Friday, September 17, 2010

Pemohonan Anwar gugur tuduhan liwat ditunda

Mahkamah atau studio?








Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan Isnin depan bagi mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya.

Ini berikutan tindakan pendakwaan membuat bantahan awal sama ada penghakiman Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Anwar sebelum ini adalah muktamad.

Menurut peguambela, Karpal Singh beliau tidak dimaklumkan berhubung bantahan awal itu dan tidak bersedia berhujah buat masa ini.

Menurut Anwar pula adalah dikesali pihak pendakwaan dengan mengejut membuat bantahan tanpa memberi notis kepada pihak pembelaan.

Panel Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Ahmad Maarop membenarkan permohonan untuk menangguhkan rayuan itu ke 20 september ini bagi membenarkan Karpal menyediakan hujah-hujah mengenai isu bidang kuasa mahkamah itu untuk mendengar perkara berkenaan.

Bukan perintah terakhir

Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membangkitkan bantahan permulaan bahawa Anwar tidak ada hak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kerana perintah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, bukan perintah yang terakhir.

Karpal Singh berkata beliau memerlukan masa untuk menyediakan hujah-hujahnya kerana Mohamed Yusof tidak memberikan sebarang petanda kepadanya bahawa beliau akan membangkitkan isu tersebut.

Peruntukan Seksyen 3 Akta Kehakiman Mahkamah yang menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayan rayuan mengenai perkara interlokutori akan diputuskan dalam perbicaraan kerana keputusan itu dianggap bukanlah perintah terakhir.

Anwar membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 16 Ogos yang menolak pemohonan beliau untuk membatalkan pertuduhan liwatnya.

Ini merupakan percubaan kedua Anwar untuk membatalkan pertuduhan itu. Pada kali ini atas alasan bahawa sikap tidak berpihak oleh keseluruhan pasukan pendakwaan itu telah dikompromi kerana dakwaan hubungan sulit antara penuduh Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan seorang anggota pasukan pendakwaan, timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif.

Hubungan sulit

Beliau mendakwa bahawa berikutan dengan dakwaan hubungan sulit itu, Mohd Saiful Bukhari boleh akses dengan maklumat mengenai kes berkenaan, dan enafikannya daripada perbicaraan yang adil.

Permohonan pertama beliau yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi dan keputusan tu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 4 Mei tahun ini. Alasan beliau ialah laporan perubatan menyatakan bahawa tidak ada tanda penembusan ke dalam rektum Mohd Saiful Bukhari.

Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, bekas pembantu beliau di unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.

Sementara itu, seorang lagi peguam Anwar SN Nair memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa berikutan dengan penangguhan itu hari ini, perbicaraan liwat tersebut yang ditetapkan untuk sebutan pada Isnin akan ditanguhkan ke Selasa ini.

sumber http://www.malaysiakini.com/news/142851

komen editor kq...... Mahkamah ada yang sivil dan ada yang syariah. Adakah benar jika kita kata yang sivil itu tak syariah dan oleh itu ia sama ertinya dengan mahkamah tak Islam? Dan adakah mahkamah syariah itu pula menggunapakai hukumnya hukum al-quran dan sunnah? Tidak pulak. Tak ada pun hudud dan qisas seperti dalam quran?

Semua tu mengelirukan ulamak, sampai masing-masing takut nak bersuara. Jaga-jaga periuk masing-masing. Bila ulamak dah keliru apa jadi dengan orang awam? Orang awam tertipu lah sampai ke anak-cucu. Cuba tanya datuk mufti, hukum siapakah yang terbaik dan paling adil?

Sampai hati kita, Mak Bedah di Felda Selendang masih tak tahu. Dia mati-mati mengatakan mahkamah syariah ni guna hukum Islam..... Berlakon aje lebih....

Wednesday, September 15, 2010

Hisham yakin boleh menurunkan kadar jenayah

BAKA dah lama wujud dalam polis. (Bahagian Agama dan Kaunseling)










PUTRAJAYA, 15 Sept — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yakin matlamat untuk menurunkan kadar jenayah secara keseluruhan sebanyak lima peratus dan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang Disember ini akan tercapai.

Beliau berkata laporan yang dikeluarkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) mengenai penurunan kadar jenayah, meneguhkan keyakinan semua pihak untuk mencapai matlamat tersebut.

“Pencapaian bagi menurunkan indeks jenayah keseluruhan dari Januari hingga Ogos lalu sebanyak 16.24 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan penurunan signifikan 37 peratus jenayah jalanan dalam tempoh sama adalah kesan daripada pelbagai langkah dan pendekatan luar kotak yang dicetuskan di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kehadiran anggota polis yang lebih ramai, skim rondaan sukarela di samping penugasan semula 6,791 personel polis ke barisan depan dan 3,814 anggota awam mengendali tugas meja memberi impak besar dalam membanteras jenayah.

