Thursday, October 14, 2010

Diliwat beberapa kali tanpa kondom, dakwa Saiful

Berak Tapi Tak Mengaku....
Tapi mengaku tak mandi wajib 3 hari. Tak terberak ke? Hantar ke hospital nanti 3 orang doktor pulak pereksa sekaligus dia sorang....




Diliwat beberapa kali tanpa kondom, dakwa Saiful
Okt 14, 10 10:19am
Perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan dijangkakan lebih banyak pendedahan yang mengemparkan bukan sahaja daripada soal-balas ke atas doktor yang merawat pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang merawatnya selepas diliwat tetapi juga dengan beberapa perkembangan terbaru.
Antaranya, seorang lagi pembantu ketua pembangkang itu, - Rahimi Osman yang mendakwa bahawa dia dipaksa membuat akuan bersumpah yang tidak benar serta memalitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan tuduhan liwat berkenaan. Beberapa pemimpin PKR telah menolak pendedahan Rahimi itu adalah hanya sebagai kempen memburuk-burukkan PKR dan Anwar menjelang dua pilihan raya kecil yang akan datang - Galas di Kelantan dan Batu Sapi di Sabah.
Peguam Karpal Singh sebelum ini berkata beliau akan membawa isu Rahimi dalam perbicaraan hari ini, dalam usaha pihak pembelaan mendapatkan senarai saksi yang masih gagal dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Seorang lagi peguam Anwar - Sankara Nair menerusi e-mail semalam berkata pihaknya kemungkinan besar akan memfailkan prosiding menghina mahkamah ke atas Rahimi. Perbicaraan ini juga menarik minat usahawan Britain, Sir Richard Branson, yang pada bulan lalu ketika di Kuala Lumpur berkata, ia sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi Malaysia dan menghindarkan pelabur asing daripada datang ke negara ini. Sebelum ini, Anwar juga gagal menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya, berdasarkan dakwaannya bahawa DPP Farah Azlina Latif seorang daripada peguam yang mewakili pihak pendakwaan mempunyai hubungan intim dengan Saiful Bukhari . Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, bekas pembantu beliau di unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008. Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

sumber http://www.malaysiakini.com/news/145291

komen editor kq..... Assalamualaikum Ful... Apa kau cerita ni Ful? Rakyat dah pening dengar cita kau.... Sekejap gitu, sekejap gini. Memfitnah ni dalam hukum Islam termasuk dalam jenayah qazaf. islam tak membenarkan menuduh orang tanpa bukti. Ia melibatkan maruah. Bukankah syariat itu menjaga 5 perkara asasi makhluk. Selagi guna undang-undang sivil sekular, tidak ada jalan penyelesaian kelihatannya. Esok-esok ada pulak siri liwat 3. Amacam tuan hakim?... Nasib baik lewat aje, tidak liwat. Datuk mufti keluar fatwa sikit apa hukum menggunakan mahkamah sivil dalam jenayah qazaf?.

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...