Wednesday, September 29, 2010

40 warga emas pulangkan wang ihsan Pulau Pinang

Halal + Haram = HALAM


?








40 warga emas pulangkan wang ihsan Pulau Pinang
September 30, 2010
Asri menjelaskan bahawa wang ihsan yang diberi oleh Pulau Pinang tidak haram. — gambar fail
KEPALA BATAS, 30 Sept — Lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ihsan yang diberikan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada mereka selepas berasa curiga dengan sumber wang tersebut, semalam.

Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72 berkata dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ehsan tersebut dipercayai datang dari sumber tidak halal.

“Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri.

“Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan... apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini,” katanya dipetik Bernama semalam.

Saidin dan kumpulan warga emas tersebut sebelum itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Saidin yang juga seorang imam di Pulau Mertajam di sini berkata kesemua mereka bertindak demikian atas kerelaan hati.

Seorang lagi penerima Rosnani Mohd Rashid, 62, berkata dia berasa lega dapat memulangkan semula wang itu dan berharap kerajaan negeri tidak mempermainkan rakyat terutama orang Islam dengan memberikan sumbangan yang berasal dari sumber haram.

Saad Akbar, 77, dari Kuala Muda pula berkata sekalipun kerajaan negeri menafikan umat Islam diberi sumbangan daripada sumber tidak halal, dia tetap berasa curiga.

Sementara itu Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga berkata, pihaknya menganjurkan majlis tersebut selepas diminta oleh warga emas sekitar kawasan Parlimen Kepala Batas yang mahu memulangkan wang ehsan berkenaan.

“Bukan Umno yang suruh mereka (warga emas) bagi balik duit berkenaan sebaliknya mereka yang hubungi saya untuk minta pulangkan wang itu kerana tidak sanggup guna wang dari sumber haram,” katanya yang juga Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang.

Azhar juga berkata lebih ramai warga emas akan berbuat demikian dalam masa terdekat dan pihaknya akan mengumpulkan semua wang tersebut sebelum menyerahkan kepada Pemuda Umno Pulau Pinang untuk dikembalikan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Media baru-baru ini melaporkan Pemuda Umno negeri sebagai mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri itu.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut.

Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar dengan menerimanya adalah bukan Islam, bukan untuk penghargaan warga emas.

Dalam komennya berhubung isu berkenaan, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.

“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.

“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau.

sumber http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/40-warga-emas-pulangkan-wang-ihsan-pulau-pinang/

Komen editor kq..... Kalau nak pulangkan pun, pokcik kona pulangkan kek orang yang boie.... Atau pulangkan kat baitul mal. Kenapa pulangkan kepada orang yang lain pulak? Orang yang lain tu pulak buat apa mudah-mudah terima? Atau?.... Nanti timbul pula fitnah lain....

Datuk mufti jangan duk diam aje.... Takkan nak suruh LGE pula yang keluarkan hukum. Datuk mufti keluarkan kenyataan cepat tentang apa hukumnya mengekalkan lesen-lesen judi kat seluruh Malaysia.... Tadi tu semua dah menunjukkan betapa orang awam dah lama dan dah teruk sangat tertipu... Datuk mufti tak kesian kat mereka?....

Tuesday, September 28, 2010

Asri: Rakyat Boleh Terima Bantuan Daripada Sumber Tidak Halal

Bodoh betul......
Buka pusat judi tapi marah orang main judi. Lepas tu haramkan duit judi. Memang le duit judi tu duit haram. Tak sekolah ke?

Lepas tu beri lesen lagi, dan lagi dan lagi. Untuk judi yang halal ke? Bermakna ada judi yang bercop halal? Hebatnya bodohnya....



Asri: Rakyat Boleh Terima Bantuan Daripada Sumber Tidak

Halal

"Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka. Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi."

Demikianlah jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan mufti Perlis dalam respons beliau terhadap isu kerajaan negeri Pulau Pinang yang memberikan wang saguhati kepada warga emas, yang 'khabarnya' bersumberkan judi lumba kuda.

Katanya, bahawa para penerima wang (orang-orang Islam berusia emas) itu tidak haram. Pihak yang memberinya itulah yang menanggung dosanya.

Samalah, kata beliau, apabila kakitangan awam dibayar gaji yang mana kita semua maklum, wang gaji itu bersumber daripada perbendaharaan negara.

Dalam perbendaharaan negara, ia menerima apa-apa sahaja sumber kewangan termasuklah daripada sektor perjudian, minuman keras dan yang sewaktu dengannya. Ia diterima menerusi cukai perniagaan yang dikutip oleh pihak kerajaan.

Nah! Jika benar kita mahu memastikan wang gaji kita bersih dan suci 100 peratus barang kali kita tidak boleh menerima gaji daripada pihak kerajaan pusat. Melainkan, mereka mengasingkan dana halal dan haram dan hanya memperuntukkan halal untuk Islam dan haram untuk bukan Islam.

Dalam Islam, perbendaharaan negara disebut Baitul Mal. Persoalannya, adakah sama Perbendaharaan Negara yang ada pada hari ini di peringkat negeri dan pusat dengan Baitul Mal?

Saya tidak berani nak jawab…

Jika diikutkan, fungsi Baitul Mal ini adalah sangat meluas. Salah satu daripadanya, Baitul Mal juga adalah tempat dititipkan segala jenis harta yang tidak halal mahu pun syubhah. Jika di Baitul Mal, maka wang itu tidak menjadi haram untuk digunakan kembali kepada rakyat. Ini kerana, ada pandangan ulama menyatakan demikian.

Saya pernah terjumpa pandangan Dr Yusuf al-Qardhawi terhadap corak penggunaan wang haram. Secara asasnya, wang haram itu tidak boleh sama sekali dimanfaatkan oleh pemilik wang untuk faedah peribadi.

Tetapi, ia boleh diberikan kepada pihak lain demi maslahah umum atau kebajikan awam. Ia termasuklah memberikan wang haram itu kepada orang fakir dan miskin dan juga untuk tujuan dakwah Islam.

Saya sempat mencari di dalam internet, alhamdulillah saya bertemu dengan sebuah artikel yang dipetik daripada Bahagian Mal, Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Berikut saya paparkan sedikit kutipannya:

“Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi, sesuatu yang haram itu tidak boleh dimiliki sebaliknya ia menjadi milik kepada maslahah a'mmah seperti dibelanjakan kepada perkara-perkara kebajikan antaranya membantu golongan fakir dan miskin, anak-anak yatim, musafir, jihad di jalan Allah SWT, perkembangan dakwah Islam, pembinaan masjid dan pusat-pusat Islam, penyediaan para pendakwah, penerbitan kitab-kitab agama dan seumpamanya daripada perkara-perkara yang bersifat kebajikan.

