Tuesday, November 23, 2010

Kes bunuh Aminulrasyid: Polis akui siasatannya cuai

Filem koboi buat penggambaran di Malaysia
Adakah anak anda tak ada lesen memandu? Awas!.....

Kes bunuh Aminulrasyid: Polis akui siasatannya cuai
Salhan K Ahmad
Nov 23, 10
7:33pm

Seorang saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Aminulrasyid Hamzah hari ini mengakui bahawa beliau bertindak cuai dalam penyiasatannya. NONECif Insp Mazli Jusoh mengakui demikian ketika ditanya peguam Salim Bashir dalam perbicaraan hari ini. Katanya, beliau telahpun mengetahui bahawa kes tersebut melibatkan tembakan senjata api ketika tiba di lokasi jenayah di Seksyen 11, Shah Alam. Ketika ditanya, Mazli mengakui bahawa beliau tidak menemuramah anggota polis yang berada di tempat kejadian. Ditanya lanjut, beliau juga bersetuju bahawa kenderaan polis yang mengejar mangsa merupakan bahan bukti sekunder dalam penyiasatannya. Dalam jawapannya, Mazli berkata beliau pada masa itu telahpun mengetahui bahawa sebanyak tiga buah kereta peronda terlibat mengejar mangsa.

NONEMazli juga mengakui tidak bertindak merampas apa-apa senjata api yang digunakan oleh anggota polis berkenaan, mahupun pakaian mereka untuk mengesan individu yang bertanggunjawab melepaskan tembakan. Mazli berkata, beliau tidak menyiasat lanjut kerana tidak menerima arahan daripada pegawai penyiasat. Ditanya lanjut, Mazli berkata beliau juga tidak merakam gambar mayat mangsa ketika mangsa masih di dalam kereta berkenaan. Mazli menjelaskan, beliau hanya mengarahkan jurugambarnya untuk merakamkan mayat mangsa itu setelah beliau mengalihkannya ke atas rumput di luar kereta berkenaan. "Itu kesilapan saya tidak arahkan jurugambar untuk ambil gambar pada masa itu," katanya. NONETambahnya, beliau juga tidak memperincikan tindakannya mengalihkan mayat mangsa berkenaan di dalam laporannya. Mazli yang tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 3.10 pagi itu juga berkata, beliau hanya mengutip satu kelongsong peluru dalam penyiasatannya ketika itu. Tambahnya, kelongsong peluru selebihnya dikutip dalam penyiasatannya di lokasi berkenaan, dua hari kemudian.

Ketika diminta Mohd Dusuki untuk menerangkan maksudnya mengenai kemungkinan kelongsong peluru boleh dirosakkan oleh sesiapa, Mazli berkata kelongsong-kelongsong lain yang dijumpai dua hari selepas kejadian itu mungkin dilepaskan oleh senjata yang berbeza dan ia menunjukkan lebih daripada seorang yang melepaskan tembakan. "Jika terlewat pungut barang kes mungkin barang-barang kes bukan berada di kedudukan yang asal dan tidak boleh menggambarkan kejadian sebenar. "Bila didapati ada dua penembak yang lepaskan tembakan kemungkinan tembakan yang mengenai mangsa adalah daripada salah seorang penembak yang telah melepaskan tembakan," katanya.

Turut memberi keterangan hari ini ialah Lans Koperal Madi Samsudin dari cawangan persenjataan Balai Polis Seksyen 6 di Shah Alam. Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar bersambung pada 29 Nov ini.

sumber http://www.malaysiakini.com/news/148980

komen editor kq.... Bang Hisyam kena peka laa.... KPN lepas dah selamat belayar dah. KPN baru pula nampak macam tak mahu campur. Budak tu dah jadi arwah, penembak pula boleh senyum ajee... Macam tak salah ajee... Puluh das dah dilepaskan macam kes Assyahid Ustaz Ibrahim Libya ajee... Majlis fatwa mengatakan syahid tapi PDRM kata pengganas.... Oleh itu PDRM jangan marah kalau rakyat tak percayakan PDRM lagi...

