Wednesday, September 29, 2010

40 warga emas pulangkan wang ihsan Pulau Pinang

Halal + Haram = HALAM


?








40 warga emas pulangkan wang ihsan Pulau Pinang
September 30, 2010
Asri menjelaskan bahawa wang ihsan yang diberi oleh Pulau Pinang tidak haram. — gambar fail
KEPALA BATAS, 30 Sept — Lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ihsan yang diberikan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada mereka selepas berasa curiga dengan sumber wang tersebut, semalam.

Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72 berkata dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ehsan tersebut dipercayai datang dari sumber tidak halal.

“Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri.

“Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan... apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini,” katanya dipetik Bernama semalam.

Saidin dan kumpulan warga emas tersebut sebelum itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Saidin yang juga seorang imam di Pulau Mertajam di sini berkata kesemua mereka bertindak demikian atas kerelaan hati.

Seorang lagi penerima Rosnani Mohd Rashid, 62, berkata dia berasa lega dapat memulangkan semula wang itu dan berharap kerajaan negeri tidak mempermainkan rakyat terutama orang Islam dengan memberikan sumbangan yang berasal dari sumber haram.

Saad Akbar, 77, dari Kuala Muda pula berkata sekalipun kerajaan negeri menafikan umat Islam diberi sumbangan daripada sumber tidak halal, dia tetap berasa curiga.

Sementara itu Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga berkata, pihaknya menganjurkan majlis tersebut selepas diminta oleh warga emas sekitar kawasan Parlimen Kepala Batas yang mahu memulangkan wang ehsan berkenaan.

“Bukan Umno yang suruh mereka (warga emas) bagi balik duit berkenaan sebaliknya mereka yang hubungi saya untuk minta pulangkan wang itu kerana tidak sanggup guna wang dari sumber haram,” katanya yang juga Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang.

Azhar juga berkata lebih ramai warga emas akan berbuat demikian dalam masa terdekat dan pihaknya akan mengumpulkan semua wang tersebut sebelum menyerahkan kepada Pemuda Umno Pulau Pinang untuk dikembalikan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Media baru-baru ini melaporkan Pemuda Umno negeri sebagai mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri itu.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut.

Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar dengan menerimanya adalah bukan Islam, bukan untuk penghargaan warga emas.

Dalam komennya berhubung isu berkenaan, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.

“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.

“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau.

sumber http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/40-warga-emas-pulangkan-wang-ihsan-pulau-pinang/

Komen editor kq..... Kalau nak pulangkan pun, pokcik kona pulangkan kek orang yang boie.... Atau pulangkan kat baitul mal. Kenapa pulangkan kepada orang yang lain pulak? Orang yang lain tu pulak buat apa mudah-mudah terima? Atau?.... Nanti timbul pula fitnah lain....

Datuk mufti jangan duk diam aje.... Takkan nak suruh LGE pula yang keluarkan hukum. Datuk mufti keluarkan kenyataan cepat tentang apa hukumnya mengekalkan lesen-lesen judi kat seluruh Malaysia.... Tadi tu semua dah menunjukkan betapa orang awam dah lama dan dah teruk sangat tertipu... Datuk mufti tak kesian kat mereka?....

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...