Tuesday, October 5, 2010

Pegawai belot kena ISA

ISA ditolak..... Tapi tak jatuh dia...
Demo anti ISA.


Isa betul ke?



Pegawai belot kena ISA
Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my
2010/10/06

Kakitangan imigresen, orang tengah ditahan rasuah ancam negara

PUTRAJAYA: Tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dikenakan terhadap kakitangan Jabatan Imigresen dan orang tengah yang ditahan kerana terbabit rasuah di pintu sempadan sehingga menyebabkan pendatang tanpa izin bolos ke negara ini.

Sumber berkata, ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal itu dari sudut undang-undang rasuah, terutama mengikut Akta SPRM 2009, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melihat isu itu dari sudut keselamatan negara kerana mereka terbabit adalah pembelot negara.
“Apabila ia membabitkan keselamatan negara, undang-undang tegas dan berbentuk pencegahan perlu dilakukan supaya mengurangkan risiko dan membendung keadaan.

“Dalam isu ini, kita berdepan dengan kes yang perlu tindakan segera kerana apabila mereka yang diamanahkan menjaga pintu masuk dan keluar negara belot dan membenarkan pendatang tanpa izin masuk, ia secara langsung meletakkan keselamatan negara dalam risiko,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kementerian bukan saja akan menyiasat pegawai terbabit, terutama daripada Jabatan Imigresen mengikut ISA, malah mereka yang bertindak sebagai orang tengah dalam kegiatan itu juga akan dikenakan tindakan sama.

“Pada peringkat permulaan kita siasat mengikut Akta SPRM dan kemudian kita lihat isu keselamatan dalam negara pula.
“Sebelum ini, kita menahan beberapa individu yang terbabit dalam kegiatan memalsukan dokumen keselamatan dan wang palsu mengikut ISA,” katanya.

Akhbar semalam melaporkan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman, meminta SPRM menempatkan pegawainya sebagai pengintip di ‘kawasan panas’ yang dikenal pasti bagi membanteras gejala rasuah di kalangan kakitangan imigresen di pintu sempadan negara sehingga menyebabkan pendatang tanpa izin bolos.

Sehingga semalam, tujuh kakitangan imigresen dan lapan orang tengah sudah ditahan SPRM kerana menerima rasuah di Jeti Penumpang Pulau Ketam, Selangor dan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Mereka terbabit disyaki mengenakan bayaran RM80 setiap pendatang asing tanpa izin yang keluar masuk ke negara ini dan dipercayai mendapat bayaran mencecah RM20,000 seminggu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, dalam kenyataan semalam berkata, kementerian akan bekerjasama rapat dengan SPRM untuk memantapkan integriti dan mencegah rasuah di kalangan pegawai penguat kuasa agensinya.

Beliau berkata, berikutan pendedahan media mengenai kes imigresen itu, KDN pada Isnin lalu mengambil langkah menyediakan laporan mengenai punca sebenar salah guna kuasa masih berlaku untuk mencari penyelesaian.

“Antara langkah yang diambil, termasuk memastikan pegawai penguat kuasa yang bertugas bertukar giliran secara berkala,” katanya.

Katanya, KDN dan agensinya juga merangka langkah pencegahan dalam isu berkenaan, termasuk menerusi jawatankuasa khas, ‘Mesyuarat Top Six’ kementerian dan Jawatankuasa Pemantau Perkhidmatan Jabatan Imigresen untuk bertindak terhadap segala aduan orang ramai.

sumber http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PegawaibelotkenaISA/Article/

Komen editor kq,.... Cuba lihat apa kata Islam terhadap ISA. Cuba tanya datuk mufti. Cuba tanya Majlis Fatwa. Islam benarkan atau tidak ISA. Kalau jawapan dari datuk mufti, mesti dia jawab Islam tak benarkan ISA sebab Islam menjamin hak keadilan dan kebebasan individu. Tapi kalau jawapan dari tok peti, mesti jawapannya "nanti kita kaji 10 tahun lagi...."

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...