Mana BAKA? Apa BAKA tu? BAKA ni polis tambahan ke? BAKA ni kena pegilah buatkan latihan agama untuk polis. Jangan asyik baca doa aje... Majlis tari menaripun BAKA bacakan doa? Jabatan PM beri BAKA kerja, tapi tak beri BAKA kuasa, jadilah BAKA yang menikuskan diri, gah dalam ilusi pegawai-pegawai diorang aje.... Tak caya, taip google cari BAKA....

Monday, November 8, 2010

Ekonomi lebih perlahan

Lagi-lagi Melayu kena tipu...

EPP 8: Mewujudkan zon hiburan khas

Pergaulan bebas lelaki-perempuan (gambar ihsan Google)

[E]skrem [T]anpa [P]engawet – ETP- Nak ekonomi rancak, laksanakan etp? Itu dia etp.... Makcik Felda Air Tawar 2 selalu tanya apa dia etp tu? Benih sawit baru ke?


Ekonomi lebih perlahan

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Bank Dunia menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih perlahan daripada 7.4 peratus tahun ini kepada 4.8 peratus tahun depan walaupun pemulihan yang memberangsangkan tahun ke tahun.

Unjuran itu berdasarkan kepada kelemahan dalam ekonomi global yang menjadi punca ketidaktentuan dalam jangka sederhana.

Pakar ekonomi kanan Jabatan Asia dan Pasifik Bank Dunia, Philip Schellekens berkata, pemulihan kekal sukar memandangkan eksport dan beberapa petunjuk pengeluaran industri merosot pada pertengahan tahun dan akan terus menurun, selari dengan kemelut ekonomi berpanjangan di negara-negara utama.

''Aktiviti ekonomi dijangka terus menyusut pada separuh kedua 2010.

''Pertumbuhan ekonomi negara yang mencapai 7.4 peratus dijangka menurun kepada 4.8 peratus pada tahun depan,'' katanya pada pelancaran Laporan Dwitahunan Pemantauan Ekonomi Malaysia Bank Dunia 2010: Pertumbuhan Terangkum di sini hari ini.

Tambah beliau, permintaan domestik dijangka terus memacu pertumbuhan jangka sederhana dan pengukuhan permintaan daripada G3 dan China kekal menjadi punca ketidakstabilan.

Meskipun kemiskinan telah menjunam, ketidakadilan kekal pada peringkat yang tinggi dan cabaran-cabaran masih wujud kerana Malaysia dalam proses untuk menyertai liga negara-negara berpendapatan tinggi, menurut Pengarah Sektor Pembangunan Insan Asia Timur dan Rantau Pasifik, Emmanuel Jimenez.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin Malaysia mampu mencatat pertumbuhan lima hingga enam peratus tahun depan.

Beliau berkata, menerusi tumpuan berterusan dalam mengenal pasti bidang, pelaksanaan dan campur tangan dasar dalam perancangan, negara akan mengekalkan momentum pertumbuhannya.

''Momentum kita baik, ada banyak program. Kita tidak mempunyai masalah dalaman, namun terdapat masalah di rantau ini dan negara maju pula berhadapan cabaran yang akan menjejaskan ekonomi kita pada tahap tertentu.

"Saya yakin unjuran itu adalah sebelum campur tangan dasar baharu. Kami akan mencuba yang terbaik untuk merealisasikan matlamat dan unjuran ini memberikan Malaysia sebab untuk berusaha lebih keras.

"Menerusi dasar tambahan, langkah yang tepat, memastikan projek dilaksanakan dengan penyertaan aktif sektor swasta dan fasa pelaksanaan yang lebih pantas," katanya pada sidang media selepas melancarkan laporan Bank Dunia ke atas ekonomi Malaysia di sini.

Schellekens berkata, jika kerajaan Malaysia melaksanakan secara konsisten reformasi struktur, terdapat peluang peningkatan untuk negara mengekalkan momentum pertumbuhan.

