Tuesday, September 21, 2010

PTPTN: Potong gaji wajar pilihan terakhir

Pelajar kita banyak makan kueh bangkit?







Jangan haramkan kueh bangkit.....


KUALA LUMPUR, 21 Sept: Cadangan Perbadangan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) melaksanakan pemotongan gaji secara wajib ke atas peminjam wajar dijadikan pilihan terakhir, kata Pengarah Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.

"Sikap profesional kerajaan perlu dalam hal ini, potongan gaji patut menjadi pilihan akhir," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Baginya, karajaan sepatutnya melaksanakan tanggungjawab menyediakan prasarana pendidikan kepada rakyat memandangkan kerajaan saban tahun mengutip cukai daripada rakyat.

Lanjutan itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu mempersoal cadangan kerajaan untuk mengubal semula Akta PTPTN 1997 demi memeras lebih 46 ribu graduan yang dianggap liat melangsaikan pinjaman masing-masing.

"Adakah munasabah lebih kurang 2.9 peratus (46 ribu) sahaja dari keseluruhan peminjam (1.6 juta) dianggap liat membayar hutang tanpa terlebih dahulu lihat soal pekerjaan mereka, tanggungan-tanggungan mereka (serta) realiti gaji yang kecil untuk tampung kos hidup yang tinggi ini yang dihadapi mereka," ujarnya.

Pun begitu, beliau tidak pula menghalang cadangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membantu PTPTN untuk menasihatkan kumpulan graduan yang berkemampuan supaya melunaskan pinjaman masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mencadangkan PTPTN memansuhkan caj kos pengurusan atau qard al-hasan.

Ujarnya, PTPTN sepatutnya mengutip hutang pokok sahaja daripada peminjam terbabit.

"Kalau qardhul hassan, tak perlu bayar faedah pun, sepatutnya bayar pinjaman pokok sahaja.

"Rakyat bayar cukai, pinjaman PTPTN ini pun asalnya untuk membantu pelajar menikmati pendidikan," ujarnya.

Menurut beliau, peratus caj sama ada 1 peratus atau 3 peratus yang dikenakan ke atas peminjam seakan menyerupai sistem riba.

Ini kerana, katanya penentuan caj tersebut berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman, bukannya berasaskan kos sebenar pengurusan yang dialami oleh PTPTN sendiri.

Sedangkan Qard al-Hasan yang sebenar, menurut beliau adalah bersifat membantu, bukan terus mengenakan caj kepada mereka yang dilihat gagal membayar hutang disebabkan tidak mampu membayar.

Ahad lalu, Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said memaklumkan bahawa pindaan Akta PTPTN 1997 bakal dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya pada awal tahun depan.

Racangan itu bagi membolehkan PTPTN menguatkuasa polisi potongan gaji secara wajib ke atas mereka yang terbabit pada Jun tahun yang sama.

sumber http://harakahdaily.net/v2/

komen editor kq..... Pelajar-pelajar kita wajar diberi pendidikan percuma. negara kita sebenarnya mampu untuk memberi pendidikan percuma untuk seluruh rakyat. Mereka akan mewarisi negara kita. Kita akan pergi. Tinggallah mereka. Kalau anak-anak kita yang tinggal ini adalah golongan yang tercicir, sekolah tak habis, apa akan jadi dengan negara kita esok? sekarang ni pun dah kacau bilau dengan jenayah sosial dan berbagai-bagai penyakit lagi, esok macammana?

Dan satu hal lagi, sistem dan silibus pendidikan kita adalah amat teruk, perbaikilah. Wajibkan asas-asas agama agar anak-anak tahu Iman, Islam dan Akhlak. Jangan sembunyikan atau sekat ilmu contohnya bab jihad, kesannya anak-anak kita akan jadi penakut, tak sensitif serta mementingkan diri sendiri jaga perut masing-masing kelak.

Boleh bagi pendidikan percuma? InsyaAllah boleh.... Cuba tanya pemimpin negeri masing-masing, cukup tak kayu balak untuk diagihkan sebatang seorang kepada pelajar-pelajar kita. Mungkin tak cukup kalau nak beri kat golongan bangsawan....

Tak perlu PTPTN ni sebenarnya kalau telus nak membantu. Ada cop halal atau patuh syariah ke? Nak free pendidikan, tanya MAIM, ada kosong sekolah pelajar hamil tu lagi?

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...