Harta tidak patuh syariah juga tidak boleh digunakan bagi tujuan kepentingan diri sendiri atau keluarga. Menurut al-Qaradawi, ia juga haram secara yakin untuk ditinggalkan dalam akaun bank konvensional (dalam kes faedah riba).

Harta tidak patuh syariah ini jika daripada jenis yang boleh dimanfaatkan seperti wang, ia tidak seharusnya dimusnahkan seperti dengan membakar atau mencampakkannya ke dalam laut.

Fuqaha semasa seperti al-Qaradawi menjelaskan bahawa perbuatan ini menyalahi kaedah syarak yang melarang tindakan idha'ah al-mal iaitu mensia-siakan harta tanpa dimanfaatkan oleh sesiapa.

Mungkin ada yang mempertikaikan, bagaimana harta yang haram dan tidak baik ini boleh disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin atau perkara-perkara kebajikan sedangkan kita sendiri tidak tergamak untuk menggunakannya?

Menjawab persoalan ini, al-Qaradawi menjelaskan bahawa pada hakikatnya harta tersebut sememangnya haram dan tidak baik dalam konteks orang yang mendapatkannya secara tidak halal.

Sebaliknya, dalam konteks fakir miskin dan juga perkara-perkara kebajikan, ia adalah baik dan harus untuk digunakan. Institusi Baitulmal dalam konteks maslahat umum ini, boleh berfungsi sebagai pemegang amanah kepada harta tidak patuh syariah untuk dibelanjakan demi kepentingan masyarakat secara umum.

Ini bertepatan dengan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-3, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam bertarikh 21 Januari 1971 yang telah menetapkan bahawa: “Faedah yang diperolehi daripada wang simpanan seseorang muslim dalam mana-mana bank harus diterima olehnya atas alasan kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklah dimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan muslihat umum”

Petikan daripada artikel 'Pengurusan Harta Tidak Patuh Syariah' oleh Unit Amanah & Wasiat, Bahagian Baitul Mal, Majlis Agama Islam Selangor.

sumber http://suara-keadilan.com/news-section?t=4142


komen editor kq..... Saya secara peribadi setuju dengan ulasan Ustaz Asri. Dan yang keduanya saya ucapkan terima kaseh dan tahniah kepada beliau kerana berani mengulas dan menerangkan perkara yang samar syubahat berikut.

Dalam satu hadis baginda junjungan saw ada disebutkan bahawa perkara syubahat ni tak diketahui ramai oleh manusia. Hanya orang yang ahlinya sahaja yang perasan itu adalah syubahat. Ramai ulamak yang keliru, maka lebih ramai orang awam ini tertipu. Dan amat malang bagi negara kita ramai ulamak yang kelu.....

Namun begitu, intonasi dalam menerangkan perkara berikut itu perlulah dengan hikmah dan tak terlalu terbuka sebab ia akan dimanupulasikan oleh orang-orang yang bangsat hujah lantas menimbulkan fitnah pula. Baginda junjungan saw pernah bersabda yang bermaksud, berbicaralah dengan manusia itu mengikut tahap akal mereka....

Dulu masa jadi mufti, MAZA (Ustaz Asri) seorang yang berani dan sekarang dah tak jadi muftipun berani juga. Mufti-mufti lain? Berani juga tapi selalu tertinggal bas....... Apa khabar datuk mufti?......

Monday, September 27, 2010

ADUN PAS Galas meninggal dunia, pilihan raya kecil ke-12

Alfatihah.............
Moga Allah menempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh....






ADUN PAS Galas meninggal dunia, pilihan raya kecil ke-12

TERKINI @ 06:51:51 PM 27-09-2010
September 27, 2010

KUALA LUMPUR, 27 Sept - Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima yang menghidap kanser usus meninggal dunia di Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru di sini petang ini.Allahyarham Che Hashim, 48, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.25 petang, kata Naib Yang Dipertua PAS Gua Musang Hussin Embong kepada The Malaysian Insider.

Ia akan membuka ruang kepada pilihan raya kecil yang ke-12 dan kedua di Kelantan sejak pilihan raya umum 2008.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar juga mengesahkan perkara itu.

“Saya baru balik dari menziarahi beliau dan ketika sedang minum berhampiran pejabat PAS, tiba-tiba menerima panggilan daripada Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Taqiyuddin Hassan... baru 10 minit tadi saya terima panggilan,” kata beliau.

Beliau berkata, Allahyarham kemungkinan akan dikebumikan esok.

Che Hashim telah dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu untuk rawatan barah usus.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Nasuruddin Daud dipetik Bernama berkata, “saya ada menelefonnya dua hari lalu dan memaklumkan bahawa beliau kini berada di ibu negara untuk menjalani rawatan.”

Ini merupakan kali ketiga Che Hashim dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan barah ususnya itu sejak mendapat rawatan di China.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People’s Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Dalam pada itu, Bernama memetik ADUN kawasan Semerak, Pasir Puteh Wan Hassan Wan Ibrahim berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

“Allahyarham dijangka akan dibawa pulang ke kediamannya di Gua Musang (Kelantan) selepas Maghrib untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana.

“Sekiranya pengurusan jenazah di sini (Hospital Al-Islam) berjalan lancar maka urusan menghantar jenazah untuk dikebumikan di sana (Gua Musang) dapat dipercepatkan,” katanya.

Allahyarham meninggalkan dua orang isteri iaitu Che Busu Junuh dan Aida Zakaria dan 11 cahaya mata.

Wan Hassan yang menziarahi Allahyarham petang ini menyifatkan pemergiannya satu kehilangan besar sebagai seorang kenalan rapat sejak mengenalinya 20 tahun lepas.

“Selama saya kenal dia, dia seorang yang baik, mudah mesra dan suka tolong orang,” katanya.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Pakatan Rakyat mempunyai 39 kerusi manakala Barisan Nasional pula enam di DUN Kelantan.

sumber http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adun-pas-galas-meninggal-dunia-pilihan-raya-kecil-ke-12/

Saturday, September 25, 2010

Jangan gadai hak bangsa

Makin Layu Terus Dibaham Tanah....
Jangan jadi melayu....












Jangan gadai hak bangsa


DR. MAHATHIR Mohamad dan Ibrahim Ali dikerumuni orang ramai pada Perhimpunan Melayu Perkasa di Pasir Mas, semalam.

PASIR MAS 25 Sept. – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin-pemimpin Melayu termasuk dari parti pembangkang supaya tidak menggadaikan hak-hak orang Melayu semata-mata hendak mendapat tempat dan ingin menjadi Perdana Menteri.