"Malaysia perlu menunjukkan komitmen padu yang akan memacu pertumbuhan, bagaimanapun cabarannya ialah ketidaktentuan ekonomi global," katanya.

Beliau berkata, bagi memenuhi sasaran pertumbuhan Rancangan Malaysia Ke-10, Malaysia perlu mencatatkan peningkatan ketara dalam produktiviti dan pelaburan.

"Dua pendekatan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan menggabungkan dasar pengurangan dengan projek utama swasta, menyediakan platform yang baik,'' ujarnya.

Schellekens berkata, Wawasan 2020 boleh dicapai dengan syarat ETP dilaksanakan sepenuhnya.

sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

komen editor kq... itulah dia kalau jauh dari Islam. Buat masjid tapi buat kelab malam 20 buah. Dalam quran ada suruh buat masjid banyak2? Dalam quran menyuruh kita mendirikan solat dan menyuruh orang (rakyat) bersolat.

Peruntukan untuk ulamak, ngo islam, institusi pendidikan Islam di sekat-sekat, dilabel ekstrimis, dimomok-momokkan agar rakyat menjauhkan diri dari Islam. Ambik yahudi jadi penasihat, itulah natijah dan solusi yang mereka beri.... Mufti pulak senyap aje.... tok, oo tok wira, tak perlu ada PHD atau Master nak naik ke gred 48 laaa... Nak faham tu pun payah....

Emas pengukur pergerakan mata wang

Ini bukan Emas tapi Katak Pasir Mas.

Kaya dia ni, nak cari pasir susah kat tempat dia, terpaksa selak mas baru jumpa pasir. Pasir jadi mahal gila, mas dah tentu mahal.






Emas pengukur pergerakan mata wang

LONDON 8 Nov. - Ketua Bank Dunia, Robert Zoellick menggesa pemimpin-pemimpin ekonomi dunia mempertimbangkan penggunaan semula emas dalam sistem monetari sebagai pengukur dalam pergerakan mata wang.

Beliau membuat cadangan itu kerana bimbang berlaku 'peperangan mata wang' dalam suratnya yang diterbitkan dalam Financial Times.

Zoellick berkata, sistem itu perlu terlibat dalam dolar, euro, yen, pound dan renminbi yang kini diperdagangkan di peringkat antarabangsa.

''Sistem ini juga boleh mempertimbangkan penggunaan emas sebagai rujukan antarabangsa bagi jangkaan pasaran berkaitan inflasi, deflasi dan nilai mata wang hadapan,'' tambahnya.

Amerika Syarikat (AS) kini semakin konsisten mengkritik China kerana menurunkan nilai renminbi dengan tujuan untuk mengambil faedah dalam pasaran eksport.

Ekoran kritikan itu, China membalas balik dengan mencetak AS$600 bilion (RM1.8 trilion) duit baru sambil mendakwa untuk memberi AS kelebihan persaingan.

''Sekiranya polisi domestik adalah polisi optimum bagi AS, tetapi pada masa sama ia bukan polisi optimum bagi dunia, ia mungkin membawa banyak kesan negatif kepada dunia,'' menurut Ketua Bank Negara China, Zhou Xiaochuan.

China melahirkan kebimbangan polisi monetari Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan nilai dolar, menyebabkan eksport negara itu merosot.

Berikutan itu, China menggesa pemantauan terhadap pergerakan dolar AS semasa mesyuarat G20 di Seoul pada minggu ini.

Standard emas dipinggirkan oleh bekas Presiden AS, Richard Nixon pada 1971 kerana nilai dolar jatuh menjunam berbanding emas.

Emas dipercayai boleh membantu menangani inflasi tetapi ia tidak dibenarkan bagi polisi monetari fleksibel, yang mana kebanyakan pakar ekonomi mendakwa ia perlu dalam menangani kejutan ekonomi. - AFP

sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

komen editor kq... Satu dunia dah tahu bahawa amerika menipu dalam nilai matawang dolarnya. Tapi kenapa kita masih menyandarkan nilai ringgit kita kepadanya. Kata kita dah merdeka, tapi ekonomi, sikap dan mentaliti masih rela dijajah.

