Monday, October 4, 2010

Nazri pertahan modul BTN, nafi galak sentimen perkauman

Memang Tak Bagus..........
Produk BTN memang bagus? Ada orang bakar kedai buruk untuk nak dapatkan peruntukan baru...... Atau nak klaim insuran..... Kalau pelanggan kata kedai kita tak bagus, tutup aje kedai.


Nazri pertahan modul BTN, nafi galak sentimen perkauman

October 04, 2010

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mempertahankan peranan Biro Tata Negara (BTN) dengan mendakwa bahawa modul kursus agensi kerajaan itu tidak menggalakkan sebarang bentuk sintimen perkauman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kenyataan “rasis” yang didakwa dibuat oleh penolong pengarah BTN Hamim Husain tidak menggambarkan kedudukan sebenar kandungan kursus yang dikendalikan oleh agensi itu.

“Tiada modul di BTN yang menggalakkan (sentimen) perkauman. Kita perlu melihat apa isunya di sini.

“Dalam kes ini, modulnya bukan isu, tetapi personal,” kata Nazri (gambar) dalam respons berhubung soalan sama ada kursus BTN harus dirombak ekoran perkembangan minggu lalu.

Nazri mengakui bahawa tindakan harus diambil ke atas mereka yang membuat kenyataan-kenyataan “tidak bertanggungjawab”.

“Kenyataan-kenyataan ini dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab, oleh itu tindakan harus diambil ke atas mereka,” kata Nazri kepada pemberita hari ini.

Timbalan Pengarah BTN Wilayah Persekutuan Hamim Husin hari ini membuat laporan polis terhadap The Malaysian Insider dan wartawannya dipercayai berhubung laporan berita yang mendakwa beliau telah membuat kenyataan berbaur perkauman minggu lalu.

Bagaimanapun, ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Daerah Sentul di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini, Hamim enggan mengulas mengenai kandungan laporan itu.

Pegawai kanan BTN itu telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada sesi tertutup dengan Puteri Umno 27 September lalu.

Berikutan laporan itu, Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat perkara itu terlebih dahulu sebelum tindakan susulan diambil.

Ahli Parlimen Padang Rengas ini mempertahankan bahawa pentadbiran Najib tidak membenarkan sebarang bentuk kenyataan berbaur perkauman meskipun ia dibuat oleh pegawai-pegawai kerajaan.

“Kabinet, dalam mesyuarat minggu lalu sudah pun mengeluarkan kenyataan tegas kepada pegawai-pegawai kerajaan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan kenyataan berbuar perkauman,” katanya lagi.

“Perdana Meneteri Datuk Seri Najib Razak sendiri dalam ucapannya di Perhimpunan Agung PBB mengatakan bahawa kesederhanaan perlu diutamakan... ia bukan sahaja merujuk kepada peringkat antarabangsa, tetapi juga dalam konteks negara kita,” kata Nazri.

Mengenai laporan polis, Nazri berkata ia adalah hak Hamim untuk berbuat demikian.

“Sesiapa sahaja boleh membuat laporan polis. Kemungkinan beliau memikirkan bahawa beliau tidak diperlakukan dengan adil... kemungkinan beliau mahu mempertahankan diri beliau.

“Apa jua keadaan, tindakan akan diambil sebaik sahaja siasatan selesai,” kata beliau.

Hamim telah mengeluarkan kenyataan bahawa hak orang Melayu adalah untuk menerajui negara dan boleh bersatu untuk menghadapi apa jua ancaman sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas,” kata Hamim pada majlis dialog anjuran Puteri Umno.

“Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran,” tambah beliau.

Hamim juga berkata orang Melayu tidak boleh memerintah negara ini tanpa bekerjasaam dengan masyarakat-masyarakat bukan Melayu memandangkan setiap rakyat hanya membawa satu undi.

“Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC,” katanya lagi.

“Si mata sepet yang tidak pernah pergi ke masjid atau ke surau juga hanya mempunyai satu undi.

“Si botol yang hanya tahu naik dan turun Batu Caves juga hanya mempunyai satu undi,” kata beliau merujuk kepada masyarakat Cina dan India negara ini.

“Jadi, Puteri Umno mesti berkawan dengan golongan muda bukan Melayu,” kata beliau.

Kenyataan yang dibuat Hamim dikecam pemimpin-pemimpin MIC dan DAP sambil menyifatkan konsep 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi “mangsa” tindak tanduk pihak di sekitarnya sendiri.

sumber http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nazri-pertahan-modul-btn-nafi-galak-sentimen-perkauman/


Komen editor kq...... Assalamualaikum abg Naz. Jangan asyik marah-marah aje... Garang betul abang Naz ni. Sebenarnya abang Naz, modul BTN perlu ubah juga kalau nak kekalkan. Proton pun sentiasa mengeluarkan produk baru yang dimajukan, bukan begitu...

Cuba terapkan pendidikan rohani dalam BTN ni. Modulnya boleh tanya datuk mufti bukan tok peti. InsyaAllah produk lepasan BTN nanti tak jadi rasis dan tak makan rasuah..... Datuk mufti setuju? Datuk mufti dah gi kursus BTN?

No comments:

Post a Comment

Info dan kemusykilan agama bersama al-faqiru ila Allah Sheikh Fauzi

Isu
1. Kayu koka
2. Bulan Islam

3. Pertubuhan Islam
4. Simpanan di bank
5. Bekerja dengan jabatan yang zalim dan korup
6. Puasa dan raya ikut siapa?



1.
Kayu koka
Semasa berehat di kedai kitab sheikh Rahman, saya didatangi kenalan lama yang lantas mencapai sebuah buku ringan dan menunjukkan petikan yang memaparkan kelebihan kayu koka. Kenalan saya itu meminta penjelasan saya pula. Kenalan saya itu memang dikenali taksub.........klik di ruangan -maklumat lanjut di atas di dalam pautan - INFO dan KEMUSYKILAN AGAMA

foto hari ini - buku yang perlu dibaca

foto hari ini - buku yang perlu dibaca
Ahmadinejad dalam isu Palestin

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.

foto hari ini 02 - Penulis mendengar tazkirah Ramadhan dari Us. Bakar Chik.
Tazkirah Ramadhan adalah bermanfaat.

Sebenarnya kita sendiri yang patut ajar anak-anak kita mengaji seboleh-bolehnya.

Rupa-rupanya bapanya pengedar quran dan rehal...