Sambil menyuarakan rasa sedih dan bimbang dengan senario tersebut, bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan sedemikian akan hanya menyebabkan anak-anak, cucu-cicit mereka hidup dalam negara seperti Singapura dengan tidak mendapat sebarang jawatan dan kemudahan, bahkan tidak boleh bercakap langsung mengenai bangsa sendiri.

“Itu mungkin menjadi nasib kita apabila kita menjadi orang yang tidak ada kuasa politik sama sekali yang duduk di bawah telunjuk orang lain dan mereka tidak boleh mencari perlindungan daripada kerajaan.

“Sebab itulah orang Melayu patut sedar supaya mereka tidak berpecah-belah kerana tamak hendak dapat jawatan, nak jadi Perdana Menteri umpamanya.

“Jangan tamak, orang yang tamak akan hilang segala-galanya. Sepatutnya orang Melayu bersatu-padu dan menyokong apa yang baik bagi kaum mereka, bukan nak tolak kaum lain, bukan nak rampas kaum lain.

“Hak kaum lain adalah hak mereka, tetapi hak orang Melayu mestilah kekal sebagai hak orang Melayu,” katanya berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk pada Perhimpunan Melayu Perkasa di sini hari ini.

Perhimpunan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) turut dihadiri oleh penduduk pelbagai kaum termasuk Cina, India dan masyarakat Siam.

Turut hadir, isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Presiden Perkasa yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Dalam ucapannya itu, Dr. Mahathir turut melahirkan rasa sedih kerana orang Melayu masih tidak sedar ancaman yang sedang dihadapi oleh mereka sehingga berpecah kepada tiga puak disebabkan individu tertentu yang gilakan kuasa kerana hendak menjadi Perdana Menteri.

Dalam nada sinis, beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pemimpin pembangkang tertentu yang malu hendak menjadi orang Melayu dan mengaku orang Islam, tetapi tidak berlagak sebagai seorang Islam sebenar kerana tidak sanggup bekerjasama dengan orang Islam lain yang memimpin parti UMNO.

Bekas Perdana Menteri itu turut menempelak sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup ‘mengetepikan bangsa dan melonggarkan agama’ hanya kerana hendak mendapatkan sokongan politik kaum tertentu untuk membentuk kerajaan dan memimpin negara.

“Hari ini, orang Melayu terbahagi kepada tiga pasukan dan ketiga-tiga pasukan bertungkus-lumus cuba untuk menarik sokongan kaum-kaum lain, ini tidak mengapa.

“Tetapi apabila mereka sudah sanggup menjadi boneka, menjadi patung dalam kerajaan yang namanya sahaja terdiri daripada orang Islam, orang Melayu tetapi sebenarnya mereka terpaksa mengikut apa sahaja arahan daripada kaum-kaum lain sehingga mereka sanggup merampas hak yang dijanjikan diberi kepada orang Melayu,” katanya.

Menurut Dr. Mahathir, berbeza dengan pejuang-pejuang bangsa terdahulu yang ingin mereka menjadi bangsa kuat, orang Melayu pada hari ini amat lemah sehingga menjadikan mereka cuba mendapatkan sokongan kaum lain sehingga perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara terhapus sama sekali demi untuk mendapatkan undi.

Justeru katanya, sungguhpun tidak berapa sihat kerana baru kembali dari luar negara, beliau rasa terpanggil untuk hadir pada perhimpunan tersebut kerana ingin menyeru orang Melayu sama ada daripada Perkasa, UMNO, Parti Keadilan rakyat (PKR) dan Pas supaya insaf tentang bahaya yang dihadapi oleh orang Melayu.

“Apa yang hak bagi orang lain kita tak nak rampas, tapi yang hak bagi kita janganlah cuba rampas,” katanya.

sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0926&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm


Komen editor kq.... Betullah tu Tun, bangsa melayu memang dah tak nak jadi melayu. Dan bangsa Melayu pun tak mahu pemimpin yang melayu. Bangsa Melayu mahukan pemimpin yang "membangun bersama Islam". Terima ajelah hakikat tu dan sememangnya orang Melayu memang patut bertindak demikian (tidak melayu tapi membangun).

Dalam quran disebut bahawa orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Tak kiralah dia Melayu atau lain-lain bangsa. Kalau orang asal (orang Asli) sekalipun tapi mereka bertaqwa kepada Allah, memegang Islam sekuat-kuatnya, insyaAllah mereka pula akan menjadi paling dihormati berbanding Melayu yang semakin menjauhkan diri dari hukum Allah...

Betul? Cuba tanya datok mufti Perak dan Melaka....... Mufti Perak selalu cerita bab perpaduan Melayu dan mufti Melaka adalah dari negeri Melaka yang terkenal dengan kesultanan Melayu dan pantun dan sekolah-sekolah yang berbagai di negerinya. Cuba cari sekolah yang seorang pelajarnya adalah berdua di Melaka.....

Friday, September 24, 2010

Pelancaran Cartoon-o-phobia dapat sambutan

Bahan Bacaan Terbaik Untuk Rakyat Malaysia....
Ia dibenarkan, terlaris, murah dan mudah didapati di pasaran secara terbuka maka ia adalah terbaik untuk semua kategori umur rakyat Malaysia. Maka bolehlah kita katakan ia adalah bahan bacaan yang terbaik untuk anak-anak. Wajibkan sekolah langgan untuk libary mereka....

Malang sungguh.....




Beberapa jam sebelumnya, polis menangkap kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque - yang lebih dikenali sebagai Zunar - dan merampas lebih 60 nashkah karya terbarunya - Cartoon-o-phobia.

Namun buku itu tetap dilancarkan seperti yang dijadualkan bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di bawah pemerhatian polis.

Kira-kira 10 anggota polis berkawal di luar dewan dan mereka
meletakkan kon polis bagi menutup laluan masuk utama menuju ke tempat letak kereta.

Zunar ditangkap dan dibawa ke balai polis Sepang lewat petang semalam, selepas polis menyerbu pejabatnya, Sepakat Efektif Sdn Bhd.

Namun begitu, majlis pelancaran karya terbarunya mendapat sambutan sebagai tanda sokongan kepada Zunar untuk terus berkarya.

Bahkan, dalam mesej kepada 150 hadirin, yang disampaikan melalui
isterinya, Fazlina Rosley (kiri), Zunar berkata, rampasan bukunya itu tidak akan menghalang usahanya untuk mendedahkan perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Fazlina, bagi pihak suaminya, mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

"Dia berkata bahawa dia tidak berniat untuk bercakap tentang politik, tetapi (sayangnya ini adalah) nasib kartun yang sekarang telah terbukti ditakuti oleh kerajaan," kata Fazlina, disambut dengan tepuk berterusan pada hadirin.

