Saturday, October 9, 2010

Abu mayat mualaf perlu diurus ikut hukum syarak

Pak Abu Membakar Ikan Atas Zink, Merebak Api, Abis Kebun dan Memercik Menyambar Bom









Abu mayat mualaf perlu diurus ikut hukum syarak
Okt 9, 10 10:15am

Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan bahawa seorang lelaki mualaf yang meninggal dunia di Kuala Lumpur Rabu lalu adalah seorang beragama Islam dan abu mayatnya perlu diuruskan mengikut hukum syarak.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan dari peguam Zulkifli Che Yong yang mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), semalam. MAIWP mengemukakan permohonan ex-parte untuk menentukan status agama Brian Eustace Steel @ Steele Shah Abdullah, 56, seorang bangsa Serani, yang meninggal dunia akibat 'septicaemic shock' (keracunan darah).

Lelaki tersebut, seorang operator pengeluaran, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur pada Rabu lalu dan mayatnya dibakar Khamis lalu di krematorium di Jalan Kuari di Kuala Lumpur, mengikut upacara Kristian. Abunya kini disimpan di Bahagian Kawalan Pembersihanan Bandar, Jabatan Seni Taman dan Kawalan Pembersihan Bandar, DBKL. MAIWP menamakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai responden.

Mohd Amran dalam penghakiman ringkasnya berkata afidavit MAIWP membuktikan Brian telah memeluk agama Islam pada 20 Ogos 1975 dan melafazkan dua kalimah syahadah di MAIWP. "Oleh itu, arwah hendaklah dikebumikan atau diuruskan mengikut kehendak agama Islam dan hukum syarak. Selain itu, pihak yang dipertanggungjawab menjaga abu arwah diminta menyerahkan abu berkenaan kepada MAIWP di samping pihak polis juga diarahkan untuk mengawasi sepanjang proses tersebut," katanya. Ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu, Zulkifli memberitahu bahawa pengurusan abu arwah akan dilakukan pada jam 10 pagi ini. - Bernama
sumber http://www.malaysiakini.com/news/144809

komen editor kq.... Tahniah kepada mereka yang terlibat menguruskan jenazah. Tapi lain kali kita jadikan pengajaran sebab kita terlewat. Mayat dah di bakar.

Itulah pentingnya iklan atau isytihar dengan bersaksi tentang pengislaman. Supaya orang lain maklum, apa-apa berlaku, ada rujukan. Dan kita mesti saling membantu memberi sokongan kepada saudara baru kita jika ada kesusahan. Ziarah, bertanya khabar dan bimbing mereka sentiasa.... Kita semua bersaudara bagai satu bangunan kukuh. Sakit satu anggota badan, seluruh tubuh akan terasa sakit...

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...