Wednesday, September 15, 2010

Hisham yakin boleh menurunkan kadar jenayah

BAKA dah lama wujud dalam polis. (Bahagian Agama dan Kaunseling)










PUTRAJAYA, 15 Sept — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yakin matlamat untuk menurunkan kadar jenayah secara keseluruhan sebanyak lima peratus dan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang Disember ini akan tercapai.

Beliau berkata laporan yang dikeluarkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) mengenai penurunan kadar jenayah, meneguhkan keyakinan semua pihak untuk mencapai matlamat tersebut.

“Pencapaian bagi menurunkan indeks jenayah keseluruhan dari Januari hingga Ogos lalu sebanyak 16.24 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan penurunan signifikan 37 peratus jenayah jalanan dalam tempoh sama adalah kesan daripada pelbagai langkah dan pendekatan luar kotak yang dicetuskan di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kehadiran anggota polis yang lebih ramai, skim rondaan sukarela di samping penugasan semula 6,791 personel polis ke barisan depan dan 3,814 anggota awam mengendali tugas meja memberi impak besar dalam membanteras jenayah.

“Semuanya adalah hasil daripada kerjasama, komitmen dan kebijaksanaan hasil kajian dan perbincangan yang mendalam antara PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan Kementerian Dalam Negeri dengan dibantu oleh agensi-agensi yang berteraskan konsep kesukarelawanan seperti Angkatan Relawan Rakyat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya.

Mengenai penyusunan tugas anggota polis semasa sambutan Hari Raya, Hishammuddin berkata hanya 10 peratus anggota polis di seluruh negara yang diberi cuti manakala yang lain perlu bertugas.

Beliau berkata ini termasuk lebih 4,000 anggota dan pegawai polis yang terpaksa bertugas mengawasi keadaan trafik terutama di jalan-jalan utama.

Katanya anggota polis turut bertugas mengawasi kawasan perumahan di bandar-bandar besar ketika penghuninya pulang berhari raya ke kampung. Ini dilakukan terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang, katanya.

“Penugasan di kawasan perumahan dikendalikan oleh ketua-ketua polis balai bersama masyarakat setempat menerusi institusi seperti persatuan penduduk,” katanya.

Hishammuddin juga berkata PDRM mahu mencari pendekatan yang lebih kreatif dan strategik dalam menangani jenayah pecah rumah dengan mengadakan lebih banyak pertemuan dan mengukuhkan hubungan dengan masyarakat.

“Penglibatan orang awam dalam membantu melengkapkan data dan rekod pengawasan polis pastinya akan membawa kepada perkembangan yang positif dalam perkara ini,” katanya. — Bernama

dipetik dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hisham-yakin-boleh-menurunkan-kadar-jenayah/


komen dari editor kq...... Kadar jenayah terendah dalam sejarah adalah apabila Baginda nabi menjalankan hukum al-quran di Madhinah. Itu adalah kerana Dia lah Allah yang mencipta manusia dan Dia lah juga menjamin keamanan manusia apabila manusia mengguna pakai hukum dari Nya itu. Undang-undang ciptaan manusia lebih sesuai untuk manusia atau undang-undang si Maha Pencipta manusia ini lebih sesuai untuk manusia?

Memang kesalahan jalanraya dan kecurian motosikal adalah penyumbang tinggi kepada jenayah di negara kita.... Kalau nak kurangkan jenayah dengan mencari mereka yang tiada lesen memandu dan cukai jalan atau membenteras kecurian motosikal di Malaysia ni, bolehlah dengan sekadar meronda dan buat sekatan jalanraya. Memang tujuannya betul tapi tujuannya juga tak berapa betul tu. Tujuannya betul untuk membenteras kesalahan lalulintas tapi tujuannya kurang betul juga untuk menjadikan alasan dan gambaran bahawa jenayah dapat dikawal dan dikurangkan. Makcik Zahrah di kampong mungkin setuju tapi rasanya ramai tak setuju dengan tektik tu.....

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...