Sementara itu, ketua pengarang kumpulan Malaysiakini, Steven Gan, dalam ucapannya, menegaskan bahawa Zunar harus dikagumi kerana ketabahannya itu.

"Untuk itu dia dihukum. Ini adalah buku keempatnya yang diharamkan, dan ia berlaku beberapa bulan selepas buku-bukunya yang lain diharamkan.

"Ini adalah cara Zunar untuk menunjukkan jari tengah," tambahnya, disambut gelak ketawa para hadirin.

Steven (kiri) memuji keberanian dan ketabahan Zunar dan membandingkan karyanya dengan kartunis terkemuka tanahair, Datuk Muhammad Nor Khalid, yang lebih dikenali sebagai Lat, sambil memuji beliau yang berkarya menyentuh pemimpin berprofil tinggi "tanpa jaring keselamatan di bawah".

Gan menggambarkan kompleksiti dalam meringkaskan sesuatu peristiwa ke dalam satu gambaran, seperti yang dipaparkan dalam komik yang dihasilkan oleh Zunar enam tahun yang lalu, ketika pejabat Malaysiakini diserbu polis dan komputernya dirampas.

"Sebagai seorang wartawan saya telah melalui bagaimana hendak menyimpulkan seribu kata-kata kepada 500 perkataan, dan Zunar mampu melakukan semuanya dalam satu komik," katanya.

Mengenai kejadian hari ini, Steven berkata, beliau tidak terperanjat apabila Zunar menelefonnya untuk memberitahu pejabatnya diserbu dan buku-bukunya dirampas.

Tiga buah buku Zunar sebelum ini - 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun - diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana didakwa melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA).

Ketika melancarkan buku tersebut, Menteri Besar Perak yang diguling, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin,
yang turut dipaparkan dalam Perak Darul Kartun, memuji kesedaran politik dalam karya Zunar.

Menurutnya, karya kartun tersebut melampaui batas-batas perkauman dan agama dan "menyatukan kita semua di sini atas platform yang sama".

Beliau turut mengecam tindakan terhadap Zunar itu sebagai sesuatu yang boleh terjadi "30 atau 40 tahun" lalu ketika buku diharamkan dan tidak ada cara lain untuk menyuarakan perbezaan pendapat.

Namun, dalam nada menyindir, Nizar berkata, dalam era sekarang di mana semuanya boleh dengan mudah diakses dan dimuat-turun dari Internet, "kita masih lagi mengharamkan buku".

Malah, beliau menyarankan agar terma 'cartoon-o-phobia' dimasukkan ke dalam Wikipedia.

Beliau menyifatkan tindakan merampas buku dan penangkapan Zunar sebagai langkah "terdesak kerajaan yang hampir tenggelam".

Nizar berharap untuk melihat lebih banyak lagi karya Zunar yang menurutnya akan menjadi pemangkin kepada peluang pembangkang untuk mengambil alih kerajaan.

Manakala bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan (kanan), yang turut hadir di majlis pelancaran itu, menyifatkan tindakan terhadap Zunar itu sebagai "tidak masuk akal".

Tindakan itu, tambahnya, mencerminkan dan menunjukkan bahawa pihak berkuasa telah "benar-benar paranoid".

Sebaliknya, tegas beliau, media dan kebebasan kreatif harus diamalkan dan bukannya dilarang.

Zunar, sebelum ditangkap, memberitahu bahawa kandungan buku terbarunya itu 'lebih menggigit' daripada karya-karya beliau sebelumnya.

Menurutnya, isu-isu yang dimuatkan antaranya meliputi isu pembunuhan Altantuya, konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri PM, kes kehilangan enjin jet pejuang, kapal selam Scorpene yang tidak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, rasuah dan pembaziran dana awam.

Cartoon-o-phobia adalah kompilasi kartun yang diterbitkan dari November 2009 hingga September 2010 dalam Malaysiakini dan diterbitkan oleh Kinibooks.

Cartoon-o-phobia setebal 80 halaman penuh warna dan dijual pada harga RM25. Ia boleh dibeli secara online melalui Gerakbudaya dan Kartun Kafe.

sumber http://www.malaysiakini.com/news/143572


komen editor kq...... Kita mesti berani menerima kritikan sebagaimana kita berani mengkritik. Begitu juga dengan sindiran, kita mesti terbuka menerima sindiran. Kalau tak boleh bergurau dengan orang lain, lebih baik kita duduk diam-diam.

Kita juga mesti adil, sebenarnya bahan bacaan yang mengancam umat Malaysia ini banyak di pasaran terbuka. Kat kedai runcit Pat Mat Rabun di Felda Ulu Belitong pun ada jual bahan-bahan bacaan yang tak berfaedah yang hanya membawa pembaca kepada hedonisme, maksiat dan khurafat ni. Akhbar-akhbar perdana juga penuh dengan keputusan judi. Sebenarnya ini semua yang patut diharamkan. Dan memang dah harampun hukumnya tapi kenapa tak diambil kisah?

Ini untuk menjaga akidah, syariat dan akhlak umat Malaysia. Ke mana bahan bacaan seperti ini akan membawa generasi kita? Hari-hari anak-anak kita baca bahan-bahan bacaan seperti ni, tak terpengaruh ke? Anak-anak kita pening, ustaz kat sekolah kata judi haram tapi dalam paper banyak iklan judi. Sensitif? Tak ada sensitif dah... Rasa biasa aje. Taboo? Mana ada taboo. Dah jadi manis macam tebu dah..... Tak betul?

Jakim kena buat cop halal jual dan halal baca pula. Datuk mufti kena bunyilah sikit...

Thursday, September 23, 2010

Mahathir dakwa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan ganti BN

Bangsa Melayu telah disumpah....
Sesumpah yang telah menyumpah satu bangsa agar bangsa itu terus melayu nanti senanglah sesumpah pula yang berkuasa.









Mahathir dakwa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan ganti BN

September 23, 2010

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Sambil berkata beliau bukannya rasis, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi, orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan negara ini.

Bekas perdana menteri mendakwa apa yang dinyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri diterajui PR walaupun ketua pentadbiran di negeri itu di ketuai orang Melayu.

Sebelum ini Dr Mahathir (gambar) pernah mengatakan bahawa orang Melayu akan menjadi kaum minoriti dari segi politik jika PR berkuasa.

Melahirkan pandangannya kepada Umno Online hari ini, bekas presiden Umno ini merujuk kepada bekas menteri besar Perak Datuk Ser Ir Mohd Nizar Jamaluddin selepas pilihan raya umum ke-12.

“Kita lihat Nizar di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari DAP sehingga dia jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN (Barisan Nasional) menjatuhkan kerajaan Cina.

“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat perdana menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.

