Monday, September 20, 2010

Sekolah Harapan harapan pelajar hamil, pengurusan capai misi

Hang Tuah Bangang

....Dan setiap umat bangsa itu ada tempoh tamatnya..... al-Quran

Kata Hang Tuah pula, "tak akan Melayu hilang di dunia...."

Tanah Melayu dah hilang dari peta dunia....

Dia tak baca Quran? Tak belajar sejarah? Mitos? Nak bodohkan orang Melayu?





JASIN, 21 Sept — Penerimaan masyarakat terhadap pembukaan Sekolah Harapan dan Rumah Harapan di sini bagi pelajar-pelajar yang hamil mendapat sambutan luar biasa biarpun pada peringkat permulaan cetusan idea itu dikritik oleh banyak pihak.

Pengerusi Lembaga Sekolah Harapan Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata sejak sekolah itu dibuka secara rasmi sehingga kepada proses pendaftaran pelajar semalam telah mewujudkan dua perspektif yang berbeza dari pandangannya sendiri.

“Wujud dua kategori, pertamanya penerimaan masyarakat sudah semakin baik. Kita terima mesej, malah emel juga turut diterima selain daripada panggilan telefon.

“Yang keduanya dengan pentadbiran yang cekap sepanjang beberapa hari ini oleh pihak pengurusan berjaya meyakinkan keluarga pelajar mengandung dan masyarakat di luar sana bahawa kesemua kakitangan rumah dan sekolah ini turut sama mempunyai kecekapan masing-masing dalam urusan kerja dan bantuan kepada pelajar,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata dengan wujudnya kesedaran sivik dalam diri masyarakat terhadap pembinaan Sekolah Harapan dan Rumah Harapan ini akhirnya berjaya mewujudkan satu bentuk bantuan murni bagi membantu pelajar kembali ke landasan jalan yang benar.

Sekolah Harapan dan Rumah Harapan itu yang dibuka Jumaat lepas dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah beserta sebuah asrama.

Rahaman sebelum ini turut berkata sekiranya sekolah dan asrama khas yang diwujudkan ini mendapat sambutan, kerajaan negeri akan menambah asrama di satu lagi bangunan baru, yang terletak di belakang sekolah itu pula.

Beliau turut membayangkan masa depan sekolah itu terletak sepenuhnya kepada rakyat dalam menggalaskan tanggungjawap baru ini kepada kerajaan negeri Melaka dan memberikan peluang terlebih dahulu untuk membuktikan keberkesanan sekolah dan asrama ini beroperasi.

Dalam pada itu, sepanjang dua hari wartawan The Malaysian Insider mengikuti perkembangan sekolah dan rumah khas bagi pelajar mengandung ini juga mendapati rata-rata kesemua mereka berharap masyarakat tidak memandang sinis terhadap usaha ahli keluarga mereka yang mahukan kesemua pelajar diberikan peluang kedua mencari sinar di hujung terowong.

Rata-rata wawancara yang dibuat bersama ahli keluarga pelajar mengandung, kakitangan dan pandangan orang ramai berharap masyarakat tidak terus menjatuhkan hukuman ke atas kesemua pelajar terbabit.

Malah kebanyakan mereka yang diwawancara juga berharap isu ini tidak dipertikaikan usahanya dalam membantu dan memberikan sokongan moral bagi pelajar melangsungkan kehidupan seperti pelajar biasa.

The Malaysian Insider turut mendapati pelajar-pelajar mengandung ini akan mengikuti kelas aliran kebangsaan, kelas bimbingan Pendidikan Islam dan juga Pendidikan Moral bagi yang bukan beragama Islam.

Sebanyak empat kelas pengajian disediakan untuk pelajar tingkatan dua, tiga, empat dan lima.

Sebuah makmal komputer juga disediakan bagi tujuan pembelajaran yang semakin global untuk pelajar sekali gus tidak membiarkan mereka ketinggalan menikmati arus siber.

Sekolah Harapan yang bertujuan mahu memberi perlindungan kepada remaja hamil terletak di Jalan Pegawai di sini. Dua bangunan kerajaan telah diubahsuai menjadi sekolah dan asrama yang menelan belanja RM100,000.

Keseluruhan bangunan Sekolah Harapan itu dilengkapi penghawa dingin termasuk di tiga kelas dengan setiap kelas menampung antara 10 dan 12 pelajar.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sekolah ini boleh menghubungi Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka, Rahimin Bani di talian 019-6671564 atau 06-2881534.