“Semuanya adalah hasil daripada kerjasama, komitmen dan kebijaksanaan hasil kajian dan perbincangan yang mendalam antara PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan Kementerian Dalam Negeri dengan dibantu oleh agensi-agensi yang berteraskan konsep kesukarelawanan seperti Angkatan Relawan Rakyat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya.

Mengenai penyusunan tugas anggota polis semasa sambutan Hari Raya, Hishammuddin berkata hanya 10 peratus anggota polis di seluruh negara yang diberi cuti manakala yang lain perlu bertugas.

Beliau berkata ini termasuk lebih 4,000 anggota dan pegawai polis yang terpaksa bertugas mengawasi keadaan trafik terutama di jalan-jalan utama.

Katanya anggota polis turut bertugas mengawasi kawasan perumahan di bandar-bandar besar ketika penghuninya pulang berhari raya ke kampung. Ini dilakukan terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang, katanya.

“Penugasan di kawasan perumahan dikendalikan oleh ketua-ketua polis balai bersama masyarakat setempat menerusi institusi seperti persatuan penduduk,” katanya.

Hishammuddin juga berkata PDRM mahu mencari pendekatan yang lebih kreatif dan strategik dalam menangani jenayah pecah rumah dengan mengadakan lebih banyak pertemuan dan mengukuhkan hubungan dengan masyarakat.

“Penglibatan orang awam dalam membantu melengkapkan data dan rekod pengawasan polis pastinya akan membawa kepada perkembangan yang positif dalam perkara ini,” katanya. — Bernama

dipetik dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hisham-yakin-boleh-menurunkan-kadar-jenayah/


komen dari editor kq...... Kadar jenayah terendah dalam sejarah adalah apabila Baginda nabi menjalankan hukum al-quran di Madhinah. Itu adalah kerana Dia lah Allah yang mencipta manusia dan Dia lah juga menjamin keamanan manusia apabila manusia mengguna pakai hukum dari Nya itu. Undang-undang ciptaan manusia lebih sesuai untuk manusia atau undang-undang si Maha Pencipta manusia ini lebih sesuai untuk manusia?

Memang kesalahan jalanraya dan kecurian motosikal adalah penyumbang tinggi kepada jenayah di negara kita.... Kalau nak kurangkan jenayah dengan mencari mereka yang tiada lesen memandu dan cukai jalan atau membenteras kecurian motosikal di Malaysia ni, bolehlah dengan sekadar meronda dan buat sekatan jalanraya. Memang tujuannya betul tapi tujuannya juga tak berapa betul tu. Tujuannya betul untuk membenteras kesalahan lalulintas tapi tujuannya kurang betul juga untuk menjadikan alasan dan gambaran bahawa jenayah dapat dikawal dan dikurangkan. Makcik Zahrah di kampong mungkin setuju tapi rasanya ramai tak setuju dengan tektik tu.....

Tuesday, September 14, 2010

Mahathir: Saya tak pernah syor guna dinar mata wang harian

Kalau tak faham nanti jadi senasib.

Sekarang ni pun dah boleh buat tampal kat dinding. Wall paper. Akibat dari mainan Wall Street. Siapa cerdik, siapa bodoh?. Firaun dulu pun guna dinar dan dirham. Firaun sekarang tak nak terima pulak.....





KUALA LUMPUR, 14 Sept – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah mencadangkan agar dinar emas digunakan sebagai mata wang harian.

Sebaliknya menurut Dr Mahathir, beliau hanya mengesyorkan agar dinar emas digunakan untuk dagangan antarabangsa.

“Saya telah cadang dinar emas digunakan untuk dagangan antarabangsa sahaja.

“Saya tidak pernah cadang dinar emas diguna sebagai matawang mana-mana negara untuk kegunaan harian,” kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.

Awal bulan ini, Kelantan Golden Trade (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan berkata, respons terhadap mata wang syariah dinar dan dirham sangat menggalakkan dengan jualan RM1.5 juta telah disempurnakan dalam tempoh tiga minggu pertama sejak diperkenalkan.

Sehubungan itu, KGT bercadang untuk memperkenalkan mata wang tersebut di Selangor dan Kedah yang diterajui Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Pegawai Eksekutif KGT, Umar Ibrahim Vadillo berkata, pihaknya juga sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Selangor dan Kedah untuk menggalakkan penggunaan mata wang dinar dan dirham di kedua-dua negeri itu.

