Thursday, October 7, 2010

Jangan buang duit saman Felda, kata Ahmad Maslan

Tak tahu diuntung ke? Nak jadi ANAK buluh betung ke?




Tokey gulapun boleh bengkrap kalau asyik kena bayar saman. Yang kau pegi sorok gula kenapa?


Jangan buang duit saman Felda, kata Ahmad Maslan

October 07, 2010

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Felda tetap akan membayar wang Tabung Tanam Semula kepada mana-mana peneroka yang menjalankan penanaman secara sendiri, asalkan mereka mematuhi garis panduan dan syarat yang ditetapkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, justeru peneroka tidak perlu bersusah payah menggunakan khidmat peguam dan mahkamah bagi menuntut bayaran itu kerana tindakan itu hanya akan merugikan mereka.

“Jangan saman, kalau saman, saudara (peneroka) rugi kerana kena bayar peguam. Orang yang tidak saman pun akan dapat juga (wang tanam semula) dan orang yang saman pun akan dapat juga.

“Selain itu, dia kena bayar pula kos peguam, untuk apa?” kata beliau dipetik Bernama hari ini.

Hadir sama pada majlis itu adalah Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Timbalan Pengarah Besar Felda Suhaimi Zainuddin.

Beliau mengulas mengenai laporan dalam sebuah akhbar baru-baru ini mengenai tuntutan yang meminta Felda membayar pampasan sebanyak RM261.8 juta kepada 11,000 peneroka yang melaksanakan penanaman kelapa sawit secara sendiri.

Katanya, laporan yang dibuat akhbar tersebut mengelirukan kerana Felda telah dan sedang membayar mana-mana peneroka yang membuat penanaman semula secara sendiri dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Felda mempunyai 112,635 peneroka dengan 14,882 atau 13.2 peratus daripadanya merupakan peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka.

Dalam pada itu, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu-isu yang timbul berkaitan Felda.

Pengerusinya Tan Sri Rozali Ismail dalam kenyataan hari ini berkata jawatankuasa khas seramai 30 orang itu dianggotai oleh golongan profesional seperti peguam, doktor, pakar ekonomi, ahli perniagaan dan badan bukan kerajaan yang terdiri daripada generasi baru Felda.

“Jawatankuasa ini berperanan untuk mengkaji serta menilai permasalahan yang timbul serta membantu meredakan ketegangan ekoran salah faham di antara peneroka dan Felda,” katanya.

sumber http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-buang-duit-saman-felda-kata-ahmad-maslan/

Komen editor kq............ Feldapun janganlah membohong-bohong peneroka. Kesian diorang.... Diorang saudara kita juga.

Masalah penduduk felda ialah tiada pembangunan rohani. Memang ada didirikan masjid dan surau tetapi pengisiannya tiada, diabaikan. Tiada program-progaram pendidikan islamik yang berterusan di felda. Akibatnya, peneroka tak faham agama, peneroka tak ada aktiviti ilmu dan tak cintakan budaya ilmu khasnya ilmu agama. Maka apabila mak bapak tak ambil kisah tentang pendidikan agama maka anak-anak (generasi kedua) lagi hilang pedoman. Jadilah felda itu sarang maksiat, jenayah dan dadah. Ditambah pula dengan program-program yang dihidang kepada penduduk felda yang berbentuk lalai dan berunsur hedonism.

Peneroka-peneroka juga tiada integrasi sosial. Semuanya sebaya tiada orang tua yang lebih pengalaman yang matang dalam hidup ini. Peneroka juga terdiri dari mereka yang dah tak ada kerja lain akibat tercicir dari pendidikan. Maka ia menyumbang kepada beberapa konflik lain lagi. Maka jadilah felda ini tempat yang tiada pembangunan rohani, terkongkong pemikiran, senang kena gula-gula dan bergantung kepada pihak lain, takut berdiri atas kaki sendiri, syok sendiri, tak rajin berfikir, takut bersuara dan senang diugut. Itu yang berlaku sebenarnya.

Tak percaya, pergilah duduk di mana-mana felda dan buat kajian. Sebenarnya felda ni bagus tapi kena ubah kepada dasar dan cara Islamik. Islam bukan mementingkan pembangunan material sahaja tapi pembangunan rohani dan intelektual. Alat adalah membantu bukan matlamat. Tenaga sumber manusia adalah modal lebih utama perlu dibangunkan dan disediakan pelapis.... Alhamdulillah semakin sedar orang-orang felda ni. Tahniah. Dan terima kaseh bebanyak mereka yang tolong sedarkan kita juga. Tapi masih ramai yang tak sedar dan tak ambil kisah.....

Pegi jemput datuk mufti beri tazkirah kat felda kawasan kita...... Dia pernah melawat felda kita ke? Tak teringat agaknya....

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...