Selain itu, kerajaan negeri turut menyediakan guru terlatih yang dilantik di bawah JAIM untuk mengajar pelajar mengandung ini.

Ab Rahaman Ab Karim menunjukkan kemudahan dan kelengkapan yang terdapat di Asrama Sekolah Harapan (bagi pelajar hamil sebelum nikah) ketika meninjau sekolah tersebut itu semalam. - Foto Bernama
Kerajaan negeri juga akan menyediakan kelas tambahan bagi memastikan pelajar mendapat pendidikan yang secukupnya biarpun berada dalam situasi begini.

Setakat semalam, lima pelajar telah diterima kemasukan mereka ke sekolah dan asrama khas ini di mana empat daripadanya adalah pelajar Melayu dan seorang pelajar Cina.

Pelajar-pelajar tersebut berasal dari Wilayah Persekutuan, Johor, Pahang dan dua daripada lima pelajar berasal dari Melaka.

Penerimaan lima pelajar ini pada hari pertama menjangkakan akan lebih ramai lagi keluarga lain yang mengalami nasib yang serupa akan menghubungi pihak JAIM untuk mengetahui dan mengikuti perkembangan tempat ini beroperasi.

Malah pendaftaran pertama pelajar Cina semalam telah mengejutkan pihak JAIM sendiri ekoran keterbukaan masyarakat hari ini menghantar anak mereka ke sekolah dan rumah khas ini biarpun ia di bawah pemantauan sepenuhnya oleh JAIM.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea Sekolah Harapan dan Rumah Harapan ini menegaskan tidak mengenakan sebarang sekatan demi memberi perlindungan kebajikan kepada remaja yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum.

Sementara itu, Timbalan Presiden All Women’s Action Society Ho Yock Lin berharap langkah proaktif ini dapat membela nasib pelajar dari terus diketepikan masyarakat.

“Kita sebagai masyarakat dan mewakili NGO ini merasakan tidak wajar masyarakat terus mengetepikan pelajar muda ini yang mengandung sebaliknya kita juga perlu memastikan mereka dapat tempuhi kehidupan seperti biasa.

“Kita juga perlu memberi sokongan kepada mereka untuk mendapatkan pendidikan tanpa ada tekanan melampau dari masyarakat sekeliling,” katanya.

Beliau dalam pada itu berharap pendidikan seks diajar di sekolah bagi mengelak lebih banyak kes seperti ini berlaku dan direkodkan dalam kalangan pelajar kelak.

sumber dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekolah-harapan-harapan-pelajar-hamil-pengurusan-capai-misi/


komen editor kq.... Adakah itu jalan penyelesaian menurut Islam? Syariat Islam adalah untuk menjaga akidah, keturunan, maruah, harta dan akal. Untuk menjaga keturunan boleh dicapai dengan sekolah hamil?

Baik, itu satu bab, dalam Islam juga tidak boleh dipisahkan di antara amr ma'ruf dan nahi munkar, maka mana nahi munkarnya. Nahi munkar bukanlah setakat pergi serbu hotel murah aje. Hotel Equtorial dan hotel kat Bukit Katil tu terlepas. Nahi munkar ni termasuklah menutup peluang-peluang ke arah maksiat itu dan juga melaksanakan hukuman jinayah Islam. Cuba tanya Ustaz Rahimin tu. Kesian dia kerja siang malam menyelesaikan masaalah sosial yang bukan dia cipta padahal orang lain yang cipta masaalah tu.

Datuk mufti tak baca doa perasmian sekolah tu? Datuk mufti memang pakar baca doa. Doa majlis apapun dia boleh bacakan..... Cuba baca surah at-Takasur....

1 comment:

  1. Saya rasa kata2 tuan terlalu kasar.. maaf ya nada saya adalah menegur bukan memarah ok? :) Tadi saya lawat ni harap dapat nak beli kitabulquranulkarim.. tapirasa tersentap apabila tuan sebut B**g**g kepada Hang Tuah pula.. Dia kata begitu untuk menyelamatkan sahabt2 dan rakyat negaranya yg majoriti melayu.. Bukankah itu memang amnah seorang pendekar?? Takkan la beliau hendak berperang mengucapkan biarlaa.. matilaa kita semua?? Kita tak boleh analisa kata2 orang dengan apa yg dikatakan itu shaaja mungkin ada makna tersirat..tolong balas di blog sy.. :)

    http://apit555.blogspot.com/

    Boleh saya tahu berapa harga PRODUK 06??

    ReplyDelete

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...