Selain itu KGT juga bercadang untuk memperkenalkan mata wang syariah itu di Acheh.

Umar berkata, pihak berkuasa agama Islam Selangor juga menunjukkan sokongan mereka terhadap penggunaan dinar dan dirham untuk membayar zakat.

Awal minggu lepas kerajaan pusat berkata tiada masalah jika dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan hanya untuk disimpan bukan bagi diniaga di pasaran terbuka.

Kelantan memperkenalkan dinar dan dirham sebagai transaksi yang akan digunakan lebih 100 peniaga termasuk sebagai gaji kepada kakitangan kerajaan Kelantan.

dipetik dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahathir-saya-tak-pernah-syor-guna-dinar-mata-wang-harian/


komen editor kq..... Jangan hina-hina matawang sunnah. Dinar dan dirham disebut dalam quran dan hadis. Kalau tak mampu buat, jangan hina orang yang berusaha buat ini. Lagi teruk kalau kita cuba halang usaha menghidupkan kembali sunnah ini. Esok kita tak terbayar kesan akibat tindakan kita menghalang orang membuat kebaikan ini.

Assalamualaikum tok mufti 1Malaysia, teman nak tanya ni, mana lebih berkat, duit dinar ke atau duit kertas? Duit keraian atau duit raya.....

Soi Lek: Pemimpin Umno tak pernah kata Melayu lebih superior

Dasar kebangsaan adalah dasar asobiah. Jangan terjerat dengan isu yang tak betul tapi nampak macam betul.....










KUALA LUMPUR, 14 Sept – Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau tidak pernah dengar mana-mana pemimpin Umno mengatakan Melayu lebih superior daripada bangsa lain.

Beliau berkata jika hubungan bangsa di Malaysia “tidak begitu baik seperti yang sepatutnya”, adalah tidak adil untuk menuduh semua pemimpin Umno sering memperkatakan kedudukan tinggi orang Melayu.

“Dalam hubungan saya dengan Umno, saya tidak pernah dengar mana-mana pemimpin Umno yang mengatakan Melayu lebih superior daripada bukan Melayu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog kepimpinan Cina mengenai Bajet 2011 di Wisma MCA di sini hari ini.

dipetik dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/soi-lek-pemimpin-umno-tak-pernah-kata-melayu-lebih-superior/

komen editor kq...... Tak perlu digaduh-gaduhkan dengan isu bangsa. Dalam Islam semua bangsa tiada beza. Yang mendapat kedudukan di sisi Allah adalah yang bertaqwa. Apa guna bangsa Arab tapi menentang hukum quran. Begitu juga apa guna menjadi melayu Islam tapi tak paham Islam. Jauh lebih baik jadi cina muslim yang seperti Ann Wan Seng. Walaupun dia cina tapi boleh berdakwah Islam kepada orang melayu.

Baginda rasul bersabda, bukanlah dari golongan kami mereka yang menyeru kepada asobiah...

Saturday, September 11, 2010

Media: Tujuh ditangkap, jutawan Sosilawati dan tiga lagi dibunuh?

Ramai yang dibunuh, ramai juga pembunuh.




Di antara mangsa pembunuhan. Mereka juga mesti dibela dengan seadil-adilnya.


Sosilawati Lawiya, bekas isteri penyanyi Nash yang hilang sejak 30 Ogos lalu. — Gambar ihsan dari akaun Facebook

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Polis yang semalam mengakui berhadapan dengan jalan buntu, dipercayai telah dapat menyelesaikan misteri kehilangan jutawan produk kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki ekoran tertangkapnya tujuh suspek termasuk seorang peguam bergelar ‘Datuk’ dipercayai terlibat dalam kehilangan mereka.

Difahamkan polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu telah dibuang ke dalam laut.

Laporan media juga menyebut motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

Keempat-empat mangsa dikatakan dibunuh sebelum dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Beria Harian Online pula menyebut identiti keempat-empat mayat sedang dikenal pasti, namun tidak dapat dipastikan setakat ini jika penemuan mayat itu ada kaitan dengan kehilangan Sosilawati, usahawan produk kosmetik Nouvelle Visages.

Kesemua mayat dijangka dikeluarkan pagi ini untuk ujian berkaitan, termasuk DNA bagi tujuan pengecaman.

Sehingga 7 pagi ini, lokasi mereka dikatakan dibunuh iaitu sebuah ladang kelapa sawit dan ternakan ayam yang terletak berhampiran Ladang Gadong — dikepung polis dan unit forensik PDRM dijangka akan tiba 8 pagi ini.