Kenapa kita tak memajukan nilai wang kita? Kita gunakan emas dan perak (dinar dan dirham) sebagai matawang kita. Atau sekurang-kurangnya kita sandarkan nilai wang kita kepada emas dan perak, selesai masaalah ekonomi kita.

Al-Quran menyarankan kita menggunakan dinar dan dirham, ini dirakam dalam cerita ashabul kahfi, nabi Yusuf mentadbir Mesir dan beberapa cerita lagi. Sudah pasti ada hikmahnya saranan al-Quran ini. Ya, ini adalah jawapan kepada penyelesaian kepada sistem ekonomi kita umat Islam. Emas, perak dan komoditi adalah matawang sunnah!

Namun begitu, Kelantan yang cuba memartabatkan dinar dan dirham di cerca pula. Sedih rasanya sikap mereka yang mengaku cerdik pandai di Malaysia ni. Yang paling cerdik ialah mufti-mufti Malaysia. Ambil jalan selamat diam membatu, jaga perut masing-masing. Takkan tak tahu kot? Kalau tak tahu, jangan jadi mufti. Nak faham tentang isu ni pun tak perlulah ada PHD atau Master. Budak sekolah menengah arab Kuala Kangsar tahun satupun boleh faham....

Marilah kita balik kepada matawang sunnah.... InsyaAllah ekonomi berkah. Tak begitu tok peti?.

Tuesday, November 2, 2010

Melaka Maju: Ali Rustam didakwa tipu rakyat?

Hebat: Salahpun buat pura-pura tak salah.....

Politik wang itu bukan rasuah ke? SPRM tu bukan orang yang kurang daya penglihatannya ke?









Melaka Maju: Ali Rustam didakwa tipu rakyat?

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diminta membuat penjelasan tentang kenyataan Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang menafikan badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.
Sebelum ini, kerajaan negeri Melaka mendakwa OECD sebagai badan bebas telah memberikan pengiktirafan bahawa Melaka telah mencapai status negeri maju pada 20 Oktober lalu. Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS negeri, Yusof Wahab berkata perkara itu adalah serius kerana membabitkan imej kerajaan negeri dan maruah rakyat negeri Melaka. "Mana mungkin kerajaan negeri mengisytiharkan Melaka negeri maju tanpa black and white dari badan bebas itu, ini dah kira masuk bakul angkat sendiri,” katanya. Menurut beliau, rakyat negeri Melaka berasa tertipu dengan penafian OECD itu dan kerajaan negeri mesti membuat penjelasan mengenainya. “Malah pengisytiharannya pula dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, apakah kerajaan negeri ingin permainkan dan perbodohkan Perdana Menteri," kata Yusof semasa ditemui di Pusat Aduan Rakyat DUN Bukit Baru, di Melaka pagi ini. Yusof juga mencadangkan isu ini dibawa di dalam sidang DUN yang sedang berlangsung sekarang. "Saya cadangkan satu usul tergempar di bawa ke sidang DUN untuk dibincangkan di kalangan ahli dewan dan satu ketetapan mesti diambil oleh DUN untuk mengembalikan maruah dan integriti kerajaan negeri serta rakyat negeri ini. "Ini bukan isu kecil dan main-main, ia melibatkan maruah dan imej kerajaan serta rakyat," katanya. OECD hari ini mengesahkan bahawa badan tersebut tidak mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju kerana ia tidak mempunyai kuasa atau tidak berautoriti untuk membuat pengisytiharan seumpama itu.

sumber http://www.malaysiakini.com/news/147103


komen editor kq.... Melaka dikenali negeri Melayu asal. Ia kaya dengan tamadun melayu yang dulu dibangga-banggakan.

