Friday, October 1, 2010

Siasatan polis curi syabu ikut Kanun Keseksaan

Ituhari.....
Nak percaya siapa lagi?


JOHOR BAHRU: Tiga wartawan akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) hari ini menerima surat arahan dari polis bagi memberi keterangan berhubung penulisan artikel kehilangan syabu bernilai RM1 juta dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri ini.

Surat arahan bagi menghadiri penyiasatan mengikut Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah itu diserahkan Pegawai Turus Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Johor, Deputi Superintendan Kalawan Singh di pejabat kumpulan akhbar itu di Bandar Baru Uda, di sini, kira-kira jam 2.30 petang.

Mengikut surat arahan itu, ketiga-tiga wartawan iaitu masing-masing seorang dari akhbar New Straits Times (NST), Harian Metro dan Berita Harian diminta ke JSJ IPK, jam 11 pagi esok.

Hari ini, ketiga-tiga akhbar itu — NST, Harian Metro dan Berita Harian — melaporkan berita kehilangan sebahagian dadah rampasan jenis syabu dari bilik bahan bukti itu minggu lalu yang dianggar bernilai kira-kira RM1 juta, yang dikatakan menjadi bahan bukti kes rampasan dadah bernilai RM48 juta Mac lalu.

Akhbar berkenaan melaporkan seorang pegawai bertugas mendapati mangga bilik berkenaan telah dirosakkan dengan asid dan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral.

Sementara itu, Ketua Biro Berita Harian Khirul Bahri Basarudin yang dihubungi, mengesahkan kehadiran Pegawai Turus Perundangan dan penerimaan surat arahan itu. — Bernama



Inihari....
Kesalahan anggota pasukan keselamatan jejas integriti: Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Siasatan 10 anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor yang mencuri kira-kira 40 kilogram syabu daripada 753,539 kilogram bernilai RM254 juta yang dirampas dalam serbuan dadah terbesar di Kilometer 3, Jalan Cenderawasih, Rompin, Mei tahun lalu, akan dilakukan mengikut Kanun Keseksaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pihaknya bersetuju dengan pandangan Majlis Peguam supaya kes itu disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana ia membabitkan kes jenayah dan boleh menjejaskan integriti pasukan keselamatan.

“Ketua Polis Negara juga sudah membuat kenyataan tegas (berhubung perkara itu) begitu juga Ketua Polis Pahang (Datuk Robiah Abdul Ghani) yang akan menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya bagi membawa kes itu ke mahkamah.

“Hal yang boleh menjejaskan imej dan integriti polis, kita tak boleh benarkan berterusan walaupun (yang melakukan) membabitkan pegawai kita sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Aidilfitri KDN di Padang Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, di sini semalam.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop dan Datuk Lee Chee Leong serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Hishammuddin berkata, tindakan tegas itu penting bagi memastikan rakyat terus yakin dengan kemampuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana walaupun yang melakukannya adalah anggotanya namun mereka tidak akan terlepas daripada tindakan jika terbukti melakukan kesalahan.

Beliau juga meminta sesuatu isu dan kes yang sedang disiasat polis tidak dipolemikkan kerana ia boleh memecah belahkan masyarakat.

Katanya, semua kes yang disiasat termasuk membabitkan kes berprofil tinggi disiasat merentasi warna kulit serta agama dan kementerian terus memantau perkara itu bagi memastikan ia dijalankan secara profesional.

Perkara itu katanya, sepatutnya tidak diperdebatkan dan diperbesarkan sebaliknya masyarakat perlu sabar kerana semua kes dalam siasatan polis dan mengambil masa.

sumber http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SiasatanpoliscurisyabuikutKanunKeseksaan/Article

Komen editor kq..... Cuba bayangkan kalau Malaysia tiada polis, alamat tak bersisalah semuanya. Rakyat Malaysia perlukan polis sebagai penguatkuasa undang-undang. Tapi polispun langgar undang-undang macammana? Bukan satu dua kes tapi banyak...

Itu tandanya undang-undang ciptaan manusia ni lemah, cacat dan tak berkat sehingga penguatkuasa undang-undang pun boleh redah aje tanpa rasa apa-apa. Bukan sorang tu, jumlah sepuluh orang tu....

Assalamualaikum ustaz-ustaz BAKA...

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...