Beberapa stesen televisyen menyiarkan maklumat mengenai penemuan mayat yang sudah rentung lewat malam tadi.

Maklumat tidak disahkan juga disebarkan menerusi Twitter dengan pelbagai spekulasi, ada yang mengatakan mayat rentung yang ditemui adalah bayi atau kanak-kanak.

Usaha The Malaysian Insider mendapatkan pengesahan polis juga tidak berhasil sehingga awal pagi tadi.

Kesemua pihak yang dihubungi tidak mengulas kesemua pertanyaan. Bagaimanapun difahamkan polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi pagi ini sempena majlis perpisahan Ketua Polis Negara di ibu negara.

Wakil-wakil media masih menunggu di lokasi kejadian sejak tengah malam tadi.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Kali terakhir Sosilawati ditemui di kawasan Banting adalah pada 2 September ketika hendak membeli kerepek.

sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/media-tujuh-ditangkap-jutawan-sosilawati-dan-tiga-lagi-dibunuh/

Komen editor kq...... Benarlah apa yang baginda rasul khabarkan bahawa menjelang akhir zaman itu seseorang tak tahu mengapa dia dibunuh dan sipembunuhpun tak tahu kenapa dia membunuh.

Masaalah manusia ini tak akan selesai kecuali kita rujuk kepada Yang mencipta manusia itu sendiri. Kembali aje kepada hukum Allah. Dia telah jamin pencegahan dan obat segala masaalah manusia. Cuba fikirkan apa lagi alasan untuk tidak kembali kepada hukumNya?

Undang-undang pun perlu ada cop halal atau cop patuh syariah. Boleh buat? Tanya Jakim atau Mufti atau ketua agama. Atau tunggu kita atau ahli keluarga kita jadi mangsa baru nak buat? Bukan begitu tok mufti?....

Kuliah Tafsir 06 - Ujian Allah ke atas umat ketika berihram - Tafsir Al-maidah ayat 94

Ujian Allah ke atas umat ketika berihram - Tafsir Al-maidah ayat 94

Sebenarnya ayat ini diturunkan kepada mereka yang mati dalam keadaan beriman sebelum diharamkan arak dan judi. Termasuklah mereka yang dimaafkan oleh Allah kerana melakukan kesalahan itu dengan jahilnya. Umpamanya seseorang itu baru sahaja masuk Islam. Dia tidak mengetahui arak dan judi diharamkan oleh Allah. justeru dosanya itu diampunkan oleh Allah.

Ataupun orang yang gila (hilang akal) dan melakukan perkara yang diharamkan itu turut diampun oleh Allah SWT. Mereka itu dikecualikan oleh Allah SWT daripada hukum akhirat dan dikecualikan juga daripada hukum dunia.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, demi sesungguhnya Allah menguji kamu semasa kamu berihram dengan binatang buruan yang mudah ditangkap oleh tangan kamu dan mudah kena tikaman lembing-lembing kamu supaya Allah ketahui wujudnya sesiapa yangh takut kepadaNya dan semasa ia tidak dilaihat orang." Oleh itu sesiapa yang melampaui batas sesudah yang demikian maka baginya azab yang tidak teperi sakitnya." (Surah Al-maidah:94)

Ayat-ayat ini termasuk di dalam ayat-ayat yang berkaitan engan makan dan minuman. Antara perkara yang menjadi amalan orang-orang Arab mencari makan ialah berburu binatang. Di dalam ayat ini Allah mengingatkan mereka bahawa mereka diuji oelh Allah SWT dengan perburuan.

Firman Allah yang bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman, demi sesungguhnya Allah menguji kamu dengan sesuatu daripada binatang buruan" (Al-maidah :94)

Sesetengah ulamak menyatakan bahawa ayat ini diturunkan pada tahun Hudaibiyah, pada tahun Rasulullah s.a.w menuju ke Makkah untuk melakukan umrah lalu disekat oleh orang-orang musyrikin dan selepas itu berlakunya perjanjian Hudaibiyah.

Pada tahun itu mereka bersama-sama Rasulullah menuju ke Makkah. Ada antara mereka yang memakai ihram dan ada diantara mereka yang sebaliknya. Mereka diujioleh Allah SWT dengan banyaknya binatang buruan yang melintas di hadapan mereka.

Allah mengaskan bahawa Dia akan menguji kamu dengan binatang buruan. Menurut hukum syarak, diharamkan kepada orang-orang yang sedang ihram berburu, menangkap binatang buruan serta menyembelihnya.

