Saturday, October 2, 2010

Umno tiada roh tarbiah

Rohana Rupanya Macam Dia...

Kenangan lalu jee.....
Rusli Yasmin

MARANG, 3 Okt: Umno yang menolak Islam sebagai dasar perjuangannya kosong dan tidak mempunyai roh tarbiah, berbeza dengan PAS yang menjadikan tarbiah sebagai asas perjuangannya.

Justeru itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, program tarbiah seperti Ijtima' Tarbawi yang dianjurkan oleh Pemuda PAS tidak dapat dianjurkan oleh Umno kerana parti itu tidak mengambil Islam sebagai teras perjuangan.

"Umno, dia tolak Islam automatik dia tolak roh, bila dia tolak Islam, Nabi Muhammad pun dia tolak, al-Quran pun dia tolak, Allah Taala pun dia tolak," katanya dalam pidato sempena Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda PAS Pusat di Masjid Rusila, malam tadi.

Katanya, akibat itu perjuangan Umno hanya setakat dunia sahaja.

"Umno kena reti, bila dia tolak Islam, ertinya dia tolak roh, kosongkan roh, yang tinggal jisim saja.

"Maka bagi dia segala pembangunan ni, segala hidup ini, khusus untuk dunia sahaja, akhirat dia tak fikir," ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Ini, katanya berbeza dengan PAS, yang menjadikan akhirat sebagai matlamat perjuangan, mesti mempunyai kekuatan jasmani dan rohani.

"Kita sebagai orang Islam dan memperjuangkan Islam kedua-dua (jasmani dan rohani), kita kena jaga.

"Jika kita berpolitik, kita ingat supaya selamat di dalam kubur, kita berpolitik supaya ingat di Padang Mahsyar, berpolitik supaya selamat di dalam syurga,” katanya.

Sebelum itu, beliau melancarkan buku terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang bertajuk 'Palestin Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan'.

Turut memberikan ceramah ialah Ahli Parlimen Ikhwan Muslimin Mesir, Sheikh Abdul Mas’ud Mohamaed Asqar, Datuk Mahfuz Omar, Ustaz Idris Ahmad dan Ustazah Nuridah Mohd Salleh

Dipetik dari http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28872:umno-tiada-roh-tarbiah&catid=1:utama&Itemid=50

Komen editor kq.... Mana pergi 40 orang ulamak umno tu? Minta diorang setupkan program-program ilmu, tazkirah, usrah dan tamrin untuk umno. Tapi sanggup ke Putra, Pemuda dan Puteri Umno nak ikut? Panggil ustazah artis seksi baru diorang suka...

Golongan pemuda adalah mereka yang akan mewarisi pentadbiran dan politik negara kita. Kalau nak tahu apa akan berlaku kepada negara dan anak cucu kita esok, kita lihatlah kepada golongan muda kita. Apa aktiviti anak muda kita sekarang? Soalan paling penting sekali ialah kemana umno telah bawa anak muda kita? Apa yang umno hidangkan kepada anak muda kita selama ini? Jawapannya hedonism semata-mata.... Tak caya, cuba tengok tv dari pagi sampai tengah malam, baik apa siaran pun...

Cuba minta datuk mufti tarbiah mereka. Okey kot?.... Datuk mufti tak tolak punya.... Tak caya, cuba minta sekali.......

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...