Monday, September 27, 2010

ADUN PAS Galas meninggal dunia, pilihan raya kecil ke-12

Alfatihah.............
Moga Allah menempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh....






ADUN PAS Galas meninggal dunia, pilihan raya kecil ke-12

TERKINI @ 06:51:51 PM 27-09-2010
September 27, 2010

KUALA LUMPUR, 27 Sept - Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima yang menghidap kanser usus meninggal dunia di Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru di sini petang ini.Allahyarham Che Hashim, 48, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.25 petang, kata Naib Yang Dipertua PAS Gua Musang Hussin Embong kepada The Malaysian Insider.

Ia akan membuka ruang kepada pilihan raya kecil yang ke-12 dan kedua di Kelantan sejak pilihan raya umum 2008.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar juga mengesahkan perkara itu.

“Saya baru balik dari menziarahi beliau dan ketika sedang minum berhampiran pejabat PAS, tiba-tiba menerima panggilan daripada Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Taqiyuddin Hassan... baru 10 minit tadi saya terima panggilan,” kata beliau.

Beliau berkata, Allahyarham kemungkinan akan dikebumikan esok.

Che Hashim telah dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu untuk rawatan barah usus.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Nasuruddin Daud dipetik Bernama berkata, “saya ada menelefonnya dua hari lalu dan memaklumkan bahawa beliau kini berada di ibu negara untuk menjalani rawatan.”

Ini merupakan kali ketiga Che Hashim dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan barah ususnya itu sejak mendapat rawatan di China.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People’s Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Dalam pada itu, Bernama memetik ADUN kawasan Semerak, Pasir Puteh Wan Hassan Wan Ibrahim berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

“Allahyarham dijangka akan dibawa pulang ke kediamannya di Gua Musang (Kelantan) selepas Maghrib untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana.

“Sekiranya pengurusan jenazah di sini (Hospital Al-Islam) berjalan lancar maka urusan menghantar jenazah untuk dikebumikan di sana (Gua Musang) dapat dipercepatkan,” katanya.

Allahyarham meninggalkan dua orang isteri iaitu Che Busu Junuh dan Aida Zakaria dan 11 cahaya mata.

Wan Hassan yang menziarahi Allahyarham petang ini menyifatkan pemergiannya satu kehilangan besar sebagai seorang kenalan rapat sejak mengenalinya 20 tahun lepas.

“Selama saya kenal dia, dia seorang yang baik, mudah mesra dan suka tolong orang,” katanya.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Pakatan Rakyat mempunyai 39 kerusi manakala Barisan Nasional pula enam di DUN Kelantan.

sumber http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adun-pas-galas-meninggal-dunia-pilihan-raya-kecil-ke-12/

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...