Perkara ini menjadi ujian kepada mereka yang bersama Rasulullah s.a.w sebagaimana Allah pernah menguji Bani israil dengan banyaknya ikan berhimpun di pesisir pantai pada hari Sabtu. Begitulah juga para sahabat diuji oleh Allah dengan banyaknya binatang buruan ketika mereka dicuba dengan ujian Allah ke atas umat ketika berihram bersama-sama dengan Nabi s.a.w.

Sesetengah ulama mengatakan bahawa ayat ini ditujukan khusus kepada orang yang berihram termasuk pendapat Ibnu Abas r.a. sementara sesetengah ulama yang lain mengatakan bahawa ayat ini juga ditujukan kepada orang yang tidak ihram sebagaimana pendapat Imam Malik.

Sebaik-baiknya ayat ini menjadi ujian kepada semua termasuk kepada orang yang di dalam ihram dan kepada orang yang tidak ihram yang menjadi pemburu binatang. Semuanya diuji oleh Allah kerana orang yang berburu berada di dalam hutan ketika tidak ada manusia lain disampingnya.

Persoalannya adakah dia memakan binatang yang dihalalkan oleh Allah ataupun sebaliknya. Adakah dia memakan binatang yang diburu itu mengikut hukum syarak ataupun tidak. Mengikut hukum Syarak pada asalnya binatang itu hendaklah disembelih. Mengikut hukum syarak juga dihalalkan binatang perburuan yang dibunuh dengan alat perburuan yang tajam dan mengoyakkan kulit serta daging sekaligus menembusi jasad binatang buruan itu.

Sementara kebanyakan ulama mutakhirin (kotemporari) menyatakan bahawa binatang buruan yang ditembak dengan senjata yang menggunakan bahan letupan pada zaman seakrang ini juga dihalalkan kerana ia mempunyai kekuatan ketajaman dengan berpandukan kepada kitab-kitab feqah di zaman silam yang mengatakan bahawa senjata yang menggunakan bahan tersebut tidak dibolehkan.

Sementara ulama mutakhirin mengatakan bahawa peluru pada zaman dahulu dibuat daripada tanah yang dibakar dan dilontarkan menggunakan bahan letupan berbeza dengan peluru yang ada di zaman ini yang mempunyai kekuatan ketajaman. Antara mereka yang menghalalkan perburuan dengan senjata letupan ini ialah Imam Nawawi di dalam Kitab Fatawanya, Syed Sabiq di dalam kitabnya Fiqhus Sunah dan beberapa orang ulama lain lagi di dalam kitab-kitab muktabar kontemporari.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Masjid Rusila, Marang, Trg

Wednesday, September 8, 2010

Kepala agung ditipu mata dajal





Amerika tak berhenti cetak duit. Tapi nilai dolar dia tak jatuh2. Malaysia duit makin tak ada nilai. Lima tahun lepas RM100 akan membuat Pak Amin senyum sampai telinga tapi sekarang? Sekarang ni Pak Amin tak boleh rehat kerja. Pencen peon pun kena jual goreng pisang setiap petang kat simpang Kg. Makam. Ingatkan nak rehat2 layan cucu aje tapi teringatkan anak kat U sorang dan kat Kolej sorang.

AS tak dapat halang gereja bakar Quran 2010/09/09

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AStakdapathalanggerejabakarQuran/Article

CARDINAL Theodore McCarrick (tengah) dan presiden Persatuan Islam Amerika Utara Dr Ingrid Mattson (kanan) serta beberapa pemimpin agama lain mengutuk meningkatnya sikap tidak tolerans terhadap Islam di sidang akhbar di Washington, semalam.

Tindakan boleh timbul kemarahan global

GAINESVILLE: Amerika Syarikat mendakwa tidak mempunyai kuasa menghalang sebuah gereja di Florida daripada membakar beratus-ratus al-Quran sempena ulang tahun 11 September walaupun bimbang ia boleh mencetuskan kemarahan masyarakat Muslim seluruh dunia. - AFP

komen editor kq.... Umat Islam Pakistan, Indonesia, Sudan dan umat Islam urope dan lain-lain negara akan keluar demo di jalan-jalan raya mengecam kejahatan Yahudi dan Nasara ni. Tapi umat Islam di Malaysia sibuk-sibuk tengok tv nyanyi-nyanyi. Dilalaikan supaya jangan biasakan diri dengan sifat keberanian seterusnya jihad.

Benarlah apa yang baginda rasul ucapkan, umat Islam macam buih di laut tapi tak ada nilai akibat mempunyai sifat cintakan dunia dan takut mati. Sifat waham....

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...