Friday, October 8, 2010

Dakwaan BTN guna buku perlembagaan palsu disiasat

Siapa Sultan Melaka Palsu?

Hati-hati pakai gigi palsu, nak cakap "syahrul" tercakap "shahrukh" pulak...








Dakwaan BTN guna buku perlembagaan palsu disiasat

Okt 8, 10 7:57pm

Biro Pengaduan Awam akan menyiasat dakwaan bahawa Biro Tata Negara (BTN) menggunakan buku perlembagaan palsu semasa mengendalikan satu kursus di Johor baru-baru ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah.

Beliau berkata kerajaan memandang serius perkara itu kerana isi kandungan perlembagaan itu menyentuh sensitiviti kaum.

"Kerajaan telah mengarahkan BPA untuk menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti penulis buku berkenaan. Buku tersebut dipercayai diedar dan digunakan sebagai rujukan dalam ceramah anjuran BTN itu.

"Bagaimanapun kesahihan perkara itu hanya akan dapat ditentukan sebaik selesai siasatan," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Ipoh hari ini.

Murugiah berkata beliau mengetahui perkara itu berikutan laporan seorang peserta yang mengikuti kursus berkenaan.

"Peserta terbabit berasa keliru apabila penceramah kursus itu menggunakan perlembagaan palsu yang menyentuh isu sensitif sesuatu kaum.

"Perkara ini akan merencatkan usaha melaksanakan wawasan perdana menteri dalam membentuk gagasan 1Malaysia, dan boleh menimbulkan rasa kurang senang kaum yang dikaitkan dalam perlembagaan palsu itu," katanya.

- Bernama
sumber http://www.malaysiakini.com/news/144789


Komen editor kq.... Pelembagaan yang diguna pakai oleh sistem perundangan pentadbiran negara kita adalah yang diluluskan oleh parlimen. Ia adalah ciptaan manusia. Ia telah dipinda banyak kali. Cuba baca sejarah. Jangan malas membaca dan belajar. Nanti kena tipu dan tertipu dan melayu dan terus layu.

Pelembagaan yang sesuai untuk sepanjang masa dan semua orang dan alam ini ialah apa yang ada di depan kita. Itu lah kitab yang dijamin tak palsu dan tak mampu dipalsukan. Itulah rujukan kita. Itulah al-Quran nul karim.... Ia menyelesaikan segala kemelut, masaalah, penyakit, kebuntuan, jenayah dan kerosakan.

Assalamualaikum tuan hakim mahkamah syariah... Tengah minum air dengan datuk mufti ke?..

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...