Wednesday, October 6, 2010

Sekolah Harapan sambut kelahiran bayi pertama

Kesultanan Melaka











Sekolah Harapan sambut kelahiran bayi pertama

October 06, 2010

JASIN, 6 Okt – Sekolah Harapan yang menempatkan remaja hamil di sini menyambut kelahiran bayi pertama – lelaki seberat 3.6 kilogramme.

Bayi itu dilahirkan pada pukul 8 pagi, Isnin lepas di Hospital Jasin, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah itu.

“Saya difahamkan bayi tersebut akan diambil oleh keluarga kepada remaja perempuan itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Ali berkata di samping memberi perlindungan kepada remaja hamil, penubuhan sekolah itu juga dapat mengelakkan kes pembuangan bayi.

Sekolah itu mula dibuka pada 17 September lepas, kini menempatkan sembilan lagi remaja yang sedang hamil.

Sekolah berasrama itu dikendalikan Majlis Agama Islam Melaka. – Bernama

sumber http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekolah-harapan-sambut-kelahiran-bayi-pertama/

komen editor kq...... Kelahiran bayi, bayi tidak bersalah. Perlu disempurnakan haknya. Qamat, azan, tahnik, diberi nama, cukur, akikah, makan, pakai, kediaman, pendidikan dan lain-lain keperluan mesti dipastikan. Apa pula nasib ibunya? Apa hukumannya (jika bersalah) dan yang mengandungkannya? Apa langkah pihak kerajaan bagi membendung kes ini agar jangan berlaku lagi?... Memanda Ketua Menteri buatlah banyak lagi keraian seperti jom heboh, konsert-konsert, nyanyi-nyanyi, pesta-pesta, pusat-pusat berpeleseran biar banyak-banyak lagi. Nanti lagi laris sekolah tu... Sultan Melaka boleh ajar rakyat Melaka bagaimana nak jadi hebat berkaraoke..... Nak nampak pesta tu baik dan bagus dan bermanfaat, boleh panggil memanda datuk wira bacakan doa pembukaan.... Baginda junjungan telah bersabda, "Malu itu sebahagian dari iman." dan dalam hadis lain baginda bersabda, "kalau kamu dah tak rasa malu, buatlah apa yang kamu suka.". Kesian rakyat Melaka. Moga-moga rakyat Melaka masih ada malu lagi.....

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...