Dr Mahathir berkata walaupun Nizar itu mewakili PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi mereka sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.

Menurutnya, menjadi Perdana Menteri negara ini tidak tertakluk kepada orang Melayu atau mereka yang beragama Islam, jawatan berkenaan terbuka kepada sesiapa sahaja, yang utama ialah mendapat sokongan di parlimen.

“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi perdana menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa,” katanya.

Dr Mahathir berkata, apa yang dilakukan oleh PKR bukan untuk memperjuangkan orang Melayu tetapi lebih kepada untuk merealisasikan cita-cita peribadi seseorang pemimpin mereka untuk menjadi perdana menteri.

“Malangnya Umno telah gugur orang ini, dalam perasaan marah peluang dia sudah terputus, dia tubuh parti lain, perjuangannya hanya satu sahaja bukannya untuk bangsa, agama dan negara tapi untuk jadi perdana menteri.

“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapat, apa kau dapat, lebih kepada peribadi, itunya terbentuk keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh Keadilan (PKR) seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” katanya.

Beliau mengingatkan supaya tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh PR, mereka itu hanya untuk mengejar cita-cita menjatuhkan BN dari tampuk pemerintahan negara.

Menurutnya apa yang diperkatakan itu bukannya bersifat perkauman, tetapi kepada kestabilan, sedangkan DAP sering membangkit pelbagai perkara berunsur perkauman sejak dahulu lagi.

sumber http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahathir-dakwa-melayu-akan-hilang-kuasa-jika-pakatan-ganti-bn/


komen editor kq,..... Baguslah melayu hilang kuasa. Biar Islam yang pegang kuasa. Kalau melayu sendiri yang tolak islam, nescaya Allah akan ganti dengan bangsa lain yang lebih baik dan mereka akan tunduk dan mendokong Islam pula.

Ini telah terbukti dengan sejarah tamadun Islam. Apabila orang arab memegang Islam, Mereka memerintah dunia. Dan mereka menolak Islam, Allah ganti pula dengan bangsa Monggol, lalu monggol menganut agama negara yang mereka jajah, subhanAllah.... Arab bangun kembali dengan Islam dan bangsa Turki pula menggantikan sistem khilafah dalam dunia Islam sehinggalah tahun 1920an.

Ini sejarah, Allah itu maha kuasa. Dia akan memberi kuasa kepada sesiapa yang dia kehendaki. Selama melayu berkuasa inipun semakin banyak kebejatan, ketirisan, korupsi, hedonism, bertambahnya golongan marhain, inflasi dan entah apa penyakit dan melarat telah bertukar menjadi jenayah. Rakyat sentiasa bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka walaupun bermain di laman rumah sendiri.....

Berdoalah dan berusahalah agar Islam berkuasa kembali di bumi Malaysia tercinta ini....

Wednesday, September 22, 2010

Sebutan permohonan 2 lelaki ingin murtad - 19 Dis

Apa dah jadi Malaysiaku?...















Siapa ada jumpa Ayah Pin?






Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini menetapkan 19 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula permohonan dua lelaki untuk keluar daripada agama Islam. Hakim Syarie Rosdi Harun menetapkan sebutan semula permohonan Mohd Rajiman Chin Abdullah, 48, dan Mohd Ramzan Maniarasan, 38, akan dibuat secara bersama pada tarikh tersebut. Beliau menetapkan tarikh itu selepas Peguam Syarie, Syed Ahmad Shabuddin Syed Nong yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sebagai responden kes itu memaklumkan mahkamah Pegawai Penasihat Undang-undang Syariah yang mewakili Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Jheait) sedang cuti bersalin. Beliau meminta mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula yang baru untuk kedua-dua permohonan itu iaitu selepas pegawai wanita itu kembali bertugas pada Disember ini. Rosdi berkata beliau berharap tempoh yang panjang sehingga tarikh sebutan semula itu digunakan sebaik-baiknya oleh kedua-dua pihak untuk membuat persediaan memandangkan kes itu serius dan tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan akidah. Katanya beliau mahu memberi peluang kepada dua agensi yang menjaga kepentingan orang Islam di Terengganu itu bersedia dengan dokumen lengkap untuk berhadapan dengan tuntutan itu. "Untuk pemohon pula, kalau betul-betul mahu teruskan hasrat ini boleh lantik peguam. Memohon untuk keluar Islam bukan satu perkara yang ringan. Kalau orang Islam yang murtad, boleh dibunuh, itu hukum Islam," katanya. Ketika mengulas permohonan Mohd Rajiman supaya kes beliau diselesaikan dengan segera, Rosdi berkata mahkamah mempunyai prosedur khusus yang perlu dipatuhi. Mohd Ramzan pula berkata beliau terpaksa membawa permohonannya itu sendiri ke mahkamah kerana tidak ada peguam syarie yang mahu mewakilinya, ketika ditanya sama ada akan melantik peguam untuk mewakilinya. - Bernama

sumber dari http://www.malaysiakini.com/news/143320


komen editor kq.... Islam datang menyelamatkan manusia dan yang paling utama Islam datang menyelamatkan akidah, darah, keturunan, akal dan harta manusia. Kalau akidah orang Islam khasnya Islam Melayu ni nak selamat, gunalah hukum Islam. Itulah jalan penyelesaian kepada isu dan penyakit ini.

Pemimpin agama mana? Sonyap jee.... Selesaikanlah. Turun padang, selesaikan kemelut dalam masyarakat kita yang semakin parah ni. Jangan tunggu cukup bulan cocok kad kat bank aje...

Adakah kita ingat anak-anak kita tu tau apa yang mereka buat? Kita andaikan mereka tahu apa yang mereka pakai, apa yang mereka cakap, dengan siapa yang mereka berkawan? Lalu kita biarkan apa sahaja yang mereka buat. Jangan kita andaikan begitu walaupun anak kita sendiri. Kita mesti andaikan mereka tak tahu dan sedang meraba-raba mencari jalan. Sebab itu lah Allah menyuruh kita saling berpesan-pesan dalam surah al-Asr.

Tak caya, cuba Jabatan Agama Negeri Melaka buat survey kepada remaja-remaja perempuan negeri Melaka yang pakai tudung tapi berbaju ketat, singkat dan berlengan pendek. Tanya diorang adakah diaorang tahu bahawa pakaian mereka itu tidak lagi melindungi aurat mereka. Nescaya hasil survey itu akan menyatakan bahawa mereka semua termasuk mak bapak mereka tak tau pun bahawa fesyen mereka itu adalah fesyen bogel versi moden....

Tuesday, September 21, 2010

PTPTN: Potong gaji wajar pilihan terakhir

Pelajar kita banyak makan kueh bangkit?







Jangan haramkan kueh bangkit.....


