruntung. Surah al-Mujadalah ayat 22

-Email saya jika nak ulasan lanjut...


4. Simpanan di bank

Email dari Fairul, Johor Bahru, bertanyakan: Assalamualaikum tuan/ustaz:
-Apakah membuat simpanan di bank konvensional juga dikira berdosa sebab terlibat dalam riba. Sedangkan kita tidak berurusniaga dengan bank itu, sekadar menyimpan dan tranksaksi gaji sahaja.

-Jawapan ringkas dari saya. Waalaikumussalam saudara Fairul. Mari kita lihat firman Allah
-Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.- surah al Baqarah ayat 275
 
Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. - surah al Baqarah ayat 179

-Maka dengan pengisytiharan Allah bahawa riba ini adalah haram, maka kita kena terima bahawa ia adalah haram. berurusan dengan perkara yang mengandungi unsur haram juga dihukumkan haram. Ia adalah haram akibat dari sistemnya yang tidak adil, zalim dan tidak jelas. 

-Oleh itu kita sebagai orang awam dan pengguna atau penyimpan, perlulah sedaya upaya mengelakkan dari berurusan dengan bank-bank konvensional ini. Kalau terpaksa sekalipun, pilihlah produk mereka yang Islamik tanpa riba. Jika tiada, pergilah ke bank-bank yang Islamik seperti BIMB, Muamalat, T.Haji, B. Rakyat, Takaful dan koperasi-koperasi yang Islamik. 

-Begitu juga dengan majikan yang memaksa pekerja-pekerjanya membuat akaun bank konvensional untuk gaji mereka, sepatutnya pekerja mesti diberi hak untuk memilih bank mereka. Bagaimana pula dengan mereka yang bekerja di bank/institusi kewangan konvensional ini? Untuk mereka saya nasihatkan supaya cari kerja lain. Bukankah rezki Allah ini luas. Dan Allah dah jamin rezki hamba-hambanya...Wallahu A'la wa A'lam           


5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup        

Email dari Fauzi, Putrajaya, bertanyakan: Assalamualaikum tuan/ustaz:
-Yang saya hormati ustaz. Saya rasa saya adalah mereka yang tergolong dalam golongan yang bekerja demi menjaga kepentingan sendiri. Bagaimana dengan bekerja dengan satu jabatan yang zalim? Jabatan yang saya bekerja sekarang adalah dikenali sebagai salah sebuah jabatan yang kerjanya menghalang orang ramai membuat salah tetapi sejak akhir-akhir ini ia kelihatan seolah-olah digunakan oleh parti politik dalam menjayakan agenda politik mereka dan menghalang seterusnya melumpuhkan pergerakan politik pihak lawan mereka tanpa saya  mempunyai peluang untuk menanyakan atau menyiasat sejauh mana wajarnya tindakan itu. Saya adakalanya terpaksa menjalankan arahan mereka yang berkepentingan itu. Akibatnya saya di benci dan dikutuk oleh mereka yang teraniaya itu dan oleh pihak yang bersimpati dengan pihak yang teraniaya itu. Saya benar-benar rasa bersalah. Wajarkah saya berhenti kerja?  Bagaimana dengan gaji yang saya perolehi?      

-Terima kasih dengan Tn. Fauzi yang bertanya. Bunyinya seperti tuan rasa tidak selesa dengan kerja tuan. Memang kita adalah perlaksana dasar dan bukan pembuat dasar. Tapi hendaklah kita bersikap adil dan amanah terhadap kerja, majikan, pelanggan dan negara kita. Jikalah kerja itu kerja yang terang-terang kerja salah dari sisi agama dan negara, maka kita wajiblah menegur pihak yang mengarahkan kita itu. Beranikan diri untuk menegur pihak atasan kita terlebih dahulu. Dengan menegur mereka, maka kewajipan kita terlepas.      

-Rasul pernah bersabda, Jihad yang paling utama adalah seorang lelaki yang berdiri di depan seorang pemerintah yang zalim dan menegurnya dengan berkata, Wahai zalim...         

-Kemudian kita berundur diri iaitu berlepas diri  (tidak terlibat) dari kerja-kerja menzalimi itu. Janganlah lagi kita mentaati perkara maksiat. dan bertahanlah dengan pendirian kita itu. dan bersabarlah dengan pendirian kita itu. Jika tekanan demi tekanan yang melanda, anggaplah itu sebagai ujian keimanan kepada kita. Seandainya kita rasa tak mampu bertahan lagi, mohon aje tukar, atau berhenti aje dan carilah kerja lain. Carilah kerja yang menenangkan hati, menggembirakan diri, halal dan sesuai. Bukankah rezki Allah ini luas. Dialah Allah tuhan pemberi rezki....

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti ia akan menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. surah al-Hud, ayat 113

- kita sendiri lebih faham tentang kedudukan kita. -wallahu a'la wa a'lam.




6.Puasa dan raya ikut siapa?

-Bagaimana dengan mereka yang tidak mengikut tarikh yang ditetapkan oleh kerajaan dalam menentukan tarikh puasa dan raya seperti yang sering kedengaran setiap kali musim nak puasa dan raya ini. Ada yang mengatakan kita mesti mengikut tarikh Arab Saudi dan ada yang mengatakan kita mesti mengikut tarikh yang ditetapkan oleh ulamak Patani kerana mereka lebih faham tentang fekah puasa ini. Bagaimana pendapat ustaz?

-Terima kaseh Adli. Adapun tentang menentukan tarikh bermulanya puasa dan raya ini, kita mestilah mengikut ketetapan kerajaan setempat kerana ia mengambilkira ketaatan kita kepada kerajaan, penyatuan umat Islam setempat dan mengelakkan fitnah dan konflik. Walaupun kita tahu bahawa lain negara lain kaedah penetapan tarikh kemasukan bulan barunya tapi kita sepatutnya mengikut dan menyertai aktiviti ini. Aktiviti cerapan hilal. Malaysia mengamalkan kaedah rukyah dan hisab dengan kriteria imkanurrukyah. Diantara kaedah terbaik dalam penetapan tarikh puasa dan raya. Boleh hubungi saya dgn email untuk lanjutan atau layar http://fauzijmm.multiply.com. WaAllahu a'lam...

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...