Friday, October 1, 2010

KSN: Kerajaan keluar pekeliling berhubung kenyataan sentuh sensitiviti kaum dan agama

Bohong-bohong Aje. Ini Yang Betul-betul Asli.....




Cuba ingat balik kenapa orang-orang Asli ni berdemo 24 Feb 2010 ituhari sampai ke Putrajaya?


KSN: Kerajaan keluar pekeliling berhubung kenyataan sentuh sensitiviti kaum dan agama

October 01, 2010
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan
KUALA LUMPUR, 1 Okt — Surat Pekeliling Am telah dikeluarkan kepada semua Ketua Jabatan kerajaan mengingatkan pegawai awam berhati-hati dan menghindari daripada mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini.

Beliau berkata pekeliling itu mengkehendaki Ketua Jabatan mengambil tindakan segera lagi tegas berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap pegawai yang didapati berbuat demikian.

Mohd Sidek dalam satu kenyataan berkata kerajaan memandang serius dan tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan segelintir pegawai awam yang didakwa mengeluarkan kenyataan sedemikian kebelakangan ini.

Beliau tidak memberikan contoh tetapi berkata bilangan pegawai yang terlibat amat kecil berbanding 1.2 juta orang pegawai awam di negara ini.

“Kerajaan akan berusaha membendung perbuatan tersebut yang boleh meruntuhkan kerukunan antara pelbagai kaum yang dinikmati selama ini,” katanya.

Mohd Sidek berkata tindakan itu termasuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap mereka sekiranya benar-benar didapati bersalah.

“Dengan 1.2 juta orang pegawai awam, walaupun terdapat peraturan-peraturan dan garis panduan yang jelas bagi mengawal selia tingkah laku pegawai awam, adalah sesuatu yang mustahil untuk menjamin 100 peratus pematuhan,” kata beliau.

Katanya dalam mana-mana organisasi, pastinya akan ada segelintir yang tersasar daripada visi dan misi organisasi.

“Malah Majlis Peguam Malaysia baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata pihaknya tidak dapat mengawal tingkah laku 13,000 orang ahlinya,” katanya.

Ketua Setiausaha Negara itu berkata insiden-insiden yang melibatkan segelintir pegawai awam itu tidak seharusnya dilihat sebagai menggambarkan pendirian kerajaan.

“Malah pihak pentadbiran kerajaan tidak pernah dan tidak akan membiarkan berlaku apa-apa tindakan dan kelakuan yang bertentangan dengan keharmonian kaum yang dipupuk selama ini terutamanya daripada pegawai awam yang merupakan golongan pelaksana dasar-dasar Kerajaan,” katanya.

Beliau berkata tindakan secara pentadbiran menggantung mana-mana pegawai awam yang didakwa mengeluarkan kenyataan sedemikian dari tugasnya hendaklah juga diambil dengan serta-merta sementara menunggu siasatan lanjut.

Langkah ini adalah untuk meredakan ketegangan yang mungkin timbul berikutan kenyataan yang berunsur hasutan yang didakwa dikeluarkan itu.

Mohd Sidek berkata apabila tersebar luas kenyataan-kenyataan berbaur perkauman yang didakwa dibuat oleh pegawai awam dalam kapasiti mereka sebagai pegawai kerajaan, banyak pihak memberi reaksi mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan segera ke atas pegawai awam berkenaan.

Bagaimanapun, katanya orang ramai harus faham sebarang tindakan tatatertib ke atas pegawai awam perlu dibuat mengikut lunas undang-undang dan peraturan-peraturan tatatertib yang diwartakan.

Kerajaan tidak boleh tergesa-gesa mengenakan tindakan semata-mata berdasarkan sesuatu dakwaan tanpa siasatan yang rapi serta mengikut undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

“Sebarang tindakan perlu dilaksanakan mengikut peraturan (peringkat demi peringkat) dan tempoh waktu seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang dan peraturan. Ini adalah untuk memastikan tiada pihak yang dizalimi serta selaras dengan prinsip ‘rule of law’ dan ‘natural justice’,” katanya.

Beliau berkata Perkhidmatan Awam Malaysia telah dibina sejak lebih 50 tahun lalu dan ia milik semua rakyat Malaysia dari semua bangsa, keturunan dan agama.

Mohd Sidek berkata oleh itu, sebarang unsur yang menghalang aspirasi kesatuan rakyat Malaysia tidak mempunyai tempat sama sekali dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyeru semua pihak terutamanya pegawai awam agar menumpukan sepenuh perhatian, jiwa dan tenaga ke arah merealisasikan pelbagai program dan inisiatif yang telah dirancang kerajaan demi kemajuan dan kesejahteraan negara serta usaha-usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

“Kita kini berada dalam fasa terakhir untuk mencapai Wawasan 2020. Kita tidak harus membiarkan anasir-anasir negatif menghalang perjalanan kita ke arah sasaran yang telah kita tetapkan.

“Ini adalah masanya untuk setiap daripada kita sebagai ahli masyarakat menunjukkan sikap yang tenang dan bersabar serta mengelak daripada membuat sebarang kenyataan atau reaksi yang tidak rasional yang boleh mengeruhkan lagi keadaan,” katanya. — Bernama

sumber http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ksn-kerajaan-keluar-pekeliling-berhubung-kenyataan-sentuh-sensitiviti-kaum-dan-agama/

Komen editor kq..... Sebenarnya Tan Sri, tak perlu dipaparkan secara umum isu ni macam nak cari publisiti. Cukup dipanggil mereka yang berkenaan sahaja khasnya mereka yang memulakan isu ini dan btn kan dia agar jangan rasis lagi dan jangan cuba nak ambil kesempatan. Beritahu dia hanya Islam yang paling mulia, bukan bangsa. Melayupun kalau membelakangkan Islam, nanti Melayu akan jadi rendah dan kena bohong aje...

Bab agama pula, jangan lupa kembali kepada Quran dan Sunnah. Baik segi amalan kehidupan sehinggalah kepada hukum jinayah. Di sana ada jaminan keselamatan dan keharmonian dari Allah yang mencipta manusia ini...

Di antara agenda zionis ialah menimbulkan sesuatu huru-hara dan ketakutan di kalangan manusia dan sediakan dengan ubat yang sebenarnya adalah jerat. Mereka yang termakan isu ni akan berkiblat kepada mereka... Atau mereka kaut keuntungan yang banyak....

Tok hakim mahkamah syariah setuju? Datuk Mufti belum sampai lagi? Tertinggal bas lagi ke?

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...