KUALA LUMPUR, 21 Sept: Cadangan Perbadangan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) melaksanakan pemotongan gaji secara wajib ke atas peminjam wajar dijadikan pilihan terakhir, kata Pengarah Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.

"Sikap profesional kerajaan perlu dalam hal ini, potongan gaji patut menjadi pilihan akhir," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Baginya, karajaan sepatutnya melaksanakan tanggungjawab menyediakan prasarana pendidikan kepada rakyat memandangkan kerajaan saban tahun mengutip cukai daripada rakyat.

Lanjutan itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu mempersoal cadangan kerajaan untuk mengubal semula Akta PTPTN 1997 demi memeras lebih 46 ribu graduan yang dianggap liat melangsaikan pinjaman masing-masing.

"Adakah munasabah lebih kurang 2.9 peratus (46 ribu) sahaja dari keseluruhan peminjam (1.6 juta) dianggap liat membayar hutang tanpa terlebih dahulu lihat soal pekerjaan mereka, tanggungan-tanggungan mereka (serta) realiti gaji yang kecil untuk tampung kos hidup yang tinggi ini yang dihadapi mereka," ujarnya.

Pun begitu, beliau tidak pula menghalang cadangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membantu PTPTN untuk menasihatkan kumpulan graduan yang berkemampuan supaya melunaskan pinjaman masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mencadangkan PTPTN memansuhkan caj kos pengurusan atau qard al-hasan.

Ujarnya, PTPTN sepatutnya mengutip hutang pokok sahaja daripada peminjam terbabit.

"Kalau qardhul hassan, tak perlu bayar faedah pun, sepatutnya bayar pinjaman pokok sahaja.

"Rakyat bayar cukai, pinjaman PTPTN ini pun asalnya untuk membantu pelajar menikmati pendidikan," ujarnya.

Menurut beliau, peratus caj sama ada 1 peratus atau 3 peratus yang dikenakan ke atas peminjam seakan menyerupai sistem riba.

Ini kerana, katanya penentuan caj tersebut berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman, bukannya berasaskan kos sebenar pengurusan yang dialami oleh PTPTN sendiri.

Sedangkan Qard al-Hasan yang sebenar, menurut beliau adalah bersifat membantu, bukan terus mengenakan caj kepada mereka yang dilihat gagal membayar hutang disebabkan tidak mampu membayar.

Ahad lalu, Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said memaklumkan bahawa pindaan Akta PTPTN 1997 bakal dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya pada awal tahun depan.

Racangan itu bagi membolehkan PTPTN menguatkuasa polisi potongan gaji secara wajib ke atas mereka yang terbabit pada Jun tahun yang sama.

sumber http://harakahdaily.net/v2/

komen editor kq..... Pelajar-pelajar kita wajar diberi pendidikan percuma. negara kita sebenarnya mampu untuk memberi pendidikan percuma untuk seluruh rakyat. Mereka akan mewarisi negara kita. Kita akan pergi. Tinggallah mereka. Kalau anak-anak kita yang tinggal ini adalah golongan yang tercicir, sekolah tak habis, apa akan jadi dengan negara kita esok? sekarang ni pun dah kacau bilau dengan jenayah sosial dan berbagai-bagai penyakit lagi, esok macammana?

Dan satu hal lagi, sistem dan silibus pendidikan kita adalah amat teruk, perbaikilah. Wajibkan asas-asas agama agar anak-anak tahu Iman, Islam dan Akhlak. Jangan sembunyikan atau sekat ilmu contohnya bab jihad, kesannya anak-anak kita akan jadi penakut, tak sensitif serta mementingkan diri sendiri jaga perut masing-masing kelak.

Boleh bagi pendidikan percuma? InsyaAllah boleh.... Cuba tanya pemimpin negeri masing-masing, cukup tak kayu balak untuk diagihkan sebatang seorang kepada pelajar-pelajar kita. Mungkin tak cukup kalau nak beri kat golongan bangsawan....

Tak perlu PTPTN ni sebenarnya kalau telus nak membantu. Ada cop halal atau patuh syariah ke? Nak free pendidikan, tanya MAIM, ada kosong sekolah pelajar hamil tu lagi?

Monday, September 20, 2010

Perpaduan Melayu: Zam minta Umno lupakan kerjasama PAS

Tukar nama Melayu. Buruk sangat bunyinya dan maksudnya.









Saya bangsa Memekar bukan Melayu.


KUALA LUMPUR, 20 Sept – Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata perpaduan Umno dan PAS tidak akan menjamin kekuatan bangsa, sebaliknya tiga parti utama pengasas Barisan Nasional (BN) iaitu Umno, MCA serta MIC perlu memulihkan jati diri dengan tegas dan berani menerusi pendekatan baru, untuk menjamin masa depan negara.

“Umno seharusnya melupakan sahaja perpaduan Melayu menerusi PAS yang sejarahnya berakar umbi perkauman dan keagamaan dogmatik, sebaliknya bersama-sama dengan rakan-rakan sejatinya dalam BN menolak sentimen kaum masing-masing,” katanya dalam temu bual eksklusif kepada umno-online.com.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam berkata Umno, MCA, MIC dan parti komponen BN yang lain sewajarnya meneruskan kerjasama membina dan seharusnya tidak membicarakan isu sensitif secara terbuka kerana ia tidak akan memulihkan kekuatan parti.

“Sebaliknya akan tambah meluaskan perasaan tidak puas hati apabila sesuatu tuntutan tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan dengan segera, ataupun menghadapi halangan,” katanya.

Beliau berkata BN juga harus menampakkan pemisahan identiti daripada golongan mencari kekuatan menerusi sentimen perkauman dan keagamaan dan di luar daripada formula serta nilai sosial yang telah diasaskan oleh parti Perikatan sejak sebelum merdeka.

Katanya, Umno dan BN mesti berani dan tegas mengimbangi kehendak yang munasabah serta realistik, selain tidak terikut-ikut dalam kerakusan pendemokrasian baru sehingga melupakan ancaman musuh sebenar.

Bagaimanapun, beliau berkata kekeliruan rakyat dalam hala tuju negara akan dapat diperbetulkan sekiranya semua parti komponan BN kembali kepada keperibadian asal dan jati diri, dengan hanya membuat pembaharuan pendekatan tanpa mengetepikan nilai asal serta kawalan sosial yang telah dibangunkan.

Zainuddin berkata perjuangan berasaskan ideologi, terutamanya agama, tidak mengenal tolak ansur, bersifat keras serta wajah manis mereka adalah bersifat sementara dalam menunggu kesempatan dan kuasa.

