Saturday, October 9, 2010

Hisham menghadap Sultan Johor berhubung kenyataan pemimpin Hindraf

Sultan Melaka Yang Hebat Pun Tidak Kekal....
Ada baca cerita maharaja cina diberi makan kangkung?



Hisham menghadap Sultan Johor berhubung kenyataan pemimpin Hindraf

October 09, 2010

SUNGAI BULOH, 9 Okt – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar Selasa ini mengenai kenyataan Waytha Moorthy yang mempertikaikan titah baginda berhubung kedudukan Melayu dan raja-raja Melayu.

Kenyataan Waytha Moorthy, pemimpin Hindraf yang telah diharamkan, yang kini melarikan diri ke luar negara disiarkan menerusi laman web Free Malaysia Today kelmarin.

Hishammuddin berkata beliau akan meminta polis mengkaji apa sebenarnya yang berlaku kerana perkara yang membabitkan istitusi raja adalah sangat sensitif.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri anjuran Umno Selayang di Kampung Setia, Kuang, Rawang dekat sini hari ini.

Hishammuddin berkata kenyataan Waytha Moorthy itu adalah untuk menimbulkan kebencian terhadap institusi raja-raja dan ia hanyalah umpan untuk memperdayakan pemikiran orang ramai.

Katanya institusi raja-raja adalah penaung kepada semua kaum dan agama dan bukan terhadap sesuatu kaum sahaja.

Beliau berkata kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana siasatan teknikal akan dilakukan suruhanjaya itu memandangkan kenyataan tersebut diterbitkan sebuah laman web.

Dalam pada itu, Pemuda Umno Johor Baharu mahu Waytha Moorthy dihalang daripada memasuki negara ini berikutan tindakannya mempertikaikan titah yang dibuat oleh Sultan Johor.

Ketuanya Khalid Mohamad berkata kenyataan Waytha Moorthy itu tidak boleh dimaafkan kerana beliau seolah-olah mempersoalkan kuasa yang dimiliki oleh raja-raja Melayu.

“Kita akan meminta kerajaan supaya menghalang kemasukan pengerusi Hindraf itu ke negara ini serta pada masa yang sama menutup laman web Free Malaysia Today kerana ia merupakan ancaman kepada keselamatan negara ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengetuai demonstrasi aman seramai 200 orang bagi membantah kenyataan yang dibuat oleh pengerusi Hindraf itu di Terminal Pengangkutan Awam Larkin hari ini.

“Khalid berkata demonstrasi secara aman itu juga bertujuan untuk mengingatkan masyarakat agar tidak sesekali mempersoalkan kuasa raja-raja Melayu serta mempertikaikan hak-hak keistimewaan Melayu yang telah termaktub di dalam Perlembagaan.”

Sultan Johor pada 4 Oktober lepas mengingatkan semua pihak agar jangan sekali-kali mempersoalkan kuasa raja dan mempertikaikan hak serta keistimewaan orang Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baginda bertitah, ini kerana akhir-akhir ini ada pihak yang begitu ghairah memperjuangkan kaumnya dan mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu yang telah diperuntukkan sekian lama dalam perlembagaan.

“Mereka ini adalah golongan yang cetek akal dan hanya bercakap mengikut selera sendiri tanpa meneliti sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

“Tindakan ini akan hanya merosakkan keharmonian hubungan kaum dan kesejahteraan hidup masyarakat negara ini,” titahnya pada majlis perasmian seminar khas Perlembagaan Persekutuan Peringkat Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada baru-baru ini. – Bernama

sumber http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hisham-menghadap-sultan-johor-berhubung-kenyataan-pemimpin-hindraf/

komen editor kq.... Masyarakat Melayu amat sensitif dengan isu raja. Sistem pemerintahan Malaysia memang termaktub hak raja-raja Melayu. Tapi perlu diingat bahawa semuanya berlandaskan undang-undang. Ia ada termaktub.

Hanya Allah tuhan yang menguasai seluruh alam ini. Dia lah yang maha agung, maha besar. Hukum dan perintah dariNya adalah mutlak. Kita makhluk yang hina dina. Tiada yang mulia kecuali dengan taqwa kepadaNya.......

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...