Saturday, September 25, 2010

Jangan gadai hak bangsa

Makin Layu Terus Dibaham Tanah....
Jangan jadi melayu....












Jangan gadai hak bangsa


DR. MAHATHIR Mohamad dan Ibrahim Ali dikerumuni orang ramai pada Perhimpunan Melayu Perkasa di Pasir Mas, semalam.

PASIR MAS 25 Sept. – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin-pemimpin Melayu termasuk dari parti pembangkang supaya tidak menggadaikan hak-hak orang Melayu semata-mata hendak mendapat tempat dan ingin menjadi Perdana Menteri.

Sambil menyuarakan rasa sedih dan bimbang dengan senario tersebut, bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan sedemikian akan hanya menyebabkan anak-anak, cucu-cicit mereka hidup dalam negara seperti Singapura dengan tidak mendapat sebarang jawatan dan kemudahan, bahkan tidak boleh bercakap langsung mengenai bangsa sendiri.

“Itu mungkin menjadi nasib kita apabila kita menjadi orang yang tidak ada kuasa politik sama sekali yang duduk di bawah telunjuk orang lain dan mereka tidak boleh mencari perlindungan daripada kerajaan.

“Sebab itulah orang Melayu patut sedar supaya mereka tidak berpecah-belah kerana tamak hendak dapat jawatan, nak jadi Perdana Menteri umpamanya.

“Jangan tamak, orang yang tamak akan hilang segala-galanya. Sepatutnya orang Melayu bersatu-padu dan menyokong apa yang baik bagi kaum mereka, bukan nak tolak kaum lain, bukan nak rampas kaum lain.

“Hak kaum lain adalah hak mereka, tetapi hak orang Melayu mestilah kekal sebagai hak orang Melayu,” katanya berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk pada Perhimpunan Melayu Perkasa di sini hari ini.

Perhimpunan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) turut dihadiri oleh penduduk pelbagai kaum termasuk Cina, India dan masyarakat Siam.

Turut hadir, isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Presiden Perkasa yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Dalam ucapannya itu, Dr. Mahathir turut melahirkan rasa sedih kerana orang Melayu masih tidak sedar ancaman yang sedang dihadapi oleh mereka sehingga berpecah kepada tiga puak disebabkan individu tertentu yang gilakan kuasa kerana hendak menjadi Perdana Menteri.

Dalam nada sinis, beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pemimpin pembangkang tertentu yang malu hendak menjadi orang Melayu dan mengaku orang Islam, tetapi tidak berlagak sebagai seorang Islam sebenar kerana tidak sanggup bekerjasama dengan orang Islam lain yang memimpin parti UMNO.

Bekas Perdana Menteri itu turut menempelak sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup ‘mengetepikan bangsa dan melonggarkan agama’ hanya kerana hendak mendapatkan sokongan politik kaum tertentu untuk membentuk kerajaan dan memimpin negara.

“Hari ini, orang Melayu terbahagi kepada tiga pasukan dan ketiga-tiga pasukan bertungkus-lumus cuba untuk menarik sokongan kaum-kaum lain, ini tidak mengapa.

“Tetapi apabila mereka sudah sanggup menjadi boneka, menjadi patung dalam kerajaan yang namanya sahaja terdiri daripada orang Islam, orang Melayu tetapi sebenarnya mereka terpaksa mengikut apa sahaja arahan daripada kaum-kaum lain sehingga mereka sanggup merampas hak yang dijanjikan diberi kepada orang Melayu,” katanya.

Menurut Dr. Mahathir, berbeza dengan pejuang-pejuang bangsa terdahulu yang ingin mereka menjadi bangsa kuat, orang Melayu pada hari ini amat lemah sehingga menjadikan mereka cuba mendapatkan sokongan kaum lain sehingga perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara terhapus sama sekali demi untuk mendapatkan undi.

Justeru katanya, sungguhpun tidak berapa sihat kerana baru kembali dari luar negara, beliau rasa terpanggil untuk hadir pada perhimpunan tersebut kerana ingin menyeru orang Melayu sama ada daripada Perkasa, UMNO, Parti Keadilan rakyat (PKR) dan Pas supaya insaf tentang bahaya yang dihadapi oleh orang Melayu.

“Apa yang hak bagi orang lain kita tak nak rampas, tapi yang hak bagi kita janganlah cuba rampas,” katanya.

sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0926&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm


Komen editor kq.... Betullah tu Tun, bangsa melayu memang dah tak nak jadi melayu. Dan bangsa Melayu pun tak mahu pemimpin yang melayu. Bangsa Melayu mahukan pemimpin yang "membangun bersama Islam". Terima ajelah hakikat tu dan sememangnya orang Melayu memang patut bertindak demikian (tidak melayu tapi membangun).

Dalam quran disebut bahawa orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Tak kiralah dia Melayu atau lain-lain bangsa. Kalau orang asal (orang Asli) sekalipun tapi mereka bertaqwa kepada Allah, memegang Islam sekuat-kuatnya, insyaAllah mereka pula akan menjadi paling dihormati berbanding Melayu yang semakin menjauhkan diri dari hukum Allah...

Betul? Cuba tanya datok mufti Perak dan Melaka....... Mufti Perak selalu cerita bab perpaduan Melayu dan mufti Melaka adalah dari negeri Melaka yang terkenal dengan kesultanan Melayu dan pantun dan sekolah-sekolah yang berbagai di negerinya. Cuba cari sekolah yang seorang pelajarnya adalah berdua di Melaka.....

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...