Sunday, October 3, 2010

Majistret dipenjara enam tahun

Beli aje... Murah, murah, mudah, mudah....
lelong, lelong.....














Majistret dipenjara enam tahun

Oleh Norliza Wasilan
2010/10/04

Didenda RM40,000 selepas didapati bersalah minta dua suapan RM8,000

KOTA BHARU: Seorang majistret dihukum penjara enam tahun dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana terbabit dalam dua kes rasuah membabitkan RM8,000.

Hakim, Sabariah Othman, ketika menjatuhkan hukuman bagi pertuduhan pertama menetapkan tertuduh, Mohd Firdaus Ramlan, 28, dipenjara tiga tahun serta denda RM15,000 dan jika gagal membayarnya, boleh dikenakan penjara 12 bulan.

Beliau juga menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara dan denda RM25,000 bagi pertuduhan kedua atau penjara 18 bulan jika gagal membayarnya kepada Mohd Firdaus. Hukuman penjara berjalan serentak mulai semalam.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperoleh rasuah wang tunai RM3,000 daripada Md Shani Ishak di sebuah stesen minyak Esso, Machang, kira-kira jam 10.30 malam, 11 Oktober tahun lalu, sebagai dorongan melepaskan lelaki itu daripada kesalahan jenayah dilakukannya.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Firdaus didakwa meminta rasuah RM5,000 daripada Md Shani atas tujuan sama di Bilik Majistret, Mahkamah Majistret Kuala Krai di sini, 6 Oktober lalu.

Tuduhan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang juga boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama. Ketika prosiding semalam, Mohd Firdaus diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed, manakala SPRM oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Razak Musa.

Abdul Razak dalam hujahnya, memohon mahkamah memberi keputusan sewajarnya dan tidak bersimpati kepada tertuduh, selain perlu mengambil kira keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman. Selepas hakim membuat keputusan, Sukri memohon mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan. Sabariah kemudian membenarkan permohonan itu tetapi memerintahkan denda RM40,000 dibayar dalam tempoh tiga bulan.

"Hukuman denda ditangguh tiga bulan dan tertuduh perlu membayar jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin," katanya.

Pegawai KDN rasuah tak terlepas tindakan

KUALA TERENGGANU: Tindakan terhadap kakitangan Jabatan Imigresen yang terbabit dalam kes salah laku termasuk rasuah bukan hanya dilaksanakan mengikut peraturan penjawat awam yang mengenakan hukuman tatatertib, sebaliknya mereka juga turut didakwa mengikut Kanun Acara Jenayah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata tindakan tegas terhadap penjawat awam terutama daripada agensi kementeriannya itu akan diambil bagi membersihkan jabatan daripada kalangan yang tidak bertanggungjawab hingga mencemarkan imej kerajaan.

sumber http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Majistretdipenjaraenamtahun/Article


Komen editor kq.... Ini sudah parah. Hari-hari ada yang kantol-mantol. Ada yang lepas?.... Abg Hisyam apa khabar? Apa khabar pak-pak menteri?....

Rasuah dalam arabnya di sebut rishwah. Baginda junjungan menyebut bahawa tukang pemberi rishwah dan yang menerimanya di dalam neraka. Wal iyaza billah.....

Mana pegi Majlis Integriti Malaysia? Abis modul dah? Guna ajelah modul Islam. Pasti selesai... Cuba tanya datuk mufti, ada modul Islam? Adeee.... Diorang aje yang tak nak rujuk datuk mufti. Diorang ingat datuk mufti ni tok peti.....

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...