Wednesday, September 8, 2010

Anak bulan vs mak bulan vs datang bulan


Ini kueh bulan bukan anak bulan...







Sembilan ditahan kerana sambut Aidilfitri hari ini

September 08, 2010

KANGAR, 8 Sept — Sembilan anggota termasuk empat sekeluarga ditahan selepas didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Abdul Malik Hussin berkata kumpulan berkenaan, dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri di surau berkenaan pada pukul 8.30 pagi ini.

Semasa ditahan, kumpulan itu mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu, Shuit Ismail, 51, di surau berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu.

Kesemua anggota kumpulan itu kemudian dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada sebelah petang dan mereka didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 Negeri Perlis kerana mengingkari titah perintah Raja Perlis berhubung kentetuan tarikh bermulanya puasa dan Hari Raya.

Kesemua anggota kumpulan itu berusia antara 19 dan 52 tahun itu, yang tidak diwakili peguam, mengakui bersalah atas tuduhan itu dan memohon hukuman ringan dengan pelbagai alasan termasuk menanggung beban hidup.

Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, kemudian menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara ke atas Shuit manakala lapan yang lain dijatuhi hukuman denda RM900 atau tiga bulan penjara termasuk dua anak Shuit iaitu Zulhaq, 21 dan Hakimul Ariff, 19 dan isterinya Haslina Md Hashim, 50.

Lima lagi ialah Shahrizal Ahmad, 26, Ahmad Darus, 62, Kamaridan Man, 54, Shahrulnizan Yusof, 21, dan Norazlina @ Aghata Abdullah, 53.

Othman, ketika menjatuhi hukuman itu, hairan dengan tindakan kumpulan itu yang menyambut Aidilfitri lebih awal sedangkan anak bulan hanya akan dicerap petang ini.

“Perbuatan ini memalukan. Orang bukan Islam tengok hari ini ada yang dah beraya dan selepas ini ada lagi raya. Jangan buat celaru,” katanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Fakhrurrazi Md Akhir. — Bernama

dipetik dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sembilan-ditahan-kerana-sambut-aidilfitri-hari-ini/

komen editor kq........... Ini adalah akibat ketidak fahaman tentang pengiraan takwim Islam. Kenapa kita masih tak faham tentang ini? Ini adalah kerana penjajah telah memisahkan kita dengan takwim Islam. Lalu kita menggunapakai takwim Masehi. Dah merdekapun masih guna pakai takwim penjajah? Silap siapa? Silap masyarakat awam ke?

Institusi Islam pun tak mahu cuba lansung gunakan takwim Islam. Pengiraan zakat pendapatan guna takwim apa? Cuba tanya Majlis Agama Islam negeri masing-masing. Duit nak, sistem taknak baiki.... Cuba dekat cek kita tulis tarikh Islam, Bank Islam terima tak?

Kat setiap Jabatan Mufti negeri masing-masing ada bahagian falak, apa salahnya gaji kakitangan jabatan ini gunakan tarikh Islam? Susah sangat ke? Cuba tanya tok mufti negeri masing-masing.

Kami bersedih pemergianmu Ramadhan. Moga bertemu lagi tahun hadapan insyaAllah. Selamat hari raya idulfitri 1431H...

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...