“Ketika itu, tentu sudah terlewat untuk rakyat, kerana yang sesal dahulu pendapatan, dan sesal kemudian tak ada gunanya,” kata beliau. – Bernama

sumber; http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perpaduan-melayu-zam-minta-umno-lupakan-kerjasama-pas/


komen editor kq...... Sebenarnya, Melayu akan kuat dan hebat bila bersatu atas nama Islam bukan atas nama bangsa. Tan Sri patut baca sejarah tamadun Islam. Jangan baca mitos Hang Tuah.....

Bangsa arab yang buta huruf dan tidak bertamadun, apabila mereka berpegang dan bersatu atas apa yang baginda Nabi bawa, maka mereka dapat memerintah dan mentadbir 1/3 dunia... Tapi apabila mereka mula menolak Islam, Allah gantikan dengan bangsa lain pula yang menguasai dunia dan mereka.

Kita jangan termakan dengan isu ini. Nanti kita jadi bodoh dan dibodohkan. Jadi bersatulah atas dasar Islam bukan Melayu dan terus layu menyembah dunia...

Sekolah Harapan harapan pelajar hamil, pengurusan capai misi

Hang Tuah Bangang

....Dan setiap umat bangsa itu ada tempoh tamatnya..... al-Quran

Kata Hang Tuah pula, "tak akan Melayu hilang di dunia...."

Tanah Melayu dah hilang dari peta dunia....

Dia tak baca Quran? Tak belajar sejarah? Mitos? Nak bodohkan orang Melayu?





JASIN, 21 Sept — Penerimaan masyarakat terhadap pembukaan Sekolah Harapan dan Rumah Harapan di sini bagi pelajar-pelajar yang hamil mendapat sambutan luar biasa biarpun pada peringkat permulaan cetusan idea itu dikritik oleh banyak pihak.

Pengerusi Lembaga Sekolah Harapan Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata sejak sekolah itu dibuka secara rasmi sehingga kepada proses pendaftaran pelajar semalam telah mewujudkan dua perspektif yang berbeza dari pandangannya sendiri.

“Wujud dua kategori, pertamanya penerimaan masyarakat sudah semakin baik. Kita terima mesej, malah emel juga turut diterima selain daripada panggilan telefon.

“Yang keduanya dengan pentadbiran yang cekap sepanjang beberapa hari ini oleh pihak pengurusan berjaya meyakinkan keluarga pelajar mengandung dan masyarakat di luar sana bahawa kesemua kakitangan rumah dan sekolah ini turut sama mempunyai kecekapan masing-masing dalam urusan kerja dan bantuan kepada pelajar,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata dengan wujudnya kesedaran sivik dalam diri masyarakat terhadap pembinaan Sekolah Harapan dan Rumah Harapan ini akhirnya berjaya mewujudkan satu bentuk bantuan murni bagi membantu pelajar kembali ke landasan jalan yang benar.

Sekolah Harapan dan Rumah Harapan itu yang dibuka Jumaat lepas dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah beserta sebuah asrama.

Rahaman sebelum ini turut berkata sekiranya sekolah dan asrama khas yang diwujudkan ini mendapat sambutan, kerajaan negeri akan menambah asrama di satu lagi bangunan baru, yang terletak di belakang sekolah itu pula.

Beliau turut membayangkan masa depan sekolah itu terletak sepenuhnya kepada rakyat dalam menggalaskan tanggungjawap baru ini kepada kerajaan negeri Melaka dan memberikan peluang terlebih dahulu untuk membuktikan keberkesanan sekolah dan asrama ini beroperasi.

Dalam pada itu, sepanjang dua hari wartawan The Malaysian Insider mengikuti perkembangan sekolah dan rumah khas bagi pelajar mengandung ini juga mendapati rata-rata kesemua mereka berharap masyarakat tidak memandang sinis terhadap usaha ahli keluarga mereka yang mahukan kesemua pelajar diberikan peluang kedua mencari sinar di hujung terowong.

Rata-rata wawancara yang dibuat bersama ahli keluarga pelajar mengandung, kakitangan dan pandangan orang ramai berharap masyarakat tidak terus menjatuhkan hukuman ke atas kesemua pelajar terbabit.

Malah kebanyakan mereka yang diwawancara juga berharap isu ini tidak dipertikaikan usahanya dalam membantu dan memberikan sokongan moral bagi pelajar melangsungkan kehidupan seperti pelajar biasa.

The Malaysian Insider turut mendapati pelajar-pelajar mengandung ini akan mengikuti kelas aliran kebangsaan, kelas bimbingan Pendidikan Islam dan juga Pendidikan Moral bagi yang bukan beragama Islam.

Sebanyak empat kelas pengajian disediakan untuk pelajar tingkatan dua, tiga, empat dan lima.

Sebuah makmal komputer juga disediakan bagi tujuan pembelajaran yang semakin global untuk pelajar sekali gus tidak membiarkan mereka ketinggalan menikmati arus siber.

Sekolah Harapan yang bertujuan mahu memberi perlindungan kepada remaja hamil terletak di Jalan Pegawai di sini. Dua bangunan kerajaan telah diubahsuai menjadi sekolah dan asrama yang menelan belanja RM100,000.

Keseluruhan bangunan Sekolah Harapan itu dilengkapi penghawa dingin termasuk di tiga kelas dengan setiap kelas menampung antara 10 dan 12 pelajar.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sekolah ini boleh menghubungi Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka, Rahimin Bani di talian 019-6671564 atau 06-2881534.

Selain itu, kerajaan negeri turut menyediakan guru terlatih yang dilantik di bawah JAIM untuk mengajar pelajar mengandung ini.

Ab Rahaman Ab Karim menunjukkan kemudahan dan kelengkapan yang terdapat di Asrama Sekolah Harapan (bagi pelajar hamil sebelum nikah) ketika meninjau sekolah tersebut itu semalam. - Foto Bernama
Kerajaan negeri juga akan menyediakan kelas tambahan bagi memastikan pelajar mendapat pendidikan yang secukupnya biarpun berada dalam situasi begini.

Setakat semalam, lima pelajar telah diterima kemasukan mereka ke sekolah dan asrama khas ini di mana empat daripadanya adalah pelajar Melayu dan seorang pelajar Cina.

Pelajar-pelajar tersebut berasal dari Wilayah Persekutuan, Johor, Pahang dan dua daripada lima pelajar berasal dari Melaka.

Penerimaan lima pelajar ini pada hari pertama menjangkakan akan lebih ramai lagi keluarga lain yang mengalami nasib yang serupa akan menghubungi pihak JAIM untuk mengetahui dan mengikuti perkembangan tempat ini beroperasi.