Rasa-rasanya Melaka lebih baik mengekalkan negeri tradisional warisan sejarah kalah perang daripada negeri maju bohong-bohong rakyat....

Dalam quran disebut" negeri yang baik dan diampuni tuhan". Sebenarnya itu adalah negeri maju dari kaca mata Islam. Sepatutnya negeri berkat seperti itu yang dikejar bukan negeri maju yang mana rakyat terpaksa membayar harga yang mahal yang tak terbayar.

Dengan apa rakyat Melaka bayar untuk mengejar negeri maju yang pengabisnya tak diiktiraf ini? Dengan dekadensi akidah, syariah dan moral.... Tak caya, cuba duduk jalan-jalan di melaka seminggu. Cuba lihat anak-anak muda mereka, asyik berhibur hedonisme. Cuba pegi Melaka Raya di sebelah malam, nampak bersepah orang melayu minum arak terbuka dan berhibur dengan entah mana-mana wanita. Cuba tunggu kat kedai 7/11, anak-anak muda melayu banyak beli arak dan kondom. Singgah kat pantai klebang, belum malam lagi, dah bercouple-couple pasangan melayu bermukah terbuka. Dan malas nak cakap lagi....

Mana pegi JAIM, MAIM, JMM, RKSK, JASA, AHLI MAJLIS FATWA NEGERI, PFSNM, Per. Ulamak Melaka dan entah macam-macam lagi agensi dan ngo melaka? Takkan nak suruh JKR atau Bomba pula yang kena pergi benteras orang bermukah?..... Siapa pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Melaka? Datuk Wira Iswara?... Banyak betul datuknya.....

Saturday, October 30, 2010

Tarikh lihat anak bulan Aidiladha petang 6 Nov

Melayu kena bodoh lagi...
Teropong besar, mahal canggih ada tapi guna yang tak canggih juga. Kenapa yea? Berapa harga tu?.... Guna duit sendiri atau duit rakyat? Apa kajian nak buat? Kajian kenapa melaka dan kelantan tak nampak anak bulan? Melaka nampak roketnya aje dan kelantan nampak bulan purnamanya aje....


Tarikh lihat anak bulan Aidiladha petang 6 Nov

October 30, 2010

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 November ini, bersamaan 29 Zulkaedah.

Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Sementara itu, 30 lokasi di seluruh negara ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijjah, iaitu:

1. Pontian Kecil, Johor.

2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor.

5. Pulau Angsa, daerah Kuala Selangor, Selangor.

6. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.

7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor.

8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak.

9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.

11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah.

12. Menara Alor Star, Alor Star, Kedah.

13. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.

14. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu.

15. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.

16. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

17. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan.

18. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan.

19. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baru, Kelantan.

20. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak.

21. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.

22. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.

24. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.

25. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.

26. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.

27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

28. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya.

30. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga. — Bernama

sumber http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tarikh-lihat-anak-bulan-aidiladha-petang-6-nov/

komen editor kq..... Ketua agama Islam bagi negara Malaysia adalah agong. Bagi negeri-negeri, ketua agama adalah sultan. Bagi negeri yang tiada sultan, ketua agamanya adalah agong dan TYT adalah mewakili agong.

Maka apa kerja Menteri di JPM? Apa kerja JAKIM? Apa kerja Mufti? Apa kerja Pengerusi Majlis Agama Negeri? Apa kerja Pengarah Jabatan Agama Negeri? Sebenarnya kita tak perlu perjawatan dan jabatan yang sebegini banyak. Apa guna pengarah dan agensi-agensi agama yang terlalu banyak ini sedangkan masaalah umat Malaysia makin parah.

Cuba kita lihat, semakin berkembang agensi-agensi agama ini, semakin penyakit sosial dah bertukar menjadi jenayah sosial, semakin nak halalkan judi, semakin banyak siaran hiburan, semakin nak tambah hiburan malam demi pelancongan, semakin banyak buang anak, semakin korup dari kakitangan awam sehinggalah kepada pemimpin, semakin sesat barat masyarakat, tak kenal mana halal dan mana haram. Cuba buka mata kita....

