Friday, September 24, 2010

Pelancaran Cartoon-o-phobia dapat sambutan

Bahan Bacaan Terbaik Untuk Rakyat Malaysia....
Ia dibenarkan, terlaris, murah dan mudah didapati di pasaran secara terbuka maka ia adalah terbaik untuk semua kategori umur rakyat Malaysia. Maka bolehlah kita katakan ia adalah bahan bacaan yang terbaik untuk anak-anak. Wajibkan sekolah langgan untuk libary mereka....

Malang sungguh.....




Beberapa jam sebelumnya, polis menangkap kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque - yang lebih dikenali sebagai Zunar - dan merampas lebih 60 nashkah karya terbarunya - Cartoon-o-phobia.

Namun buku itu tetap dilancarkan seperti yang dijadualkan bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di bawah pemerhatian polis.

Kira-kira 10 anggota polis berkawal di luar dewan dan mereka
meletakkan kon polis bagi menutup laluan masuk utama menuju ke tempat letak kereta.

Zunar ditangkap dan dibawa ke balai polis Sepang lewat petang semalam, selepas polis menyerbu pejabatnya, Sepakat Efektif Sdn Bhd.

Namun begitu, majlis pelancaran karya terbarunya mendapat sambutan sebagai tanda sokongan kepada Zunar untuk terus berkarya.

Bahkan, dalam mesej kepada 150 hadirin, yang disampaikan melalui
isterinya, Fazlina Rosley (kiri), Zunar berkata, rampasan bukunya itu tidak akan menghalang usahanya untuk mendedahkan perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Fazlina, bagi pihak suaminya, mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

"Dia berkata bahawa dia tidak berniat untuk bercakap tentang politik, tetapi (sayangnya ini adalah) nasib kartun yang sekarang telah terbukti ditakuti oleh kerajaan," kata Fazlina, disambut dengan tepuk berterusan pada hadirin.

Sementara itu, ketua pengarang kumpulan Malaysiakini, Steven Gan, dalam ucapannya, menegaskan bahawa Zunar harus dikagumi kerana ketabahannya itu.

"Untuk itu dia dihukum. Ini adalah buku keempatnya yang diharamkan, dan ia berlaku beberapa bulan selepas buku-bukunya yang lain diharamkan.

"Ini adalah cara Zunar untuk menunjukkan jari tengah," tambahnya, disambut gelak ketawa para hadirin.

Steven (kiri) memuji keberanian dan ketabahan Zunar dan membandingkan karyanya dengan kartunis terkemuka tanahair, Datuk Muhammad Nor Khalid, yang lebih dikenali sebagai Lat, sambil memuji beliau yang berkarya menyentuh pemimpin berprofil tinggi "tanpa jaring keselamatan di bawah".

Gan menggambarkan kompleksiti dalam meringkaskan sesuatu peristiwa ke dalam satu gambaran, seperti yang dipaparkan dalam komik yang dihasilkan oleh Zunar enam tahun yang lalu, ketika pejabat Malaysiakini diserbu polis dan komputernya dirampas.

"Sebagai seorang wartawan saya telah melalui bagaimana hendak menyimpulkan seribu kata-kata kepada 500 perkataan, dan Zunar mampu melakukan semuanya dalam satu komik," katanya.

Mengenai kejadian hari ini, Steven berkata, beliau tidak terperanjat apabila Zunar menelefonnya untuk memberitahu pejabatnya diserbu dan buku-bukunya dirampas.

Tiga buah buku Zunar sebelum ini - 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun - diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana didakwa melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA).

Ketika melancarkan buku tersebut, Menteri Besar Perak yang diguling, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin,
yang turut dipaparkan dalam Perak Darul Kartun, memuji kesedaran politik dalam karya Zunar.

Menurutnya, karya kartun tersebut melampaui batas-batas perkauman dan agama dan "menyatukan kita semua di sini atas platform yang sama".

Beliau turut mengecam tindakan terhadap Zunar itu sebagai sesuatu yang boleh terjadi "30 atau 40 tahun" lalu ketika buku diharamkan dan tidak ada cara lain untuk menyuarakan perbezaan pendapat.

Namun, dalam nada menyindir, Nizar berkata, dalam era sekarang di mana semuanya boleh dengan mudah diakses dan dimuat-turun dari Internet, "kita masih lagi mengharamkan buku".

Malah, beliau menyarankan agar terma 'cartoon-o-phobia' dimasukkan ke dalam Wikipedia.

Beliau menyifatkan tindakan merampas buku dan penangkapan Zunar sebagai langkah "terdesak kerajaan yang hampir tenggelam".

Nizar berharap untuk melihat lebih banyak lagi karya Zunar yang menurutnya akan menjadi pemangkin kepada peluang pembangkang untuk mengambil alih kerajaan.

Manakala bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan (kanan), yang turut hadir di majlis pelancaran itu, menyifatkan tindakan terhadap Zunar itu sebagai "tidak masuk akal".

Tindakan itu, tambahnya, mencerminkan dan menunjukkan bahawa pihak berkuasa telah "benar-benar paranoid".

Sebaliknya, tegas beliau, media dan kebebasan kreatif harus diamalkan dan bukannya dilarang.

Zunar, sebelum ditangkap, memberitahu bahawa kandungan buku terbarunya itu 'lebih menggigit' daripada karya-karya beliau sebelumnya.

Menurutnya, isu-isu yang dimuatkan antaranya meliputi isu pembunuhan Altantuya, konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri PM, kes kehilangan enjin jet pejuang, kapal selam Scorpene yang tidak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, rasuah dan pembaziran dana awam.

Cartoon-o-phobia adalah kompilasi kartun yang diterbitkan dari November 2009 hingga September 2010 dalam Malaysiakini dan diterbitkan oleh Kinibooks.

Cartoon-o-phobia setebal 80 halaman penuh warna dan dijual pada harga RM25. Ia boleh dibeli secara online melalui Gerakbudaya dan Kartun Kafe.

sumber http://www.malaysiakini.com/news/143572


komen editor kq...... Kita mesti berani menerima kritikan sebagaimana kita berani mengkritik. Begitu juga dengan sindiran, kita mesti terbuka menerima sindiran. Kalau tak boleh bergurau dengan orang lain, lebih baik kita duduk diam-diam.

Kita juga mesti adil, sebenarnya bahan bacaan yang mengancam umat Malaysia ini banyak di pasaran terbuka. Kat kedai runcit Pat Mat Rabun di Felda Ulu Belitong pun ada jual bahan-bahan bacaan yang tak berfaedah yang hanya membawa pembaca kepada hedonisme, maksiat dan khurafat ni. Akhbar-akhbar perdana juga penuh dengan keputusan judi. Sebenarnya ini semua yang patut diharamkan. Dan memang dah harampun hukumnya tapi kenapa tak diambil kisah?

Ini untuk menjaga akidah, syariat dan akhlak umat Malaysia. Ke mana bahan bacaan seperti ini akan membawa generasi kita? Hari-hari anak-anak kita baca bahan-bahan bacaan seperti ni, tak terpengaruh ke? Anak-anak kita pening, ustaz kat sekolah kata judi haram tapi dalam paper banyak iklan judi. Sensitif? Tak ada sensitif dah... Rasa biasa aje. Taboo? Mana ada taboo. Dah jadi manis macam tebu dah..... Tak betul?

Jakim kena buat cop halal jual dan halal baca pula. Datuk mufti kena bunyilah sikit...

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...