Malah pendaftaran pertama pelajar Cina semalam telah mengejutkan pihak JAIM sendiri ekoran keterbukaan masyarakat hari ini menghantar anak mereka ke sekolah dan rumah khas ini biarpun ia di bawah pemantauan sepenuhnya oleh JAIM.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea Sekolah Harapan dan Rumah Harapan ini menegaskan tidak mengenakan sebarang sekatan demi memberi perlindungan kebajikan kepada remaja yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum.

Sementara itu, Timbalan Presiden All Women’s Action Society Ho Yock Lin berharap langkah proaktif ini dapat membela nasib pelajar dari terus diketepikan masyarakat.

“Kita sebagai masyarakat dan mewakili NGO ini merasakan tidak wajar masyarakat terus mengetepikan pelajar muda ini yang mengandung sebaliknya kita juga perlu memastikan mereka dapat tempuhi kehidupan seperti biasa.

“Kita juga perlu memberi sokongan kepada mereka untuk mendapatkan pendidikan tanpa ada tekanan melampau dari masyarakat sekeliling,” katanya.

Beliau dalam pada itu berharap pendidikan seks diajar di sekolah bagi mengelak lebih banyak kes seperti ini berlaku dan direkodkan dalam kalangan pelajar kelak.

sumber dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekolah-harapan-harapan-pelajar-hamil-pengurusan-capai-misi/


komen editor kq.... Adakah itu jalan penyelesaian menurut Islam? Syariat Islam adalah untuk menjaga akidah, keturunan, maruah, harta dan akal. Untuk menjaga keturunan boleh dicapai dengan sekolah hamil?

Baik, itu satu bab, dalam Islam juga tidak boleh dipisahkan di antara amr ma'ruf dan nahi munkar, maka mana nahi munkarnya. Nahi munkar bukanlah setakat pergi serbu hotel murah aje. Hotel Equtorial dan hotel kat Bukit Katil tu terlepas. Nahi munkar ni termasuklah menutup peluang-peluang ke arah maksiat itu dan juga melaksanakan hukuman jinayah Islam. Cuba tanya Ustaz Rahimin tu. Kesian dia kerja siang malam menyelesaikan masaalah sosial yang bukan dia cipta padahal orang lain yang cipta masaalah tu.

Datuk mufti tak baca doa perasmian sekolah tu? Datuk mufti memang pakar baca doa. Doa majlis apapun dia boleh bacakan..... Cuba baca surah at-Takasur....

Saturday, September 18, 2010

Pulau Pinang diminta perjelas sumber wang ehsan

Wang kita dilaknat?.......























Pergerakan Pemuda Umno mahu kerajaan negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ehsan iaitu RM100 setahun kepada warga emas dan RM1,000 kepada waris keluarga warga emas meninggal dunia menerusi program penghargaan warga emas adalah menggunakan wang daripada sumber judi.

Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu segera memberi penjelasan kerana dakwaan dalam blog "Pisau.Net" itu telah menimbulkan kegelisahan dan rasa kurang senang segelintir penerima wang ehsan itu, terutama yang beragama Islam.

"Saya terima banyak panggilan daripada warga emas yang bertanyakan mengenai perkara itu dan mereka bimbang serta gelisah kerana sudah menerima wang RM100 dan RM1,000 terbabit sejak kerajaan negeri melaksanakan program penghargaan warga emas.

"Mereka sangat bimbang dengan dakwaan wang berkenaan dari sumber duit judi yang haram bagi umat Islam...penjelasan berkenaan bagi menghilangkan keraguan orang ramai di mana sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan walaupun sudah beberapa hari blog berkenaan membuat dakwaan terbabit," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas hari ini.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya bukan menuduh kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk melaksanakan program penghargaan warga emas sebaliknya hanya mahu penjelasan berhubung dakwaan itu bagi menghilangkan keraguan.

"Kami tidak buat menuduh mereka (kerajaan negeri ) berbuat demikian...cuma mahu penjelasan selepas blog berkenaan (Pisau.Net) membuat dakwaan baru-baru ini kerana ia membabitkan orang ramai terutama warga emas beragama Islam yang turut sama menerima wang berkenaan.

"Ambil tindakan terhadap blog berkenaan sekiranya dakwaan dibuat tidak benar, jangan hanya berdiam diri seperti dilakukan mereka sekarang sehingga menyebabkan rakyat merasa gelisah," katanya.

Reezal yang juga Ketua Pemuda Umno Kepala Batas berkata sebagai sebuah kerajaan negeri yang mengaku mengamalkan CAT (Kompeten, Akauntabiliti dan Telus), kerajaan negeri harus telus dan menyatakan sumber kewangan bagi program pemberian wang ehsan berkenaan.

--Bernama
sumber : http://www.malaysiakini.com/news/142957


komen editor kq,....... Assalamualaikum datuk seri, selamat hari raya. Saya sokong datuk seri sebab prihatin dengan masaalah halal dan haram ini. Teruskan usaha datuk seri. Pedulikan apa orang nak cakap. Itu memang tugas kita memastikan rezki kita adalah bersih.

Lepas ni datuk seri kena jengok-jengok juga pelaburan yang kerajaan kita dah buat. Nampak gayanya wang yang kerajaan a.k.a rakyat dapat masih tak bersih lagi. Untung memang untung tapi terpaksa bayar dengan penyakit lain yang tak terbayar harganya kita terpaksa tanggung. Apa dah jadi dengan negara kita sekarang, Menuju kehancuran......

Jakim ada tanda halal ke kat kilang arak tu? Buatkan sikit 10-20 ribu keping tanda haram supaya Jabatan Agama boleh tampal kat kedai-kedai judi. Mufti boleh tolong tampal....

Friday, September 17, 2010

'Ustaz Kamal' MIC pula didakwa masuk masjid

Sultan sebagai ketua agama. Mufti sebagai pimpinan agama negeri.










Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Umno tanpa syak lagi "berkura-kura", berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid.

Beliau yang juga anggota biro politik PAS juga malah mendakwa pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara"

Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan 'tazkirah'.

Terdapat juga gambar Kamalanathan - yang didakwanya digelar 'Ustaz Kamal' oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu - menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid.

Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.

"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

"Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soalnya.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.

MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu.

sumber http://www.malaysiakini.com/news/142896


Komen editor kq.... Doakanlah mereka menerima hidayah... Jangan meludah ke langit... Cuba kita cakap yang baik-baik.... Tak rugi cakap baik-baik dan jujur.

Hati-hati apabila bercakap, khasnya bagi pemimpin. Jangan sampai cakap kita dah tak laku nanti..... Sekarang ni dah tak diendah orang. Kan malu....

Memang dalam Islam tiada halangan untuk orang non muslim mengunjungi masjid asalkan tiada agenda untuk mencemarkan kesuciannya. Malah kita digalakkan mempusatkan aktiviti kita di masjid.

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...