Apa kerja mereka yang diamanahkan untuk menjaga ummah ini?. Macam-macam keistimewaan dah yang kita terpaksa beri kat mereka, gaji naik, elaun beribu, duit keraian mentekedarah sorang-sorang, pajero satu pejabat entah berapa biji, mufti merayu minta jusa, anak buah klaim ikut suka-suka dan berbagai ragam lagi. Tak fikir ke bahawa itu semua adalah keringat ummat?. Tak malu ke bahawa mereka tak berjaya membela ummat Malaysia? Tak peduli ummat sesat, tak peduli kerajaan terjerumus...

Cuba lihat sejarah mereka pembela ummah. Baca sejarah sahabat. Baginda rasul pernah menegur sahabatnya agar tidak meminta-minta jawatan. Baginda rasul juga pernah mengisyaratkan bahawa Abdurrahman bin Auf akan meniti sirat dengan merangkak...

Pecat aje mufti-mufti yang bisu-bisu ni. Hantar kadi-kadi pergi kursus kat Pesyawar ke atau ke Gaza ke biar mereka bersemangat membela ummah....

Bangunan Majlis Agama Islam Melaka dijual ke Taukeh Cina

Hebatnya Melaka. Cerdiknya orang Melaka.....








Kita doakanlah moga orang Melaka jadi cerdik sikit jangan asyik di bodohkan aje....



Dan ini rumah diatas tanah Baitul Mal


Bangunan Majlis Agama Islam Melaka dijual ke Taukeh Cina

Menggemparkan dan menyedihkan. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 untuk Melaka mendedahkan tanah dan bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah terjual ke BC Lim Enterprise. Siapa BC Lim ini? Taukeh Cina ke ? Cina DAP ke ? Juga tanah MAIM telah dijual ke Universiti Terbuka Malaysia. Paling pelik sebuah rumah jenis kekal telah dibina atas Tanah BaitulMal tanpa kebenaran MAIM.

Apa nak jadi Melaka ni ? Negeri Maju tapi tanah dan bangunan MAIM dah terjual, dijual, diceroboh ? Apa tunggu lagi , buatlah laporan polis dan SPRM.

Sila baca laporan penuh di laman web Ketua Audit Negara di http://www.audit.gov.my
sumber http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=29846#421986

komen editor kq.... Apa dah jadi ni datuk-datuk wira?.... Tapi kalau taukeh cina tu Islam apa salahnya.... Ini bermakna, Melayu atau lain-lain bangsa tak penting. Islam tu penting. Islam yang dapat menyelamatkan kita di dunia dan akhirat....

Bukan begitu datuk wira mufti?....

Thursday, October 28, 2010

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Filem Transformer membodohkan orang Melayu
Esok orang melayu akan bertukar jadi syaitan robot akibat banyak minum air setan.



ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP. Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan. Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.
Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini. Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal). Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.

Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan. Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. "Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu. Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.
Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

sumber http://www.malaysiakini.com/news/146435

Komen editor kq.... Kalau tak tegur, memang dapat dosa dan bala. Kalau tegur tak jalan, kena lawan. Zahirkan kita benci maksiat. Ini wajib. Datuk Mufti apa kerja? Apasal diam aje? Gaji dah masuk? Klaim buat rumah terbuka, CM dengan TYT datang, dah dapat klaimnya? Tsunami dah melanda Indonesia pun dikata jauh lagi dengan Malaysia. Dah melanda Johorpun orang Melaka kata jauh lagi.... Kena kat Lereh, orang Bukit Katil kata jauh lagi. Kena Kg Pengkalan Rama, orang Kg Morten kata bukan kg dia. Kg dia selamat. Kena rumah dia pula, dia kata itu kakak dia, dia tak kena. Kena dia pula, baru dia tahu bahawa amaran Allah itu sangat benar....

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...